Kak Fa pernah kongsi yang perjalanan semester kedua Kak Fa adalah perjalanan yang paling mencabar melalui entri yang bertajuk e-PJJ: Semester Paling Mencabar! . Ya...tak tipu punya - semester kedua memang semester yang paling mencabar buat Kak Fa. Macam yang Kak Fa note dalam entri yang Kak Fa nyatakan sebentar tadi tu - dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dengan pembelajaran atas talian sampai kena mute dengan lecturer sebab Yash bising menyanyi...Ha ha ha... Dengan warded selama dua minggu lagi tatkala semua sedang struggle nak siapkan pelbagai jenis assignment. Jujur...Kak Fa rasa tertekan sangat sepanjang proses tu ok? Sebab tu...Kak Fa memang sujud syukur sangat bila e-PJJ journey | Anugerah Dekan dengan GPA 3.78 dan CGPA 3.65 untuk Semester 2 Sesi 2 2019/2020 ni.
Mungkin ada orang berkata perlu ke nak cerita? Perlu ke nak kongsi kegembiraan tu berulang kali? Ha ha ha... Mungkin pendapat orang tu tak penting pada Kak Fa kot? Sebab Kak Fa yang melaluinya. Segala susah payah, jerih perih yang Kak Fa lalui tu hanya Kak Fa yang tau. Tak salah untuk Kak Fa rasa kepuasan itu dan tak salah Kak Fa kongsi kegembiraan Kak Fa itu memandangkan Kak Fa bukannya bertujuan nak menunjuk-nunjuk atau riak dengan sesiapa. Sikit pun tak ada. Sekuman pun tak ada ok? Cuma Kak Fa rasa puas. Puas yang tak terucap sampai berulang kali tenung slip keputusan akhir Kak Fa sendiri. Kak Fa berkongsi bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi atas nama Allah...Kak Fa harap sedikit sebanyak Kak Fa dapat memberikan motivasi dan inspirasi kepada mereka-mereka di luar sana yang berhajat nak sambung belajar dalam mod pengajian jarak jauh. Apa yang Kak Fa nak sampaikan - irregardless of your status - mak budak ke, bapak budak ke...apa sekalipun... Nothing is impossible. Kalau nak mesti ada jalan dan cara.
Kak Fa pun dulu pernah kot? Boleh ke? Nak further study lagi ni? Dengan life lagi, dengan anak lagi. Satu jer pesan Kak Fa kena ada strong will dan mental memang betul-betul kena kuat ok?
Nak tau tak? Sewaktu dapat keputusan tu...Kak Fa sebenarnya tengok banyak kali tau. Ha ha ha...Macam tak percaya jer. Betul ke tak betul ke? Seriuslah...Ha macam tulah. Kemudian? Kemudian automatik Kak Fa menangis terusik. Bila dapat keputusan exam macam ni - Kak Fa automatik akan teringat pada arwah Papa Kak Fa. Kalaulah umur dia panjang dan dia lihat ni - pasti, Kak Fa pasti sangat-sangat yang dia akan sangat berbangga dengan Kak Fa. Suka dia. Sebab ini kemahuan dia. Kehendak dia. Dia nak tengok Kak Fa berjaya setiap kali Kak Fa buat sesuatu. Memang jelas dalam ingatan, kalau apa-apa hal pencapaian dia adalah orang yang akan jadi sangat berbangga dengan pencapaian Kak Fa. Dia kan peluk Kak Fa. Cium ubun-ubun kepala Kak Fa. Alhamdulillah - walau dia tak sempat melihat kali ini tetapi Kak Fa sempat buat dia bangga semasa hayat dia. Cuma hajat dia nak Kak Fa sambung belajar tertunai ketika dia telah pergi selamanya meninggalkan Kak Fa. Yang penting - Kak Fa tetap teruskan hajat arwah Papa Kak Fa kan? Kak Fa cuba untuk terus jadi anak yang baik. In Shaa Allah. Kak Fa cuba tunaikan hajat arwah Papa dan juga Mama Kak Fa. Nak balas jasa mereka membesarkan, mendidik, menyekolahkan - memang tak terbalas. Tapi Kak Fa cubalah.
Penting sangat ke Anugerah Dekan tu pada Kak Fa? Uhuksss...Soalan apalah ni kan? Nak jawab secara jujur ke? Tak jujur? Kita jawab jujur jerlah ek? Ya...penting oiii Anugerah Dekan ni pada Kak Fa. Hanya yang pernah melalui jer faham kenapa Anugerah Dekan ni penting oiii.... Hanya yang pernah melalui jer faham bagaimana susah sebenarnya nak dapatkan Anugerah Dekan ni. Percayalah.
Macam perkongsian Pn. Sha - Perunding Pendidikan :
Apa Kegunaan GPA dan CGPA?
Kita tunjuk gambar barang kemas, kita tunjuk kereta, kita tunjuk rumah dan sebagainya asalnya harus, hukumnya harus tetapi ia boleh berubah jadi haram jika tujuan tak betul. Kawan-kawan kita tanya 2,3 kali doh rumah yang kita beli, rumah yang kita duduk sekarang, ambik gak gambar, tunjuk sekeping letak dalam media sosial nak tengok. Kita letaklah dalam media sosial, ni lah rumah saya, itu orang panggil makluman. Hukumnya harus. Hok sorang ni pulok letak gambar rumah jugok tapi nak bagitahu dia hebat hok lain tok rok cetong belako tengok dia tak sampai 2 tahun kerja boleh buat rumah besar gini. Tujuan dia letak, haram. Yang ni gambar rumah jugak tak berdosa, yang ni letak gambar rumah berdosa. Kerana apa? Kerana riyak. - Ustaz Azhar Idrus.
0 komentar:
Post a Comment
DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.