Tekanan Bila KUTU BERAS Bermaharajalela Dan Sedang Cuba TIPS Elak Kutu Beras Ni!

Farah Waheda Wahid
0
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

Orang perempuan ni – kutu beras pun boleh jadi satu masalah yang sangat complicated pada mereka tau. Ha ha ha… Nak kata diri Kak Fa sendiri lah tu. Tapi memang ya – hari tu mula-mula tak adalah banyak mana pun kutu beras dalam rice dispenser tu. Semalam, sedang-sedang di dalam proses nak masak nasi, tiba-tiba semakin banyak pula kutu beras dalam rice dispenser tu. Terus keluarkan dan letak dalam dulang besar, jemur bawah matahari terik. Rice dispenser tu, walaupun baru jer basuh minggu lepas, basuh lagi sekali. Celah mana entah datangnya kutu beras banyak-banyak entah. Tekanan bila KUTU BERAS bermaharajalela dan sedang cuba TIPS elak kutu beras ni! Harus dihapuskan dengan segera sebab bila kutu beras bermaharajalela, itu semua punca-puncalah tu buatkan nasi yang dimasak kurang sedap, lembik dan mudah basi. Iyaaa…. Kutu beras ni memang punca!

Ha ha ha… Dengan kutu beras pun boleh jadi musuh tau. Walhal beras tu baru jer beli sekampit cukup bulan hari tu. Bukannya beras dah bertahun-tahun dalam rice dispenser tu. Tak faham betul-lah Kak Fa. Ha ha ha…. Jadi satu masalah besar pula kutu beras ni selagi tak dinyahkan. Bila makin banyak naik geli pula. Nak buang sayang… Beras banyak lagi bukan sikit…. Bak kata anggaran Kak Fa, lepas makan sebulan setengah lagi oiii…. Jadinya ada beberapa tips yang Kak Fa dah cuba dan ada beberapa tips yang Kak Fa sedang dalam proses mencuba. Harapnya menjadilah kan?

Terlebih dahulu, marilah kita berkenal-kenalan dengan kutu beras ni ha… Kutu beras atau nama saintifiknya Sitophilus Orizae atau turut dikenali sebagai bubuk merupakan masalah yang sudah lama wujud di dalam industri pertanian. Walaupun tidak membawa bahaya kepada manusia, kutu ini amat berbahaya kepada bahan pertanian. Sering tertipu dengan beras yang kelihatan bersih semasa di kedai? Tahukah anda kutu betina beras ini sebenarnya boleh meninggalkan sehingga 300 ke 400 biji telur mereka di dalam beras (per kaviti)?

Kutu beras ini mampu membiak sehingga beberapa generasi. Malah untuk kutu dewasa, mereka boleh hidup sehingga tujuh ke lapan bulan dan ada juga menjangkau ke tempoh dua tahun. Dan adakah anda juga tahu sebenarnya pada peringkat telur atau larva, kutu ini hidup dalam butiran beras dan apabila dewasa mereka akan keluar daripada butiran beras? Ya ampun, walaupun tidak berbahaya kepada manusia, jangan pula ambil ringan untuk basuh beras cincai-cincai ya?

Kutu beras mempunyai deria baru yang kuat, kutu beras amat sensitif dengan bauan seperti daripada cili kering dan daun pandan. Jangan guna bahan kimia untuk menghalau mereka. Sebabnya… at the end of the day, beras tu yang kita nak makan. Jadi berbahaya pula. Hu hu hu.

Ok, sekarang jom kita lihat senarai tips elak kutu beras:

Jemur Beras Di Bawah Panas Matahari

Inilah yang Kak Fa buat semalam. Dikatakan paling mudah untuk hilangkan kutu beras ialah dengan meletakkan beras di atas dulang kemudian jemur di tengah panas. Jika tiada dulang yang bersesuaian, jemur sahaja bekas beras yang telah dibuka penutupnya. Dengan cara ini, kutu akan keluar dari beras untuk cari tempat lembap.

Guna Cili Kering

Cara ni Kak Fa dah buat bulan-bulan sebelum ni. Kaedahnya masukkan cili kering yang telah dipotong dua ke dalam bekas simpanan beras. Cili kering berbau kuat dan juga bersifat panas. Kutu tidak suka cili kering dan ianya dapat menghilangkan dan menghalau kutu dari bersarang dalam bekas beras. Kak Fa dah cuba tapi macam tak efektif sangat, or maybe sebab Kak Fa tak gunting dua cili kering tu. Itu sebab tak menjadi. Hu hu hu…

Letak Bawang Putih

Ini, baru semalam cuba… harap-harap menjadilah oiiii…. Kutu atau bubuk beras dikatakan paling menyampah pada bau-bauan. Jadi bahan-bahan beraroma seperti bawang putih juga boleh digunakan untuk menghalau serangga ini. Caranya mudah sahaja, ambil beberapa ulas bawang putih dan masukkan ke dalam bekas beras.

Guna Keratan Batang Dan Daun Pudina

Tangkai daun pudina perlulah dikeringkan terlebih dahulu dan kemudian ramas atau kisar jadi serbuk dan masukkan ke dalam uncang. Boleh juga digaulkan bersama-sama dengan beras. Cara ini agak berkesan untuk menghalau serangga ini.

Daun Limau Purut

Letakkan daun limau purut ke dalam beras. Selain beras berbau harum, ia boleh menghalau kutu dari terus menghuni bekas simpanan beras.

Buat Uncang Kulit Kayu Manis

Boleh juga letakkan kulit kayu manis di dalam bekas beras. Bau harumnya mampu menghalau kutu dari bekas beras. Caranya mudah sahaja, ambil beberapa batang kulit kayu manis, goreng dalam kuali tanpa minyak bagi menerbitkan bau harum, kemudian masukkan ke dalam uncang dan letak dalam bekas beras.

Bila baca fakta tentang kutu beras ni yang mana pada peringkat telur atau larva, kutu ini hidup dalam butiran beras dan apabila dewasa mereka akan keluar daripada butiran beras – tiba-tiba terfikir adakah mungkin beras yang dimasak menjadi nasi tu, ada di antara ribuan butiran beras tu, Kak Fa ni dah termakan kutu beras. Ha ha ha… Dah dah…tolong berhenti berfikir bukan-bukan. In Shaa Allah tak… Rasanya ok, sebab dah basuh beras berulang kali dan dikatakan petuanya – bila kita basuh beras berulang kali tu beras yang sudah dimakan oleh kutu beras akan terapung dan dibuang kerana sudah ringan. Tu tips dia.

Cuba cek bekas simpanan beras masing-masing, ada tak kutu beras merayap? Kalau ada, sila gunakan petua-petua yang telah disenaraikan di dalam entri ini. Kak Fa pun tengah gigih berperang dengan kutu beras ni ha.

Rujukan: SINI dan SINI

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !