“Jom
pergi Mekdi?” - “Rasa macam nak makan Mekdi lah hari ni!” – Rakyat Malaysia… Suka sangat sebut Mekdi berbanding McDonald’s. Betul tak?
Ringkas, padat, mudah dan menyampaikan maksud yang semua orang pun faham. Sebut
jer Mekdi … dah tau dah…
Memang-memang maksudnya McDonald’s… Tak ada lain dah! Disebabkan popular sangat
sebutan Mekdi di Malaysia ni, kini
papan tanda ikonik Mekdi kelihatan di
seluruh Malaysia! Iyaaa…betul… seluruh Malaysia telah dinaikkan oleh McDonald’s
Malaysia. Tapi bukan semua cawangan ya? Cawangan yang terpilih sahaja.
2019 – Kak Fa
jumpa dengan papan tanda ikonik Mekdi ni
di McDonald’s Bukit Bintang. Bukti?
Nah… Sila tengok sendiri gambar yang Kak Fa paparkan di bawah.
2020?
Sempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia pada tahun ini, McDonald’s Malaysia
menzahirkan jiwa Malaysia dengan inisiatif menaikkan papan tanda Mekdi di restoran-restoran terpilih di
seluruh negara. Ini juga bersempena dengan ulang tahun ke-38 McDonald’s Malaysia
semenjak pembukaan restoran McDonald’s pertama di Bukit Bintang.
McDonald’s Malaysia
bukan pilih kasih tau di dalam menaikkan papan tanda Mekdi ni di cawangan terpilih… tetapi ini semua adalah
restoran-restoran yang telah dipilih sendiri oleh rakyat Malaysia yang diberi
peluang untuk mengundi restoran McDonald’s yang akan memaparkan papan tanda Mekdi.
Di dalam
majlis pelancaran yang berlangsung di restoran McDonald’s Pandu-Lalu Putrajaya
pada 26 Ogos 2020 yang lalu, Puan Hajjah Melati Abdul Hai selaku Naib Presiden
dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia menyatakan:
Dikenali sebagai Mekdi di kalangan rakyat Malaysia, jenama McDonald's terus berkembang seperti hari ini atas sokongan padu para pelanggan kami. Nama Mekdi mendapat sambutan hangat ketika pertama kali kami memperkenalkan papan tanda itu di restoran ikonik kami di Bukit Bintang tahun lalu, dan ini jelas menunjukkan bahawa Mekdi amat sinonim dengan rakyat Malaysia daripada segenap lapisan masyarakat. Jadi tahun ini, kami ingin memberi penghormatan kepada lebih ramai rakyat Malaysia di seluruh negara dengan menukarkan restoran McDonald's kegemaran mereka kepada Mekdi,
Mesti
ramai yang nak tau kan? Senarai restoran-restoran McDonald’s Malaysia yang anda
boleh jumpa papan tanda Mekdi ni...
Ok...Baca betul-betul Kak Fa nak bocorkan rahsia ni supaya anda tak perlu
tercari-cari atau main permainan hide and
seek semata kerana nak mencari papan tanda ikonik Mekdi ni.
Anda
boleh jumpa papan tanda Mekdi di
restoran-restoran McDonald’s Malaysia yang tersenarai di bawah berikut:
1.
McDonald’s
Bukit Bintang
2.
McDonald’s
Titiwangsa
3.
McDonald’s
KLCC
4.
McDonald’s
Putrajaya, Presint 2
5.
McDonald’s
Kuala Selangor
6.
McDonald’s
Greenlane, Penang
7.
McDonald’s
Jln Gopeng, Ipoh, Perak
8.
McDonald’s
Stulang Laut, Johor
9.
McDonald’s
Kulai, Johor
10.
McDonald’s Kuala Pilah, Negeri
Sembilan
11. McDonald’s Taman Buaya, Malacca
12. McDonald’s Teluk Cempedak, Pahang
13. McDonald’s Kota Bahru, Kelantan
14. McDonald’s Kuala Terengganu,
Terengganu
15. McDonald’s Kuching 1, Sarawak
16. McDonald’s Api-Api, Kota Kinabalu,
Sabah
Tolong
berterima kasih pada Kak Fa. Ha ha ha... Ok sekarang dah boleh rancang dah bila
nak pergi dan menikmati hidangan McDonald’s kegemaran anda semua ok? Jangan
lupa rakamkan gambar kenangan anda bersama papan tanda Mekdi tu...Bukan senang nak jumpa dan bukan senang McDonald’s Malaysia
nak naikkan papan tanda ni kan?
Sambil-sambil
tu jangan lupa menikmati hidangan istimewa di bulan kemerdekaan dan sempena
sambutan Hari Malaysia yang akan datang ni... Bersempena kedua-dua sambutan
ini, McDonald’s Malaysia amat berbesar hati membawakan rakyat Malaysia sentuhan
baru kepada Nasi Lemak McD yang
popular. Pelanggan kini boleh menikmati Rendang
Ayam sebagai pilihan hidangan sampingan tambahan bersama nasi lemak harum,
ikan bilis ranggup, timun segar dan telur goreng beserta sambal pedas. Kak Fa
dah rasa! Sedap ok? Memang berbaloi.
Selain
itu, pelanggan juga boleh memilih untuk menikmati Nasi Lemak McD bersama-sama kepingan Spicy Chicken McDeluxe atau kepingan Grilled Chicken Burger (GCB). Ikut selera masing-masing suka yang
mana ok? Tapi Rendang Ayam tu memang
sedap oiii... Sampai hari ni Kak Fa masih teringat-ingat lagi ni.
Dah makan Nasi Lemak McD dengan Rendang Ayam atau kepingan Spicy Chicken McDeluxe atau kepingan Grilled Chicken Burger (GCB)... boleh
nikmati pula pencuci mulut McFlurry
Cendol baru yang cukup rasa Gula Melaka, cebisan kelapa, vanila berkrim cair
dan jeli Cendol.
Tambah lagi? Dengan Pai Jagung! Kalau tak suka McFlurry boleh pilih ais krim berperisa
Cendol. Tapi tulahh... Kena cepat-cepat.... Apa jer yang melibatkan Cendol di
McDonald’s ni... Cepat sangat
habis...Sobsss... Kalau lambat memang terlepas laaaaa....
Nasi Lemak McD dengan Rendang Ayam dan Nasi Lemak McD dengan
kepingan Spicy Chicken McDeluxe atau kepingan Grilled Chicken Burger
(GCB) kini boleh didapati di semua restoran McDonald's Malaysia di seluruh
negara. Set Nasi Lemak McD dengan seketul Rendang Ayam dan Teh
Ais Limau berharga dari RM16.99, manakala set Nasi Lemak McD dengan
kepingan Spicy Chicken McDeluxe atau kepingan Grilled Chicken Burger
(GCB) berserta Teh Ais Limau berharga dari RM14.99.
#Mekdi #McDonaldsMalaysia #NasiLemakMcD
Untuk
maklumat lanjut mengenai tawaran menu menarik McDonald’s sempena bulan Merdeka
ini, sila lawati www.mcdonalds.com.my.
0 komentar:
Post a Comment
DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.