Mari Cipta Ruang Selamat Bersama NIPPON PAINT VIRUSGUARD Yang 99% Berkesan Melawan Koronavirus Manusia!
Pandemik COVID-19 masih lagi
belum berakhir! Malaysia masih belum bebas! Vaksin masih lagi di dalam proses
pembangunan… WHO menyatakan COVID-19 dijangka berakhir kurang dua tahun.
Sehingga itu? Apa yang perlu dilakukan oleh semua manusia di muka bumi ini?
Memakai pelitup muka, sentiasa menjaga kebersihan, elakkan tempat sesak serta
hidup di dalam norma baru. Selain itu? Mari cipta ruang selamat bersama NIPPON
PAINT VIRUSGUARD yang 99% berkesan melawan koronavirus manusia! Lakukan apa
yang perlu dilakukan selagi boleh. Kita jaga kita!
COVID-19
banyak merubah empati sesama manusia. COVID-19 sememangnya musibah yang tidak
kosong. Ianya hadir dengan pelbagai kontra tetapi masih ada pro-nya. Kerana
COVID-19, kita dapat lihat semangat kekitaan sesama rakyat Malaysia dan manusia.
Bantu-membantu sesama kita tanpa mengira peringkat umur dan masyarakat. Jaga
menjaga sesama kita.
Atas
asbab itu - NIPPON PAINT MALAYSIA yang
merupakan pembekal penyelesaian menyeluruh cat No.1 di Malaysia telah
melancarkan cat anti virus dan anti bakteria
iaitu NIPPON PAINT VIRUSGUARD yang memiliki ciri tambahan yang baru
serta telah diuji di makmal dan didapati 99% berkesan melawan koronavirus
manusia.
Kalau nak tahu, cat NIPPON PAINT
VIRUSGUARD telah diuji dengan Koronavirus Manusia, ATCC VR-740, strain 229E
oleh Analytical Lab Group pada awal tahun ini. NIPPON PAINT VIRUSGUARD telah
menunjukkan pengurangan sebanyak 99.9% pada titer virus selepas virus bersentuh
pada lapisan cat. Koronavirus manusia (strain 229E) merupakan strain
koronavirus pertama yang dikenal pasti dalam keluarga virus. Strain ini
dikaitkan dengan symptom selesema biasa dan jangkitan saluran pernafasan.
I want to do my part contributing
towards the community. Even, tak banyak sedikit…Kak Fa seronok nak berkongsi yang
cat NIPPON PAINT VIRUSGUARD ni akan berkesan 12 jam selepas dicat. Apabila
virus dan bakteria disebar ke permukaan yang dicat, ion perak akan menghapuskan
membran sel mereka, menjadikannya tidak berfungsi. Dalam hanya 12 jam, virus
dan bakteria akan berhenti membiak dan akhirnya mati. Cat ini terbukti secara
saintifik berkesan melawan 99% virus dan bakteria.*
*Kajian daripada Analytical Lab
Group (ALG) dan ATS Laboratories.
Ion perak? In English we called
it Silver Ion. Teknologi di sebalik NIPPON PAINT VIRUSGUARD. Kalau nak tau… ion
perak adalah antara bahan antimikrob semulajadi yang tertua di dunia! Terbukti
berkesan untuk mengurangkan pembiakan virus dan bakteria seperti penyakit
tangan, kaki dan mulut (hand, foot and mouth disease – HFMD), Influenza A
(H1N1), Escherichia coli dan Staphylococcus Aureus, serta koronavirus manusia
(strain 229E), apabila bersentuh dengan lapisan cat. Walaupun strain 229E
berbeza berbanding strain koronavirus yang menyebabkan pandemik COVID-19 yang
kita alami sekarang, namun penyakit pernafasan terus membebankan kesihatan
manusia di seluruh dunia dan merupakan antara penyebab penyakit yang teruk dan
punca kematian paling biasa di peringkat global.
Teknologi ion perak adalah
selamat untuk orang dewasa, kanak-kanak dan juga binatang. Teknologi ini
mencegah penyebaran virus dan bakteria melalui pendekata tiga langkah iaitu:
Menyahaktifkan
fungsi virus dan bakteria.
Mengurangkan
keupayaannya untuk bertambah dan merebak dan;
Menyekat
pertumbuhan dan seterusnya mematikan bakteria dan virus.
Menariknya, NIPPON PAINT
VIRUSGUARD kekal berkesan selagi keutuhan filem perlindungan cat dijaga dan
dalam keadaan baik. Sesuai bagi mana-mana sekalipun ruang dalaman kerana ianya
memiliki ciri-ciri seperti anti-virus,
anti-bakteria, sebatian organic mudah meruap (Volatile Organic Compound, VOC)
yang sangat rendah, sangat mudah dibasuh, tahan sental, tahan kulat serta
kulapuk, warna tahan lama dan penyelenggaraan mudah tanpa masalah.
Pendek kata, NIPPON PAINT
VIRUSGUARD adalah merupakan penyelesaian cat mesra alam yang turut memiliki
persijilan Ujian Label Hijau Singapura.
Paling Kak Fa suka dengan NIPPON
PAINT VIRUSGUARD ini adalah ianya tidak mengandungi apa-apa bahan berbahaya,
maka ia tidaklah bahaya melainkan ditelan. Jangan telan pulak! Memandangkan
kesemua cat adalah produk kimia, lebih baik jika kumpulan individu yang sensitif
seperti orang sakit, warga emas dan kanak-kanak menjauhi kawasan yang sedang
dicat.
Pendapat Kak Fa? Semua ruang dalaman
sebaiknya dicat dengan NIPPON PAINT VIRUSGUARD bagi memastikan dinding
dilindungi dan selamat untuk disentuh. Tak kisahlah sama ada rumah, tempat
kerja dan ruang awam, ianya perlu sentiasa selamat dan kondusif, terutamanya di
dalam menghadapi pandemik ini selain mengikut langkah-langkah pencegahan lain.
Kiranya ini salah satu support system untuk kita di dalam menghadapi pandemik
ini sehinggalah ianya benar-benar berakhir.
Sepertimana yang dinyatakan oleh
Dr. Chang Li-Yen, Profesor Madya dan Ahli Virologi di Jabatan Mikrobiologi
Perubatan (Fakulti Perubatan) Universiti Malaya:
Kesan COVID-19 akan kekal dengan
agak lama. Walaupun Malaysia mempunyai rekod prestasi yang baik dalam
menguruskan kes-kes COVID-19, namun normal baharu perlu diamalkan dengan
teliti. Sambil kita meneruskan kehidupan harian, baik di tempat kerja atau di
kediaman masing-masing, kita perlu terus mengamalkan dan melaksanakan
tindakan-tindakan asa bagi mencegah penyebaran penyakit berjangkit. Selain
daripada usaha penjarakan social, membasuh tangan dengan kerap, memakai pelitup
muka dan membersihkan ‘titik panas’
atau ‘titik sentuhan kerap’ adalah
langkah pencegahan yang kritikal. ‘Titik
panas’ merujuk kepada kawasan di mana wujudnya risiko kehadiran agen-agen
mudah berjangkit termasuk virus dan bakteria. Antara contoh ‘titik panas’ termasuklah tombol pintu,
permukaan meja malah dinding yang merupakan permukaan paling besar di rumah dan
di pejabat anda. Oleh sebab kita sering bersentuh dengan ‘titik panas’ ini, maka adalah penting untuk mengekalkan kebersihan
kawasan ini dan pada masa yang sama mewujudkan keadaan dalaman dengan aliran
udara yang baik untuk ruang dalaman yang selesa dan sejahtera.
Tambahan lagi…menurut Encik Yaw
Seng Heng, Pengarah Urusan Kumpulan Nippon Paint Malaysia:
NIPPON PAINT VIRUSGUARD adalah
sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk meningkatkan tahap kesihatan
dan kesejahteraan para pengguna di Malaysia. Selepas melancarkan cat yang
memberi focus kepada kesihatan dan kesejahteraan dua dekad yang lalu menerusi
pengenalan cat tanpa bau (‘Odourless Paint’) yang pertama di Malaysia, kami
terus membawakan pelbagai penyelesaian baharu seperti Siri Pilihan Hijau (‘Green
Choice Series’), Rangkaian Kesejahteraan Kanak-Kanak (‘Child Wellness Range’)
dan Rangkaian Kesejahteraan Ruang Tertutup (‘Indoor Wellness Range’).
Pelancaran inovasi cat yang baharu dan dipertingkatkan ini adalah tepat pada
masanya ketika rakyat Malaysia sedang menyesuaikan diri dengan normal baharu
dan mengambil langkah berjaga-jaga di rumah dan di tempat kerja demi
keselamatan semua.
Memang ya pun… Sekarang ni semua
berjaga-jaga. Tak naklah sampai terpaksa mengulangi Perintah Kawalan
Pergerakkan (PKP) yang semuanya terbatas tu kan? Hu hu hu…Cukuplah sekali
melaluinya kalau boleh.
Selamat mencipta ruang selamat
dan selamat mengecat!
Terimakasih telah membaca artikel Mari Cipta Ruang Selamat Bersama NIPPON PAINT VIRUSGUARD Yang 99% Berkesan Melawan Koronavirus Manusia! . Jangan lupa share ya
DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.
Total Pageviews
80 Malaysia's Best Lifestyle Blogs Award.
IBUENCER Awards 2021
Top 20 Malaysian Parenting Blog 2018 & Top 30 Malaysian Parenting Blog 2019 & 2020 - Feedspot
Bagusnya cat nippon nie
ReplyDelete