Ini Senarai Perangai Anak Yang Tak Boleh Tak Tegur!

Farah Waheda Wahid
1

Sejak Firash berada di Tahun Satu ni – Kak Fa rasa macam menakutkan jer ragam kanak-kanak sekarang. Tiap-tiap hari berdoa – semoga Firash tidak terikut-ikut dan terpengaruh dengan tingkah-laku negatif yang tidak sepatutnya. Tiap-tiap hari Kak Fa beri pesanan khidmat masyarakat pada Firash. Nail this ya – amat penting untuk kita sebagai mak ayah sentiasa alert dengan tingkah-laku anak-anak yang kadang-kadang boleh sampai melampau tahapnya. Tak kata anak orang – tapi lebih kepada pesanan dan peringatan untuk diri sendiri sebenarnya. Bagi Kak Fa – ini senarai perangai anak yang tak boleh tak tegur! Even, Taufiq Razif pun ada menggariskan perihal ini ok?


Ini senarai perangai anak yang kita sebagai mak ayah kena tegur dari kecil…


Suka Masuk Bilik Orang

Memang anak-anak penuh dengan rasa ingin tahu iaitu curiosity. Mereka akan suka untuk eksplorasi tempat yang baru. Sifat ingin tahu ni bagus tetapi kita sebagai mak ayah kena bimbing sifat ingin tahu itu supaya anak kita boleh teruskan sifat ingin tahu tanpa ganggu privasi orang lain. Ini adalah adab yang kurang ada pada kanak-kanak zaman sekarang. IQ tinggi tetapi EQ dan Interpersonal Skills tidak diambil peduli. 


Suka Menyampuk Orang Yang Lebih Dewasa Sedang Bercakap

Memang anak yang sedang teruja akan main sembur je bertanya, bercakap tak kira masa, tak kira tempat dan tak kira situasi. Suka bertanya tu bagus, tetapi jikalau kita sedang bercakap dengan orang lain pun dia nak menyampuk. Itu boleh jadi masalah! Kenapa?


Anak-anak yang suka menyampuk ni kebiasaannya suka sangat nak cari perhatian (entitle for attention) dan susah sangat nak lawan perasaan ditolak (unable to tolerate frustration). Itulah sebabnya kenapa kalau Firash menyampuk, Kak Fa terus tegur dan beritahu Firash untuk tunggu Kak Fa habis bersembang dulu. Kalau tak jalan juga. Ketam berjalanlah jawabnya. Dari situ, kita sebenarnya kita dah boleh latih anak self-control. Anak yang tinggi self-control, In Shaa Allah akan lebih berjaya suatu hari nanti.


Suka Main Kasar 

Ok fine… boys will be boys. Anak lelaki memanglah ganas buas daripada anak perempuan. Tapi jangan pandang ringan kalau anak-anak kita termasuk dalam kategori tumbuk atau cubit kawannya. Tanpa teguran, sifat ni boleh jadi tabiat yang berkekalan dan berterusan sehingga ke remaja dan membawa ke dewasa.


Teguran tu pula mesti on the spot. Nampak jer anak berkasar dengan sepupu ke, kawan ke… kita sebagai mak ayah kena terus tegur dan ajar mereka cara yang betul nak bergaul. Kalau kita cuma ketawa dan anggap ianya permainan semata-mata bahkan siap puji pula tu, otak anak kita akan anggap ianya social reward dan susah nak diubah sampai la dia dah besar nanti.


Buat-Buat Tak Dengar 

Kalau anak tak dengar sebab mengelamun tu lain cerita tapi kalau dia buat tak dengar dengan sengaja itu namanya POWER PLAY. Masa nilah sebenarnya anak-anak nak uji autoriti kita. Mak ayah yang kurang autoriti akan cepat mengalah dan membiarkan sahaja anak-anak menguasai dirinya. Lama-kelamaan kita akan nampak anak akan semakin degil dan susah dengar cakap. Itulah yang terjadi bila kita kurang autoriti pada anak-anak kita sendiri.


Anak Terlalu Pemendam 

Ada juga anak-anak yang sangat susah nak menangis. Kalau mereka sakit atau sedih, ketap je bibir supaya tak menangis. Pernah kan kita dengar falsafah “Boys Don’t Cry…” kan? Salah sebenarnya falsafah tu. Kita kena bagi signal pada otak anak kita bahawa ianya ok untuk meluahkan emosi terpendam mereka.


Tu la kenapa sebabnya kalau anak menangis, janganlah sibuk nak tengking mereka. Menangis adalah cara anak-anak kita mengekspresikan emosi sedih mereka.


Cumanya kita kena bantu mereka untuk kawal emosi itu supaya ianya tak berubah menjadi amukan dan tantrum. Tengking boleh selesaikan tangisan, tapi parut dan luka psikologinya itu yang akan berpanjangan.


Mengeluarkan Perkataan Yang Tidak Bersesuaian Dengan Umur Atau Biadap 

Kak Fa tambah sedikit. Ini kan sejujurnya Kak Fa memang sangat menitikberatkan bab ni. Secara peribadi Kak Fa memang tak suka dengar sesiapa pun bercakap dengan nada biadap. Keluarkan perkataan-perkataan kasar. Mungkin juga cara Kak Fa dibesarkan. Kak Fa sejujurnya kurang gemar orang yang pertuturannya berbunyi kasar dan biadap serta lancang sangat tak bersesuaian dengan situasi dan tempat. Itu Kak Fa. Jadi memang sebolehnya Kak Fa tak nak Firash tergolong di dalam orang-orang yang biasa bercakap kasar dengan bunyi biadap dan lancang. Perkataan-perkataan yang tidak elok.


Perkara ni jugalah setiap hari Kak Fa ingatkan pada Firash kot? Memandangkan dah bersekolah dah bergaul dengan kawan-kawan yang berbeza latar belakang dan pembawakan. Memang nak kena pantau benda-benda ni semua.


Tak kata parenting Kak Fa ni perfect. There’s no perfect parenting. Tapi Kak Fa cuba sebaik yang mungkin untuk mendidik dan menghindarkan.


Kanak-kanak lazimnya diajar cara untuk merangkak, berjalan, membaca dan menulis. Apabila mereka membesar, mereka akan belajar cara untuk menyelesaikan masalah matematik, memahami konsep saintifik dan berbahas peristiwa sejarah. Kesemua itu dilaksanakan melalui bimbingan ibu bapa, guru-guru ataupun pengasuh.


So? Bimbingan yang sama juga hendaklah diberikan di dalam usaha mengembangkan kualiti, nilai moral dan perwatakan anak supaya selaras dengan kemahuan kita sebagai ibu bapa. Melalui bimbingan dan teladan orang dewasa, kanak-kanak belajar untuk menjadi seorang yang jujur serta menghormati, mempertahankan apa yang mereka percayai, mengambil berat tentang orang lain, bertanggungjawab dan membuat pilihan bermoral. 


Nak ajar anak senyum? Kita kena banyakkan senyum. Nak ajar anak beradab? Kita dulu kena beradab. Nak ajar anak jadi penyabar? Kita dulu kena bersabar di depan mereka. Inilah kekuatan mirror neuron. Anak-anak kita walaupun muka comel macam tak ambil kisah hal sekeliling tetapi sebenarnya mereka mempunyai kemampuan meniru perbuatan kita walaupun sehalus-halus perkara. 

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !