Terdapat pepatah atau mitos di Pulau Pinang mengenai Char Hor Fun yakni dikatakan yang salah satu cara untuk memenangi hati isteri atau teman wanita tersayang, hendaklah mencari Char terbaik Hor Fun di bandar Penang dan pastikan kerap membawa isteri atau teman wanita ke sana, jika boleh. Dan dikatakan juga, jika ingin memenangi hati ibu bapa mertua, hendaklah pandai untuk memasak Penang Char Hor Fun ini.
Bila terbaca tentang mitos tersebut, terus tertanya-tanya, menu apakah yang dimaksudkan dengan Penang Char Hor Fun ini hingga boleh digunakan dalam memenangi hati seseorang? Bila di Google, rupanya ia merupakan sejenis makanan chinese dalam bentuk kuew teow yang berkuah.
Apa yang lebih menariknya lagi, Char Hor Fun ini turut dinikmati dan dimasak oleh kaum yang lain. Ini bermakna menu Penang Char Hor Fun sesiapa saja boleh memasaknya di rumah untuk makan bersama keluarga termasuk kita sendiri. Jadi, apa kata kalau kali ini kita cuba memasaknya, biar terkejut satu famili.
Resepi & Cara Masak Char Hor Fun Versi Chekiah
Credits : Cik Kiah Collection
Bahan-bahannya :
Cara penyediaan kuew teow:-
1 sudu makan minyak bijan (sesame oil) + 2 sudu makan minyak masak
6 sudu makan kicap
1 sudu makan serbuk lada putih
1 sudu makan serbuk lada hitam
600 gm kuew teow (sebetulnya kena gunakan kuew teow yang lebar)
1. Panaskan minyak bijan + minyak masak guna api perlahan
2. Campurkan kicap kacau rata dan masukkan kuew teow kemudian balik-balikkan sehingga semuanya bersatu
3. Angkat dan masukkan ke dalam pinggan hidangan
Bahan untuk kuah :
3 sudu makan minyak
4 ulas bawang putih (di cincang)
1 sudu makan serbuk lada putih
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 kiub pati ayam
2 keping dada ayam (di hiris isinya)
8 - 10 ekor udang (size mengikut kesukaan masing2)
5 biji bebola ikan (di belah 2)
4 ekor sotong basah (di potong bulat2)
4 batang filamen perasa ketam (di kerat 4 setiap satu)
1 pokok kecil sawi (di kerat)
1/2 batang carrot (di hiris memanjang)
1 1/2 sudu makan tepung jagung + dengan sedikit air)
stock ayam atau stok daging secukupnya
3 - 4 biji telur
Garam dan gula seandainya perlu mengikut kesesuian rasa masing-masing
Cara Memasaknya :
1. Panaskan minyak kemudian tumiskan bawang putih hingga wangi
2. Masukkan serbuk lada hitam dan serbuk lada putih dan kacau sebati
3. Tambahkah 1 kiub pati ayam serta garam dan gula (sekiranya perlu)
4. Masukkan isi ayam, sotong, carrot & sedikit stok ayam atau daging. Masak hingga semuanya lembut
5. Masukkan bebola ikan, udang dan sawi. Kacau sekejap.
6. Masukkan stok ayam lagi bergantung sebanyak mana kuah yang anda suka tetapi penyediaan makanan ini tidak memerlukan kuah yang banyak jadi agak-agaklah ya.
7. Bila mula mendidik campurkan bancuhan tepung jagung dan filamen ketam dan kacau sekejap
8. Bila nampak kuah dah agak pekat masukkan telur sebiji demi sebiji dan biarkan telur masak sekejap dengan sendirinya, JANGAN di kacau
9. Setelah telur dah agak-agak nak mengeras, angkat dan curahkan ke atas kuew teow yang berada di dalam pinggan hidangan hidangan tadi.
Itulah dia bahan dan cara-cara untuk memasak Penang Char Hor Fun ini. Bila di lihat pada cara pembuatan, tak sesusah mana. Cuma pada bahan-bahan yang diperlukan agak banyak. Tapi tak mengapa, kerana bahan barangan dapur yang habis dengan mudah boleh di top up tanpa perlu keluar dari rumah melalui Pandamart!
Yang Susah Menjadi Senang Melalui Pandamart
Antara barangan runcit yang boleh di beli melalui Pandamart ini adalah susu, bateri, barang makanan dan minuman, makanan segera, ubat-ubatan biasa dan banyak lagi. Apa yang lebih menariknya lagi, penghantaran barangan runcit oleh Pandamart ini sangat mudah di website atau aplikasi Foodpanda.
Servis grocery delivery oleh Foodpanda ini, sedikit sebanyak dapat membantu golongan seperti kita yang sedang berada di rumah seperti waktu sekarang. Sesuai dengan keadaan virus Covid-19 yang perlu mengelakkan diri dari berada dekat dengan orang lain, pihak Foodpanda turut menekankan penghantaran dalam bentuk social distancing.
menarik juga..boleh cuba
ReplyDeletemusim2 covid n pkp ni mmg kalau pakai food panda ni lebih selamat sikit..
ReplyDelete