BUYMALL – Pakar Taobao No.1 Malaysia Untuk Pembelian Barangan Taobao Anda!

Farah Waheda Wahid
1

 


Kak Fa suka barangan Taobao! Bagaimana dengan anda? Kenapa Kak Fa suka barangan Taobao? Sebabnya – kualiti tidak kurang hebat dari barangan-barangan lain di pasaran dan tentulah disebabkan harganya jauh lebih murah dari barangan-barangan lain di pasaran. Cumanya – selalunya orang akan mengalami masalah seperti komunikasi, penghantaran dan sebagainya bila membeli barangan Taobao. Worry not! Kita ada BUYMALL – pakar Taobao no.1 di Malaysia untuk pembelian barangan Taobao anda! Segalanya beres dengan BUYMALL. Kak Fa dah berkali-kali cuba menggunakan khidmat BUYMALL. 



BUYMALL?


Ada yang pernah dengar, ada yang langsung tidak pernah dengar. Yang tak pernah dengar atau tahu tu, meh sini Kak Fa educate anda sedikit tentang BUYMALL. 


Ok, bagi yang pertama kali mendengar, sila maklum yang mana BUYMALL adalah merupakan sebuah syarikat tempatan yang membantu rakyat Malaysia untuk menyelesaikan segala jenis urusan yang berkaitan dengan pembelian anda dari China. 


Ada dua jenis perkhidmatan yang ditawarkan oleh BUYMALL iaitu BUY-FOR-ME dan SHIP-FOR-ME. Kak Fa jamin yang perkhidmatan BUYMALL adalah antara yang murah dan terjamin! 


Pengalaman Kak Fa Dengan Barangan Taobao!



Sebelum-sebelum ni, kalau beli barangan Taobao, Kak Fa akan mengalami masalah komunikasi bersama pihak penjual dari China. Kak Fa tak faham apa yang mereka cuba sampaikan dan mereka tak faham apa yang Kak Fa cuba sampaikan. Wakakaka… Tetapi dengan BUYMALL semuanya jadi lancar jer… Semua jenis masalah memang BUYMALL boleh tolong punyalah! 


Tak kisahlah sama ada komunikasi bersama penjual, pengesanan bungkusan, pengesahan penjual, pembungkusan semula dan lain-lain lagi. Serahkan sahaja segalanya kepada BUYMALL.


Kos penghantaran pula terbaik ok? Penghantaran laut hanya dari RM 2.80/kg! 


Cara Nak Menggunakan Perkhidmatan BUYMALL? 


BUYMALL (Buy-For-Me)



Tak susah pun… Daftar akaun di BUYMALL dan serta-merta dah boleh mula mencuci mata barangan Taobao dan add to cart. Mudah jer… 


BUYMALL akan memaparkan maklumat penting seperti harga, kos penghantaran tempatan, pilihan untuk saiz, warna dan sebagainya. Selepas membuat pilihan, add to cart dan buat bayaran. BUYMALL-lah yang bertanggungjawab untuk membantu para pelanggan membuat pesanan daripada penjual Taobao. 


Sekiranya, barangan anda sampai di China Warehouse, anda boleh pilih untuk membungkus semua barangan yang anda pesan untuk penghantaran sekaligus. Jimat masa – jimat kos penghantaran. Senang jer sekaligus semua kan? 


BUYMALL (Ship-For-Me)



Jika anda membeli dari Taobao, selepas membuat pesanan, anda hanya perlu memilih sama ada nak menggunakan perkhidmatan penghantaran melalui penghantaran laut atau penghantaran udara. Isikan maklumat selanjutnya yang diminta oleh BUYMALL.


Sangat mudah! Anda cuma perlu membayar kos penghantara antarabangsa dari China ke Malaysia dan 8% kos pembelian (Buy-For-Me fee). 


Selain itu, BUYMALL juga menyediakan pelbagai perkhidmatan lain yang menarik iaitu: 


Penghantaran 

Tempoh waktu penghantaran udara mengambil masa di antara 4-7 hari bekerja, penghantaran laut 15  -22 hari bekerja. Penghantaran udara adalah lebih mahal dari penghantaran laut. Jika barangan anda adalah barangan yang sensitif, anda perlu menambah pembayaran kos barangan sensitif. Yang penting selamat ok? 


Servis Kutipan

Anda boleh pilih untuk mengambil sendiri barangan anda dari gudang BUYMALL di Malaysia ataupun pick-up point yang terhampir dengan anda pada bila-bila masa yang bersesuaian. Ianya lebih menjimatkan kos daripada door-to-door service. 


Selamat

Jika takut barangan anda hilang ketika penghantaran…. BUYMALL memberi jaminan untuk memastikan bungkusan anda selamat sampai kepada anda. Jika barangan anda hilang, BUYMALL akan membayar pampasan penuh  sekiranya anda telah memilih pakej VIP Penghantaran Laut. 

Sangat bagus laaaa! Selain tu anda juga boleh mendapat pendapatan sampingan dengan merujuk seorang kawan dengan link rujukan akaun anda dan anda akan mendapat RM5.00 + mata B! Kalau rujuk 10 orang kawan dah RM 50 kan? kan? kan? Ka ching! 


Untuk Maklumat Lanjut:

Laman Web BUYMALL : https://www.buymall.com.my/

Laman Facebook BUYMALL : https://www.facebook.com/buymall.com.my/

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Nice sharing. Boleh cuba ni nanti. Apa kaitan angka 10 dengan anda? Saya ada buat segmen. Jemput join.. http://www.aimisyahirah.com/2020/10/segmen-10-blogger-terpantas-by-misya.html If tak dapat jadi yang terpantas masih ada peluang dapat hadiah misteri. :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !