Hidangan Lazat Gaya Malaysia Setanding Rasa Restoran Dengan Kimball!

Farah Waheda Wahid
2



Secara jujur – Kak Fa belum berani lagi nak bawa keluarga keluar makan di restoran pada waktu dan ketika ini. Apa tidaknya – statistik harian Covid-19 nampaknya masih tak menentu dan masih tinggi. Sehingga ke hari ini – Malaysia kerap juga melaporkan kes empat angka. Tak nak oiii Kak Fa nak ambil risiko dengan membawa dua kategori individu iaitu golongan warga emas dan kanak-kanak untuk terdedah di persekitaran luar. Tak rindu rasa makanan restoran ke Kak Fa? Mana tak rindunya oiii – rindu! Tapi fret not! Di rumah pun boleh menikmati hidangan lazat gaya Malaysia standing rasa restoran dengan Kimball! Sungguh... Kimball memang boleh jadi masakan Kak Fa standing rasa di restoran. Ini Firash yang beritahu Mommy dia ok? Bukan Mommy dia cakap sendiri! Sejuk kejap hati Mommy dia dengar pujian anak. Ha ha ha… Anak puji kan? Mana tak senyum sampai ke telinga.


Asalnya – Firash bising nak makan Spaghetti Bolognese yang kebiasaannya dia makan di restoran kegemaran kami tu. Kebelakangan ni pula, memandangkan rutin harian Kak Fa padat dengan macam-macam perkara, Kak Fa tak sempat nak singgah untuk belikan Firash Spaghetti Bolognese yang Firash nak tu. Nak dijadikan cerita – ada waktu terluang sedikit dua hari lepas, Kak Fa pun curi kesempatan untuk sediakan apa yang Firash nak tu.


Resipi Spaghetti Bolognese Gaya Malaysia Kimball Oleh Kak Fa


Sebenarnya, ini bukan resipi asal Kak Fa ya. Resipi ni dah lama. Turun-temurun. Kak Fa dapat dari bekas guru tuisyen Kak Fa sewaktu Kak Fa berada di Tingkatan 4 dan 5 dulu. Bekas guru tuisyen tu bukan orang lain pun – kira pangkat-pangkat bapa saudara juga. Kira ala-ala resipi keluarga jugalah kan?


Bahan-Bahan Masakan:


Bahan Pasta:

½ Pek Kimball Spaghetti Pasta

2 Sudu Mentega



Bahan Kisar / Tumbuk:

½ Bawang Merah Besar

5 Ulas Bawang Putih

Bahan Sos Pasta:

1 Tin Cendawan Butang

5 Ketul Sosej Ayam / Daging (Dihiris Halus)

5 Ketul Bebola Ikan (Dipotong 8)

½ Biji Lobak Merah (Dihiris Bentuk Segi Tiga atau Mana-Mana Bentuk Yang Anda Suka)

1 Pek Daging Kisar

1 Botol Sos Spaghetti Tradisional Kimball

Herba Campuran (Mixed Herb)

Secubit Garam




Cara Penyediaan Pasta:

1. Panaskan air sehingga mendidih.

2. Masukkan mentega dan juga garam. Kacau sehingga larut.

3. Masukkan Kimball Spaghetti Pasta. Masak selama 11-13 minit.

4. Angkat dan toskan.




Cara Penyediaan Sos Pasta:

1. Masukkan minyak dan biarkan minyak panas.
2. Tumis bahan-bahan kisar sehingga kuning dan naik bau.
3. Masukkan daging kisar, kacau rata dan biarkan sehingga agak kering.
4. Masukkan Sos Spageti Tradisional Kimball. Kacau rata dan biarkan seketika.
5. Masukkan sosej ayam/daging. Kacau rata.
6. Masukkan bebola ikan. Kacau rata.
7. Masukkan air mengikut sukatan botol sos tradisional mengikut kuantiti kuah yang diinginkan. Selalunya Kak Fa masukkan  sebotol air.
8. Biarkan sehingga mendidih.
9. Masukkan cendawan dan lobak merah. Kacau rata.
10.Biarkan seketika. Kemudian akhir sekali masukkan herba campuran mengikut kuantiti yang        sewajarnya. Biar seketika sehingga mendidih. Tutup api. Siap.


Setelah siap bolehlah ianya dihidangkan untuk dinikmati bersama-sama dengan keluarga. Setakat ni setiap kali Kak Fa sediakan Spaghetti Bolognese Gaya Malaysia Kimball ni – memang nampak berselera jer Firash makan. Alhamdulillah. Seronok bila tengok anak berselera makan ni. Nak nak lagi yang jenis picky eater macam Firash kan?



Kalau nak cuba – silakan tetapi pastikan anda menggunakan Kimball Spaghetti Pasta dan juga Sos Spageti Tradisional Kimball ok? Memang rasa seperti di restoran. Senang – lepas ni tak perlu nak ke restoran lagi. Di rumah sendiri pun boleh sediakan. Mudah begitu. Jimat masa perjalanan, jimat masa menunggu, dijamin kebersihan dan rasa pun dijamin enak dari restoran. Entah-entah lebih enak dari restoran kan? Belum cuba belum tau. Kalau anak suka makan tu, kalau ahli keluarga suka tu bermaksud lazatlah tu. No doubt lagi dah. Ha ha ha….


Kimball ni memang jenama bahan masakan yang Kak Fa percayai sedari dulu lagi. Kak Fa percaya dengan Kimball masakan akan menjadi lebih berkualiti dan mampu menjadi setanding rasa masakan di restoran. Yang paling Kak Fa suka adalah kesemua produk Kimball adalah merupakan produk halal. Jadi tak perlu ragu-ragu dan tak perlu was-was nak menggunakan produk Kimball. Percayalah dengan rangkaian produk Kimball kita mampu untuk menikmati makanan yang enak yang sama rasanya seperti di restoran. 


Ini resipi Kak Fa tetapi sebenarnya masih banyak lagi resipi yang boleh diolah dengan menggunakan rangkaian produk Kimball ok? Kalau tak percaya anda boleh rujuk laman web Kimball di pautan di sini 🡪 https://kimball.com.my/recipe.html dan terus mencuba cadangan resipi di situ. Untuk maklumat lanjut, anda juga boleh melayari laman web Kimball Malaysia di https://kimball.com.my/ dan juga laman Facebook Kimball Malaysia di https://www.facebook.com/KimballMalaysia/ .


#KompemGayaMalaysia #GayaMalaysia

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. paling mudah kan spaghetti bolognese.. mcm anak2 jue suka sgt makan.. memang kena ada stok jer kat rumah.. kimball punya produk pun best

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup spaghetti bolognese paling mudah dan cepat disediakan.

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !