Perkara Yang Berlaku Bila Anak Berada Di Tahun Satu!

Farah Waheda Wahid
0


Bulan September dah… Bermakna dah sembilan bulan dah Firash jadi pelajar Tahun Satu. Bezanya… Tahun ni ada sistem pembelajaran atas talian disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bersempena dengan pandemik COVID-19. Kiranya pergi sekolah dua bulan macam tu lepas tu selebihnya duduk rumah dan belajar di rumah. Bermaksud tak lama mana-lah masa di sekolah pada tahun 2020 ni. Tapi tak lama mana pun… ni sekadar perkongsian pengalamanlah kan… perkara yang berlaku bila anak berada di Tahun Satu! Mungkin biasa untuk ibu bapa yang telah mempunyai pengalaman terdahulu tetapi mungkin sedikit sebanyak Kak Fa boleh bantu bagi amaran persediaan awal kepada ibu bapa yang bakal menempuh pada tahun akan datang? Ha ha ha…


Kerap Hilang Alat Tulis dan Warna 

Disebabkan Kak Fa ni jenis tagging dan jenis cek setiap hari beg sekolah anak, makanya senses Kak Fa memang tajam bila ada benda yang tak ada, ada benda yang ada. Bila satu pensel kurang, satu warna kurang, pemadam tidak kelihatan – Iman Firash akan dipanggil untuk menghadap Mommy. Maka soal jawab akan bermula. Bukan sebab nak beri tekanan kepada Firash tapi nak tau jer sama ada dia sedar atau tidak ada barang dia yang hilang.


Tahun Satu belum pandai jaga barang tu tak mustahil. Tak dinafikan juga ada anak-anak yang dah mula pandai jaga barang sendiri sejak kecil. Untuk Firash sebenarnya dia sejenis yang sangat menjaga barang-barang dia sejak dari zaman tadika lagi. Ini cikgu kelas tadika yang beritahu Kak Fa. Tapi…Bila masuk Tahun Satu ni, mesti ada yang kurang barang-barang dia. Memanglah Kak Fa nak kena tanya kan? Tugas mak ayah yang kena didik anak menghargai barang dan jaga barang sendiri. Bukan beli dengan air liur oiii… Kerja keras membanting tulang, tenaga dan juga mengorbankan waktu tidur tau, mak ayah ni nak belikan keperluan anak-anak. Ha ha ha…Bukan berkira. Tapi kena didik pandai jaga barang sedari kecil.


Banyak faktor tu sebenarnya yang menyumbang tu. Sama ada terkejar-kejar nak balik sebab takut kena tinggal ataupun bagi kawan pinjam lepas tu kawan lupa dia pun lupa ataupun memang couldn’t care less. Mommy tak marah pun dan tak kedekut pun kalau nak bantu kawan-kawan. Kalau kata dah sedekah kat kawan, beritahu jer. Mungkin kawan memerlukan kan? Bagus juga latih anak bersedekah dari kecil. Cuma bila missing in action (MIA) tu sedikit sebanyak kena ambil tahu.


Makanya pesan Kak Fa – bila anak berada di Tahun Satu ni, siap-siap jer stok alat tulis dan warna dekat rumah. Bila hilang dah ada ganti tak perlu nak ke kedai. Sila jangka frekuensi kekerapan kehilangan barangan ini adalah agak kerap. Boleh kata sama ada setiap hari atau selang sehari. Ha ha ha… Buat masa sekarang Mommy dia belum buka kedai kecil lagi. Tapi tunggulah nanti masa Tahun Dua – setiap satu barang yang hilang kena beli dari Mommy. Caj harga barangan setiap satu dari range RM 0.50 sehingga RM 1.50. Masa tu baru ada akal nak jaga barang kot?


Hilang Buku Teks Atau Buku Aktiviti

Salah satu perkara biasa dalam group What’s App kelas – mak ayah bertanyakan kepada mak ayah yang lain untuk minta tolong semak beg sekolah anak masing-masing. Nak cek sama ada anak orang ni ada terambil buku anak orang tu, anak orang tu ada terambil buku anak orang ni.


Buku berjalan ni rasanya macam kerap juga Kak Fa baca dalam group What’s App kelas. Ha ha ha… Iman Firash? Ada sekali hilang buku teks Bahasa Melayu. Dah tanya, dah cari – jawapannya senyap. Malas nak panjang cerita, Kak Fa pun belilah buku teks Bahasa Melayu yang baru. Nak guna sebab nak belajar satu hal, lagipun buku pinjaman kalau hilang memang kena ganti kan? Nanti tak ada buku, susah pula anak sendiri nak belajar.


Baju Tak Ada Rupa

Firash ni OCD. Pakaian dia memang nak sentiasa bersih dan kemas jer. Ada sekali dua balik, baju dah terkeluar – sebabnya pergi tandas. Tak reti nak masukkan baju ke dalam balik-lah tu. Ada dua tiga kali, baju ada tapak kasut di belakang – ini Mommy risau, siapa la pergi cop tapak kasut dekat baju anak Kak Fa ni. Banyak soal jawab dia kena jawab dengan Mommy dia. Dah soal jawab Mommy pula soal jawab atau inform cikgu kelas dia. Benda-benda kena perhati takut anak jadi mangsa buli.


Ada juga kes – baju ada garisan pensel. Siapalah yang dah tak cukup kertas tu ya… Ha ha ha… Macam biasa soal jawab juga. Benda-benda tak boleh dibiarkan. Walau boleh dibasuh tetapi kena ambil tahu. Kalau sama naik main dengan kawan-kawan, ceramah dan tarbiyah menanti. Tapi kalau kawan buat – cikgu kelaslah yang Mommy tanya elok-elok. Dengan harapan tak nak perkara berulang kembali.


Baju Firash jarang nak comot kalau tak ada sebab. Tapi sesekali bila comot memang kena tanya. Setakat ni belum ada insiden Mommy kena berus baju Firash dengan teruk supaya kelihatan putih bersih seperti baru. Memang dia sendiri ada kesedaran jaga pakaian sendiri supaya bersih dan kemas.


Botol Air Pecah

Biasalah ni, kadang-kadang terlepas dari tangan, kadang buat main agaknya, tak pun disebabkan wear and tear. Tak boleh nak expect bila beli botol air awal tahun tu akan tahan selamanya. Ada yang tahan, ada yang tidak. Bila botol air pecah memang kena ganti yang barulah. Nak cerita apa lagi?


Beg Sekolah Koyak


Beg sekolah koyak semulajadi tu boleh faham. Ha ha ha… tapi beg sekolah yang kena gunting dengan kawan tu boleh menangis Mommy tau tak! Pengalaman baru-baru ni. Kalau dah koyak, kena gantilah kan. Bila dah ganti – awal tahun nanti no more beg baru. Konsepnya – Kak Fa ajar Firash selagi beg tak rosak atau koyak jangan harap nak ganti beg sekolah baru. Sama macam masa Kak Fa sekolah dulu. Selagi beg tak jahanam jangan haraplah nak ganti beg baru oiii… Orang kata bagaimana acuan begitulah kuihnya. Geytuhhh…


Ini pengalaman Kak Fa setakat ini. Lain orang lain pengalaman. Lain ibu bapa, lain pengalaman. Mana nak sama ya tak? Yang pastikan ini adalah salah satu rencah bila anak berada di Tahun Satu. 

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !