Panduan Membeli Baju Sekolah Untuk Ibu Bapa Newbie

Farah Waheda Wahid
0


Perkongsian dulu Tips Memilih Baju Sekolah – more to jenis kainlah, ukuranlah, basuh / rendamlah… Tapi kali ni sajalah nak kongsi panduan membeli baju sekolah untuk ibu bapa newbie. Alaaa… Kak Fa taulah benda ni bukannya susah sangat common sense. Setakat beli baju sekolah jer pun kan? Semua orang pun boleh buat. Masing-masing taulah macam mana nak beli pakaian anak masing-masing kan? Tapi tulah… Tak semua perkara tu common sense dan tak semua perkara tu follow the book or tradition ya tak? Ada sesetengah perkara tu perlukan word of mouth juga. 


Ya mungkin bagi yang dah biasa ada anak-anak yang bersekolah sebelum ni dah boleh estimate, dah boleh susun dah nak beli baju sekolah dekat mana, macam mana, berapa pasang segala bagai. Tapi untuk ibu bapa newbie yang anak-anak baru nak jejak kaki ke alam persekolahan – mungkin boleh terlepas pandang perkara ni. Tak kata orang, tapi Kak Fa sendiri dulu pun. Sebab Kak Fa based on pengalaman sendiri sewaktu sekolah. Sewaktu Kak Fa sekolah dulu – Baju sekolah memang standby lima pasang terus untuk seminggu. Gosok sekali dan tak perlu kelam-kelibut nak terkejar-kejar cuci baju, iron baju semua bagai.


Sekolah sekarang berbeza. Tak sama macam dulu. Nak pesan ni – untuk ibu bapa newbie yang mungkin belum tahu, terlepas pandang atau tak biasa lagi. Yang dah tahu tu baguslah. Senang sikit nak buat preparation kan?


Tak perlu beli baju sekolah sampai 5 pasang! Konon nak senang pakai untuk seminggu terus kan? Ha ha ha…. Ni nak pesan… Maksimum beli 3 pasang jer! Cukup dah tu. Dalam seminggu hari sekolah, anak-anak akan ada Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Pakai baju sukan dari rumah sampailah balik. Senang dah. Lainlah kalau zaman Kak Fa dulu dan mungkin juga zaman anda kan? Pergi sekolah pakai baju sekolah bila waktu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, ribut-ribut salin baju. Selepas habis Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, kalut-kalut pula nak salin baju sekolah semula. Itu kalau kena in between class. Tapi kalau Pendidikan Jasmani dan Kesihatan tu kena waktu akhir – itu heaven tak perlu nak salin baju sekolah semula dah oiii… Ha ha ha… Kenangan zaman sekolah. 


Nanti…bila sekolah penggal baru dah buka, pertama kali anak-anak masing-masing jejak kaki untuk ke Tahun 1 – boleh beli pakaian sukan di sekolah. Sediakan dua pasang pakaian sukan untuk elak kelam-kabut membasuh baju sukan anak tengah malam sambil jemur bawah kipas atau ke laundry self-service untuk keringkan baju.


Untuk anak lelaki Darjah 1, kalau ok pakaikan tali pinggang. Kalau tak ok, tak perlu pakaikan tali pinggang dulu. Bergantung sekolah juga kot. Ada sekolah memang dress code wajib pakai tali pinggang. Ada sekolah tak kisah kot. Macam Kak Fa cakap – bergantung pada sekolah. Kelonggaran peraturan sekolah tu. Bukan apa, takut seluar basah dulu sebelum sempat buka tali pinggang. Ha ha ha… 


Untuk anak lelaki – sangat disarankan untuk beli baju singlet untuk dipakai dalam baju sekolah tu ya. Untuk elak baju dari berbau masam yang amat. 


Lupa pula nak pesan – beli baju tu yang paling terbaik bawa anak. Kemudian sila cuba pada badan anak. Kalau yakin nak beli atas talian tak ada masalah. Tapi jujur bab-bab baju ni, kalau kali pertama Kak Fa memang berat sikit nak beli atas talian. Bila dah beli kali pertama, untuk gantian baru Kak Fa yakin nak beli atas talian. Sebab dah tau jenis material dan juga dah boleh estimate saiz kan? Mula-mula takut nanti tersalah beli saiz. Terkecik ke? Terbesar ke? Tak berkenan dengan material kain ke? Macam tulah. 


Makanya – selamat menempuh alam persekolahan sekolah rendah untuk ibu bapa newbie pada tahun hadapan dan harapnya ada isilah entri Kak Fa ni sebagai panduan anda ya?

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !