Template Boleh Ubah Surat Penangguhan Persekolahan Disebabkan Pandemik COVID-19

Farah Waheda Wahid
0

Kes semakin meningkat! Mak ayah semua dah mula bimbang nak lepaskan anak-anak ke sekolah terutama anak-anak yang masih kecil. Iyalah - anak-anak ni bukannya apa - sebelum pagar sekolah - sebab mak ayah ada - pesanlah berulang kali tentang langkah-langkah pencegahan COVID-19, tentang penjarakkan fizikal...Tapi - once dah masuk pagar sekolah, melayang ke mana entah SOP anak-anak ni. Teruja kan? Jumpa kawan-kawan...Macam tulah gayanya. Sebab kes dah semakin meningkat - ramai mak ayah yang dah mula Perintah Kawalan Pergerakan Sendiri (PKPS) dengan mencutikan anak-anak sendiri. Guru kelas pun ada yang dah mula bersuara - mak ayah boleh hantar surat pada sekolah iaitu sama ada Guru Kelas / Guru Besar / Unit Hal Ehwal Murid untuk memohon penangguhan persekolahan. Kak Fa pun sedang di dalam proses mempertimbangkan ni. Makanya, entri kali ni Kak Fa nak kongsi template boleh ubah surat penangguhan persekolahan disebabkan pandemik COVID-19 yang boleh digunapakai oleh semua ibu bapa di luar sana. 


Senang kan? Tak perlu nak fikir nak flow-kan ayat tu macam mana? Bila dah ada template boleh ubah - mak ayah boleh ubahsuai mengikut data atau maklumat masing-masing. Sekejap jer kerja tak perlu tunggu masa lama-lama. Ubahsuai sedikit dan selepas tu dah boleh cetak, tandatangan dan hantar ke sekolah. Mudah gituh kan? 


Maunya tak risau kan? Sepanjang COVID-19 ni, angkat 432 tu adalah angka tertinggi. Bayangkan sebelum ni bila angka kes mencecah 200 lebih pun sekolah dah ditutup, insititusi pengajian tinggi pun dah praktikkan pembelajaran secara atas talian - secara logiknya mak ayah dah boleh fikir-fikirkan nak cutikan anak-anak dari sekolah dengan sendirinya sebelum terlambat. Angka tu adalah sesuatu yang sangat membimbangkan. 


Kepada ibu bapa yang berada di dalam bot yang sama - di mana mahu merehatkan anak-anak seketika dari sesi persekolahan bolehlah jadikan templat boleh ubah surat penangguhan persekolahan disebabkan pandemik COVID-19 ni sebagai panduan. Walaupun pada waktu dan ketika ini, pihak Kerajaan Malaysia menyatakan bahawasanya kes masih terkawal, tidak salah untuk ibu bapa bertindak berjaga-jaga daripada sebarang kemungkinan jangkitan. Better to be safe than sorry kan? 


Without avail - template boleh ubah surat penangguhan persekolahan disebabkan pandemik COVID-19 boleh didapati dari jaringan Google Drive Kak Fa di SINI.


Walaupun Kementerian Pendidikan Malaysia tidak mengumumkan sebarang penutupan sekolah tetapi rasanya elok sangat dah kita rehatkan anak masing-masing di rumah. Bak kata seorang guru melalui pautan di SINI, murid di sekolah rendah ni rata-rata lebih kurang 85% memang langsung tidak patuh SOP. 


Bayangkan murid sekolah rendah mana mungkin tidak bergerak di dalam masa 10 minit? Tambah-tambah lagi alat tulis yang tidak lengkap, pinjam pembaris, pemadam, pensel warna rakan walaupun setiap hari peringatan dimaklumkan melalui corong pembesar suara. 


Nak-nak lagi macam anak-anak Tahun 1 kannn? Kalau nak ikut mulut Kak Fa ni, rasa dah naik lenguh dok pesan dekat Firash. Ha ha ha... Betul terasa lenguh. Punyalah nak minta anak sendiri jaga penjarakkan sosial dan ambil langkah-langkah norma baru. Walaupun sebenarnya belum yakin 100% dia akan patuh dan ikut semua. Ha ha ha....


Semoga Kak Fa dah mudahkan semua kerja mak ayah dengan menyediakan template boleh ubah ni untuk kegunaan semua. 

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !