Talian Hayat Kak Fa Untuk Assignment Sebagai Pelajar ePJJ

Farah Waheda Wahid
0


Semester baru untuk ePJJ Kak Fa dah mula! Setakat ni tiga-tiga subjek Kak Fa dah mula kelas. Tiba-tiba teringat pula nak kongsi tentang talian hayat Kak Fa untuk assignment sebagai pelajar ePJJ. Manalah tau kot-kot berguna pula untuk yang lain-lain yang baru saja berkecimpung dengan bidang pembelajaran universiti atau kolej kan? Penting tau semua talian hayat ni untuk bantu kerja-kerja pelajar di dalam menyiapkan tugasan. He he he... So mari kita mulakan. 


turnitin

Kredit: Gambar dipetik dari sumber dari Google


Pernah dengar? Tak pernah dengar? Kalau tak pernah dengar ni Kak Fa nak beritahu, turnitin merupakan perisian berasaskan web yang menyediakan perkhidmatan (bagi kegunaan pengajar dan pelajar) memeriksa bhan bertulis bagi tujuan mengelakkan kes plagiat daripada berlaku. Bahan bertulis akan dibandingkan dengan pelbagai sumber yang meliputi laman web, buku, suratkhabar, majalah, jurnal dan semua bahan bertulis yang diperiksa melalui pangkalan data turnitin. 

Mengapa Perlu turnitin?

Objektif langganan adalah untuk memberi kemudahan kepada pensyarah dan pelajar di dalam penilaian tentang kesamaan dan keaslian penulisan pelajar. Perisian ini berupaya mengesan dan mengenalpasti sumber-sumber maklumat yang dipetik oleh pelajar di dalam penulisan mereka dengan membandingkan dengan yang ada di dalam pangkalan data turnitin. turnitin akan memberikan maklumbalas peratusan keaslian pelajar serta memaparkan sumber-sumber yang dipetik oleh pelajar. Walaubagaimanapun....

"....just because it appears as unoriginal does not mean it is plagiarized, it just means that the material matches, someting in the turnitin databases."

Maka terpulanglah kepada pensyarah untuk membuat penilaian terhadap penulisan pelajar berdasarkan laporan yang diberikan oleh sistem tersebut. 

turnitin tak free ya kawan-kawan adik-adik...ianya berbayar. Tapi selalunya pensyarah akan berikan akses kepada pelajar ok? Don't worry. Kalau ada bajet lebih sikit nak bayar turnitin apa salahnya. Untuk kegunaan sendiri juga kan? Dan untuk makluman - dalam tempoh 24 jam boleh upload satu sahaja assignment ok? lepas tu kena tunggu hari seterusnya untuk upload assignment yang seterusnya. 

grammarly

Kredit: Gambar dipetik dari sumber dari Google


Walaupun ada di kalangan pensyarah itu faham akan masalah susunan ayat Bahasa Inggeris dan juga masalah tatabahasa Bahasa Inggeris di kalangan pelajar-pelajar tetapi ada juga pensyarah yang kisah. Kak Fa sendiri pun kisah. Makanya, Kak Fa memang menggunakan grammarly yang merupakan writing assistant tool, untuk membantu penulisan dengan membetulkan ayat di dalam assignment Kak Fa, tatabahasa, ejaan dan juga sentence structure. 

Nak bagi tau ni, walaupun Bahasa Inggeris anda mungkin hebat - adalah lebih baik jika anda menggunakan grammarly sebabnya kadang-kadang bila nak cepat kita sendiri tak perasan ok? When our sentences became pasive and we should consider revising our sentences. Tak pun - tone ayat kita tu... marah? confusing? tak sepatutnya bersambung di antara satu sama lain. Macam-macamlah. 

Pun sama juga - berbayar untuk versi premium. 

Ok setakat ni sehingga ke semester tiga ni - ni jerlah yang Kak Fa gunakan untuk kerja-kerja assignment Kak Fa yang boleh Kak Fa kongsikan berdasarkan pengalaman Kak Fa. Kak Fa rasa ini jer yang penting untuk Kak Fa setakat sehingga ketika ini. 

Teringat nak kongsi ni pun sebab ada assignment dah mula menanti dah untuk Kak Fa selesaikan dan kena submit sewaktu kelas kedua nanti. Ha ha ha.... Harap-harap bermanfaatlah untuk semua yang membaca dan memerlukan. Tak pun bolehlah berkongsi informasi dengan ahli keluarga yang memerlukan ke? 

Tapi kan? Sebenarnya macam grammarly tu kan... Bukan pelajar pun boleh guna ok? Professionals, ahli perniagaan and whoever yang memerlukan boleh gunakan grammarly. It is a very useful tools ok? 

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !