Siapa Kata Duduk Rumah Tu Membosankan Anak? Taklah… ALFA AND FRIENDS SPARK STEM KIT Kan Ada?

Farah Waheda Wahid
1


Kami ni memang jenis hommy. Suka duduk rumah. Santai-santai. Rehat-rehat. Hilangkan lelah sepanjang minggu. Itu terapi yang terbaik untuk kami yang sebenarnya. Home sweet home kan? Ahaksss... Nak nak lagi musim pandemik COVID-19 belum lagi berakhir. Siapa kata duduk rumah tu membosankan anak? Taklah… ALFA AND FRIENDS SPARK STEM KIT kan ada? Macam-macam boleh dilakukan dengan ALFA AND FRIENDS Spark Stem Kit ok…


Memang sepanjang berlakunya pandemik COVID-19 ni, walaupun sekarang ni dah berada di fasa PKPP kan? Kak Fa terhadkan sedikit aktiviti luar untuk Firash dan cuba menggunakan masa yang terluang yang ada sebaiknya dengan pembelajaran di dalam rumah. Cuma itulah, pembelajaran di dalam rumah ni memang nak kena rajin buat research, demi nak memastikan semua seeding of information pada Firash tu tepat dan bukan ajaran sesat. Ha ha ha… 


Research punya research… terjumpa dengan SPARK STEM KIT dari ALFA AND FRIENDS. Pada Kak Fa kit ni baguslah. Nak nak lagi Firash memang minat dengan mata pelajaran Sains. Dengan kit ni jugalah ia membantu Kak Fa untuk menghabiskan masa dan ada quality bonding time dengan Firash. Setiap set didatangkan dengan satu komik STEM yang sangat menarik dan satu set peralatan hands on activity.





Yang menariknya, kalau kita sebagai ibu bapa tak pasti bagaimana atau macam mana nak buat atau beri penerangan kepada anak-anak untuk ilmu pengetahuan di sebalik aktiviti yang berkenaan… Boleh terus rujuk ke dalam komik. Selain itu, di dalam komik tersebut ada bahagian eksperimen DIY. Bolehlah buat eksperimen dengan bahan-bahan yang ada di rumah kan? Nama pun komik… mesti la ada komik dalam ni… Bukan biasa-biasa ok?Komik bertemakan sains atau STEM. Menarikkan? Tapi jujur…Kak Fa memang teruja. Ha ha ha… 



Sewaktu cuti panjang hari tu, one of the weekend lah. Firash berpeluang untuk melakukan Spark Kit Set 34 tentang sistem solar. Sebenarnya, Kak Fa dah rancang dan dah susun elok-elok dah. Kak Fa nak bagi Firash peluang untuk mencuba set-set yang lain pula. Untuk pengetahuan semua mak ayah di luar sana, keseluruhan ada 40 set SPARK STEM KIT yang ditawarkan oleh ALFA AND FRIENDS. Sekurang-kurangnya, sekarang ni Kak Fa tak adalah pening kepala nak mencari bahan-bahan aktiviti yang boleh dilakukan di rumah bersama Firash. Sebab ada 40 set semuanya kan? 





Bab harga tak perlu risau…Semuanya harga mampu milik untuk rakyat marhaen seperti kita ni. Orang kata walaupun ekonomi terkesan ketika musim pandemik COVID-19 ni… In Shaa Allah, untuk anak-anak kita masih mampu untuk menyediakan bahan aktiviti serta pembelajaran dalam rumah yang menarik dan berbaloi untuk mereka. 

Tak perlu ragu-ragu dengan ALFA AND FRIENDS sebabnya ALFA AND FRIENDS adalah merupakan penyedia utama program pendidikan prasekolah yang berfokuskan STEM. Visi mereka adalah untuk “memberikan inspirasi dan memperkasakan setiap anak untuk suka belajar” dan ALFA AND FRIENDS juga berpengalaman di peringkat antarabangsa dengan komuniti sekolah, pemimpin sekolah, guru dan ibu bapa yang didasarkan kepada perkembangan pembelajaran anak-anak.

Cubalah tengok-tengok laman web http://www.alfaandfriends.com/ dan untuk SPARK STEM KIT ni boleh didapati di  https://www.alfaandfriends.com/stem-kits-and-comic-magazine-for-kids/ … Khusus untuk anda, mak ayah atau makcik pakcik yang dah terbaca entri Kak Fa kali ni… Anda boleh gunakan kod promosi Kak Fa iaitu:



KAKFABUBBLYNOTES

Kak Fa belanja diskaun lebih sikit. Kalau setakat nak cuba komik dulu pun boleh. Cepat-cepatlah layari laman web ALFA AND FRIENDS. Pada waktu dan ketika ini, sedang berlangsung promosi komik PERCUMA. Dapat 2 komik tau. Cuma perlu bayar wang pos sahaja. Kak Fa pun tengah nak claim komik PERCUMA ni! 

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. menariknya! seronok dia dapat buat aktiviti walaupon hanya di rumah

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !