Nak Skodeng Kehadiran Anak Ke Sekolah? Mudah Jer - Ini Caranya...

Farah Waheda Wahid
0

Kita pernah muda... Kita pernah melalui zaman-zaman persekolahan. Kita pun tau acara ponteng sekolah ni bukan satu perkara asing pun dalam Malaysia ni. Hu hu hu... Nak kata diri Kak Fa ni baik sangat - tak terlintaslah pula kan? Nak kata tak pernah ponteng sekolah - rasa memang tak pernah ponteng sekolah tapi fly subject pernah. Ha ha ha... Jasad ada dekat sekolah tapi cuma jasad tu cengkelat tak masuk subjek tertentu jer. Ada sekali dua kot buat cam tu. Tapi iyalah - kalau boleh kita tak naklah anak-anak kita terlibat dengan kes ponteng sekolah tanpa pengetahuan serta kebenaran dari kita kan? Nak skodeng kehadiran anak ke sekolah? Mudah jer - ini caranya... yang paling mudah, paling tepat. Rasanya ramai juga di antara ibu bapa yang dah tahu cara ni. Untuk yang newbie newbie ni mungkin ada yang belum tau kan? 


Ok macam ni... Mula-mula... Sila ke laman web https://public.moe.gov.my/ - alaaa laman web yang kita mak ayah gunakan dulu untuk daftar kemasukkan Tahun 1 untuk anak-anak dulu. Haaa laman web tulah. Ingat lagi tak? 




Bila dah sampai ke laman web seperti yang tertera di atas, daftar masuk dengan menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan sedia ada anda yang sebelum ini digunakan untuk urusan pendaftaran kemasukkan Tahun 1 sebelum ini. 



Kalau terlupa kata laluan pun tak apa - jangan risau sebabnya kan, masih boleh dapatkan kata laluan tersebut bila kita klik pada perkataan lupa kata laluan yang berwarna kuning seperti gambar di atas. Kata laluan akan dihantar ke alamat emel yang kita gunakan sewaktu mula-mula kita gunakan laman web ni dulu. 

Bila dah log masuk ke dalam sistem, skrol sehingga ke bawah dan anda akan jumpa dua paparan seperti di bawah:



Klik pada kehadiran dan ianya akan membawa anda ke paparan yang seterusnya iaitu...



Semua nama anak-anak akan dipaparkan jadi klik pada nama anak-anak anda masing-masing untuk mulakan aktiviti skodeng kehadiran anak tu ya? 



Boleh klik pada laporan kedatangan dan ia akan paparkan laporan kedatangan ikut bulan seperti di bawah:



Itu dia... Untuk bulan Oktober ada 3 hari ketidakhadiran Iman Firash disebabkan Mommy yang bagi cuti tu semua disebabkan oleh kes COVID-19 yang semakin hari semakin meningkat. Memang honestly mak dia ni rasa tak secure nak lepaskan anak ke sekolah bila statistik semakin hari semakin meningkat. Sehinggalah akhirnya sekolah sendiri ditutup disebabkan pandemik COVID-19. 




Kita boleh pilih nak tengok laporan kedatangan anak-anak pada drop down menu dengan memilih bulan yang kita nak. Kita juga boleh memilih rumusan kehadiran di mana ia akan memberi paparan seperti yang di bawah berikut:



Begitulah kisahnya. Tak susah pun nak pantau kehadiran anak ke sekolah. Ada sistem yang boleh membantu. Kurang-kurang ini adalah sistem yang membantu mak ayah untuk memantau kehadiran anak-anak ke sekolah sama ada dengan pengetahuan ataupun bukan dengan pengetahuan kita sebagai ibu bapa. 

Bukan pengetahuan tu yang kita tak nak berlaku tu. Tahap satu ni kebarangkalian untuk terjadi ponteng tanpa pengetahuan mak ayah tu mungkin tidaklah kan? Tapi bila dah semakin meningkat usia mereka? Risau juga kan? Bukan mendoakan yang tak baik or supaya anak melakukan perkara yang tidak sepatutnya, cuma sebagai langkah berjaga-jaga dan usaha mengawal gerak-geri anak-anak. Anak-anak ni kalau boleh biar kita tahu setiap gerak-geri mereka. Anak kita kan? Amanah kita. Mana ada mak ayah yang tidak mendoakan yang baik-baik untuk anak-anak masing-masing ya tak? 

Semak kehadiran anak-anak ni bukanlah satu perkara yang wajib untuk semua mak ayah. Tapi untuk diri Kak Fa sendiri - Kak Fa jadikan ianya sebagai rutin mingguan untuk diri Kak Fa. Banyak kan kerja jadi mak ayah ni? He he he...Bukan setakat lahirkan dan kemudian jaga bagi makan, bagi pendidikan tapi banyak lagi kerja-kerja di sebaliknya yang sememangnya merupakan tanggungjawab amanah yang diberikan kepada kita. 

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !