HALAL Plant-based Dumplings Meat Yang Super Sedap Oleh Dumpling Kings X Phuture Daging

Farah Waheda Wahid
0

Tertipu! Sungguh-sungguh rasa tertipu... Hu hu hu... Mula-mula sewaktu Kak Fa mula mengunyah dumplings yang dimaksudkan, Kak Fa mati-matian percaya yang isi dumplings tu sebenarnya sememangnya daging. Tapi telahan Kak Fa tu salah! Rupa-rupanya ianya adalah HALAL plant-based dumplings meat yang super sedap oleh Dumpling Kings X Phuture Daging. Ya ampun... Kak Fa yang suka makan ni pun boleh tertipu dengan rasa plant-based dumplings meat ni. Inikan lagi orang-orang yang kurang makan kan? Ha ha ha... 

Inovatif sungguh kolaborasi di antara Dumpling Kings yang merupakan pakar francais daging dumplings berasaskan tumbuhan dan Phuture Daging yang merupakan syarikat teknologi makanan daging berasaskan tumbuhan ni. Kagum Kak Fa dengan hasil yang dikeluarkan di atas kerjasama kedua-dua syarikat ini. Rasa bertuah pun ada. Sebabnya Kak Fa berpeluang merasa keempat-empat perisa dumplings dengan dua cara penyediaan iaitu dumplings yang disediakan dengan kaedah pan-fried dan juga boiled. 

Walaupun telah beberapa hari berlalu - Kak Fa masih dapat bayangkan rasa kesemua perisa dumplings yang Kak Fa berkesempatan mencuba tempoh hari. Serius sedap! Bukan acah-acah sedap ok? 

Mushroom Cabbage Dumplings



Mahupun kaedah pan-fried ataupun boiled, kedua-duanya berjaya memikat hati si peminat dumplings ini. Betul... Kak Fa suka Mushroom Cabbage Dumplings ini dan Kak Fa tak ragu-ragu nak galakkan anda mencuba Mushroom Cabbage Dumplings. Dari pengalaman orang yang suka makan macam Kak Fa ni... apa sahaja yang melibatkan cendawan sememangnya akan turn out to be sedap ok? Jadi percayalah. Kalau kena dengan tekak Kak Fa, apatah lagi tekak anda. 

Chives Dumplings


Orang Melayu selalu panggil Chives ni apa? Daun kucai...Ingat ya... daun kucai... Sepertimana yang kita tahu, daun kucai ni ada pelbagai khasiat. Pertamanya dah tentu sebagai penambah selera. Tapi khasiat daun kucai ni lebih dari itu. Dikatakan efektif untuk menurunkan berat badan, menurunkan tekanan darah serta kolestrol, mencegah sembelit, mencegah kanser, mengatasi masalah kulit, membantu mencegah jerawat dan mencegah rambut rosak. Jadi kalau nak makan banyak mana sekalipun Chives Dumplings ni makanlah. 

Spicy Mala Dumplings



Kak Fa ibaratkan dumplings ni sebagai dumplings yang kena dengan tekak orang Malaysia yang majoritinya sukakan sesuatu yang pedas untuk dimakan. Jika anda penggemar rasa pedas, anda patut cuba Spicy Mala Dumplings ini. 

Kimchi Dumplings


Penggemar kimchi memang tak boleh lepaskan peluang merasa Kimchi Dumplings ni ok? Ianya sangat kena dengan tekak orang Malaysia yang sukakan makanan Korea. Silap-silap haribulan - orang Korea pun boleh sukakan Kimchi Dumplings ni. 

Uniknya - kolaborasi di antara Dumpling Kings x Phuture Daging ini di dalam menghasilkan dumplings khusus yang boleh dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia adalah ianya adalah merupakan customised plant-based meat solutions and halal-certified manufacturing process. Anda tak perlu ragu, tak perlu was-was pun. Untuk yang menjaga badan...he he he... Tak kisahlah anda sedang mengamalkan apa jenis diet sekalipun... Anda boleh menikmati makanan ini dengan sepenuhnya. 

Di dalam kolaborasi di antara Dumpling Kings X Phuture Daging ini, rakyat Malaysia bakal dapat menikmati kesemua dumplings yang berasaskan tumbuhan yang super sedap ini apabila berlakunya the opening of Malaysia's first Dumpling Kings outlet offering fully-halal, plant-based menu in the 4th quarter of 2020. Tak lama lagi jer... Sabar sikit jer lagi. 



Menurut Lyn yang merupakan pengasas bersama Dumpling Kings:

We've seen an increased demand and awareness of plant-based food in Malaysia, especially since the Covid-19 pandemic has impacted the food logistics network, raising health and food safety concerns. However, the current plant-based dining spaces are limited and less accessible. 

Our tagline Dumplings for All is fulfilled by making healthy plant-based dumplings (typically meat-based) accesible to all Malaysians. This is a perfect fit with Phuture Daging's ethos in producing halal plant-based meat from local ingredients, as their offerings are not only more affordable, but more socially and environmentally conscious. 

Our collaboration with Phuture Daging maximises nutritional values in our dumplings. Moreover, our dough is handmad fresh by authentic dumpling chefs. 

Sebenarnya ada banyak lagi perancangan Lyn dan juga pengasas bersama Shawn pada waktu akan datang di dalam kolaborasi bersama Phuture Daging. Di antara perancangan tersebut adalah model francais yang akan menawarkan peluang keusahawanan bagi usahawan-usahawan muda Malaysia pada tahun 2021 serta pembukaan jenama Dumpling Kings kepada usahawan-usahawan muda yang berminat di dalam sektor makanan berasaskan tumbuhan. 

Shawn menyatakan:

Consumers have increasing awareness and Malaysia's enterprising youth are willing to build on this. With our best practices in sourcing, financing and marketing in place and backed by the foodtech experts at Phuture Daging, we at Dumpling Kings can work with aspiring entrepreneurs to grow the local plant-based sector. 
Turut hadir di majlis menandatangani kerjasama dan juga food tasting adalah Pengarah Urusan Phuture Daging iaitu Datin Maziah Binti Omar, yang berpendapat kolaborasi ini adalah sebagai pengenalan kepada makanan halal berasaskan tumbuhan oleh Phuture Daging kepada pasaran Malaysia. 


Daging berasaskan tumbuhan oleh Phuture Daging adalah diproses mengikut piawaian halal yang dipantau oleh Phuture Daging's Halal Advisory Board yang diketuai oleh Puan Norlia Binti Yusof. 

Untuk pengetahuan umum, Phuture Daging sangat menyokong perusahaan kecil dan sederhana tempatan (SMEs) yang mahu memperkenalkan makanan berasaskan tumbuhan di dalam menu mereka. 

Untuk Sebarang Pertanyaan Media, Sila Hubungi:

Dumpling Kings:

Co-founder Shawn Pan (HP: 014 395 8806)
Co-founder Lyn Teh (HP: 012 226 7391)
E-mail Address: dk.dumplingkings@gmail.com

Phuture Daging:
General Manager Datin Maziah Omar (H/P: 019- 650 3747 - maziah@phuturedaging.com )

Jujurnya makan sedikit pun dah kenyang... Kalau hari-hari Kak Fa dapat makan kesemua dumplings ni...agak-agak boleh langsing tak? Ahaksss... 

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !