Home » , , , , , » 7 Minuman Homemade Untuk Kuatkan Imun Tubuh

7 Minuman Homemade Untuk Kuatkan Imun Tubuh

Kredit: Gambar dipetik dan diubahsuai dari sumber dari SINI


Tahun pandemik tahun pergerakan terbatas. Dah tak boleh nak bebas ke sana ke sini ke sana ke sini ikut sesuka hati. Kalau dulu - boleh jer drop by mana-mana mart, mana-mana supermarket nak dapatkan minuman instant untuk kuatkan imun tubuh. Tapi sekarang ni - jujur secara terus-terang Kak Fa memang fikir banyak kali kalau nak ke mana-mana. Unless kalau tujuan tu betul-betul perlu. Call me paranoid or what-lah. I don't care. Kes Covid-19 dalam Malaysia ni macam dah constant empat angka jer... Pergerakan terbatas tak ada masalah... Masih ada 7 minuman homemade untuk kuatkan imun tubuh badan ni ha. Meh sini Kak Fa kongsi senarai 7 minuman homemade untuk kuatkan imun tubuh pada sesiapa yang memilih untuk duduk diam di rumah melainkan urusan kerja atau urusan penting. He he he...


#1: Teh Kunyit


Bahan-Bahan:

1 sudu besar kunyit segar (diparut) atau 2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar jus lemon
Madu yang tidak dipasteurisasi ataupun senang cerita madu asli laaa.... pure punya, ini secukup rasa ya
4 cawan air

Kaedah Penyediaan:

1. Rebus kunyit dengan air selama 15 hingga 20 minit. 
2. Tapis dan hidangkan sewaktu masih suam dengan campuran lemon dan madu secukup rasa mengikut kesesuaian tekak masing-masing. 

Bagaimana teh kunyit ini boleh menguatkan sistem imun seseorang individu? Ok... Unsur utama adalah kunyit. Ianya mengandungi sebatian yang disbeut sebagai curcumin yang memodulasi sistem imun. Sifat anti-radang teh kunyit membantu meredakan keradangan dan juga kesakitan. 

#2: Minuman Halia dan Apple Cider Vinegar


Bahan-Bahan:

1 cawan air
1 inci halia (dikupas dan diparut)
1 sudu kecil Apple Cider Vinegar yang tidak dipasteurisasi
1 sudu kecil madu
1 cubit lada cayenne

Kaedah Penyediaan:

1. Rebus air, masukkan halia, tutup dan biarkan selama 5 minit. 
2. Masukkan Apple Cider Vinegar, madu dan lada cayenne. 
3. Kacau sehingga semua sekata. Minum ketika masih suam. 

Bagaimana minuman halia dan Apple Cider Vinegar ini dapat membantu menguatkan sistem imun seseorang individu? Halia mengandungi bahan kimia yang disebut sesquiterpenes yang mensasarkan virus selesema. Lada cayenne mengandungi sejumlah besar capsaicin yang memampatkan neuropeptida yang terkandung di dalam radang. Apple Cider Vinegar mengandungi bakteria dan probiotik bermanfaat yang boleh memberi kesan positif kepada kesihatan umum. 

#3: Jus Hijau


Bahan-Bahan:

1 cawan daun ketumbar
1 cawan daun pudina
1 cawan baby spinach
1 biji epal atau buah pear
1 cawan timun (dicincang)
2 sudu besar lemon 
1 cubit black salt

Kaedah Penyediaan: 

1. Kisar semua bahan dengan secawan air. 
2. Tapis dan minum dengan segera. 

Bagaimana jus hijau dapat membantu menguatkan sistem imun? Jus hijau kaya dengan Vitamin A, Vitamin C, asid folik dan antioksidan lain yang mencegah keradangan dan membantu tubuh melawan jangkitan. 

#4: Lemonade Panas


Bahan-Bahan:

4 ulas bawang putih (dicincang)
1 sudu teh halia (diparut)
1 inci kayu manis
4 cawan air
1 biji jus lemon
2 sudu besar madu
1 sudu besar daun pudina

Kaedah Penyediaan:

1. Rebus air di dalam periuk. 
2. Masukkan kesemua bahan kecuali madu, tutup dan rebus selama 30 minit. 
3. Tapis, tuangkan ke dalam gelas. 
4. Tambahkan madu secukup rasa. 
5. Minum ketika masih suam. 

Bagaimana ia dapat membantu menguatkan sistem imun? Halia dan bawang putih mengandungi sebatian antimikroba yang membantu di dalam merawat penyakit berjangkit. Antioksidan dalam kayu manis mempunyai kesan anti-radang yang dapat membantu menurunkan risiko penyakit. 

#5: Smoothie Hijau


Bahan-Bahan:

1 cawan baby spinach
1 genggam daun pudina
1/2 cawan labu bottle gourd atau timun
1 cubit rock salt
1/4 sudu kecil jeera powder
1/2 sudu teh jus lemon 
1 cawan ais 

Kaedah Penyediaan:

1. Masukkan kesemua bahan ke dalam pengisar bersama ketulan ais dan kisar sehingga rata. 

Bagaimana ia menguatkan sistem imun? Bayam dipenuhi dengan banyak antioksidan seperti Vitamin C, beta carotene, yang dapat meningkatkan kemampuan memerangi jangkitan sistem imun. Bakteri yang baik di dalam curd membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan mengurangkan kejadian serangan oleh mikroorganisma berbahaya. 

#6: Rasam Tomato


Bahan-Bahan:

2 biji tomato (dicincang)
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 sudu besar tur dal
Asam jawa (saiz seperti 1 biji lemon)
1 sudu kecil cumin seeds
1 sudu kecil lada hitam
1/4 sudu kecil asafoetida
2 batang daun kari
1 sudu besar daun ketumbar
Garam secukup rasa

For tempering:

1 sudu minyak kelapa
1 sudu kecil biji sawi
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 tangkai daun kari
1 biji cili kering

Kaedah Penyediaan:

1. Rebus tomato, tur dal, asam jawa, daun kari, 2 cawan air di dalam pressure cooker selama 2 wisel. 
2. Sejukkan dan kisar, tapis jika perlu untuk mengeluarkan biji dan kulit tomato. 
3. Masukkan campuran ke dalam kuali dan rebus lagi. 
4. Kisar cumin seeds, biji lada dan asafoetida secara kasar. Masukkan campuran tomato dan rebus selama 5 minit. Masukkan garam secukup rasa. 
5. Panaskan minyak di dalam kuali kecil dan masukkan bahan tempering. Selepas semua ni splutter, tuangkan campuran tomato dan masukkan daun ketumbar. Minum rasam sebagai sup sebelum makan. 

Bagaimana ia menguatkan sistem imun? Tomato menyediakan tiga vitamin antioksidan utama iaitu beta-carotene, vitamin C dan vitamin E yang melindungi sel dari kerosakan. Minyak kelapa mengandungi asid laurik dan asid kaprilik, yang dapat dengan mudah melawan bakteria dan virus yang dapat menyebabkan penyakit berbahaya. 

#7: Golden Milk


Bahan-Bahan:

2 cawan susu badam tanpa gula
1/2 cawan santan 
2 sudu besar madu
1 sudu kecil serbuk kunyit atau kunyit parut
1/2 sudu kecil halia
1/2 serbuk lada hitam
1 inci kayu manis

Kaedah Penyediaan:

1. Satukan semua bahan dalam kuali kecuali madu. 
2. Panaskan campuran dengan api kecil selama 5-10 minit. Jangan mendidih. 
3. Tutup api, tapis dan masukkan madu secukup rasa. 

Bagaimana ia menguatkan sistem imun? Bahan aktif curcumin yang terdapat di dalam kunyit dapat meningkatkan keupayaan antioksidan tubuh dengan sangat berkesan untuk melawan radikal bebas. Rempah dan susu kacang yang memberikan lemak baik mempunyai tindakan anti-radan pada badan. 

Tak cukup bahan untuk sediakan minuman ni semua? Atau tak ada bahan untuk sediakan minuman ni semua? Pergerakan terbatas atau tak boleh nak keluar ke mana-mana? Tak perlu risau kot? Macam Kak Fa lah - Kak Fa selalunya menggunakan perkhidmatan grocery delivery dari Pandamart. Alaaa... Pandamart yang disediakan dan ditawarkan oleh Foodpanda tu. Foodpanda? Iya Foodpanda yang biasa kita order makanan tu kan? 

Eh... Foodpanda bukan setakat hantar makan jer tau... Sekarang ni nak order barang-barang keperluan pun boleh dari Pandamart. Makanya, tak perlu kalutlah kalau barangan yang kita nak guna di dapur tu tak ada di rumah. Pandamart kan ada? 

Apa pun...Selamat mencuba 7 minuman homemade untuk kuatkan imun tubuh seperti yang Kak Fa baca di dalam satu artikel tempoh hari. Mohon jelas - ini bukan resipi asli dari Kak Fa ok? Cuma Kak Fa berkongsi sesuatu yang boleh memberikan manfaat kepada kita semua. Oklah...Kak Fa nak scroll Pandamart sekejap, nak cari bahan-bahan yang tak ada untuk Kak Fa cuba minuman homemade untuk kuatkan imun tubuh. Daaa....For now! 
Terimakasih telah membaca artikel 7 Minuman Homemade Untuk Kuatkan Imun Tubuh. Jangan lupa share ya

Subscribe to receive free email updates:

1 komentar:

  1. terbaik la.. sesuai dgn keadaan skrg, nnti nk cuba buat juga TQ kak fa

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.