Stok Kit Kat Habis!!! Alang-Alang Cuba Nasib Nak Menang PG Mall x Nestlé Top Spender Bulan Ogos Ni!

Farah Waheda Wahid
0

Sesungguhnya kakakmu ini adalah hantu Kit Kat! Ha ha ha… Bila stok nak habis jer mesti top-up. Tak boleh tak ada Kit Kat dalam peti ais rumah. Wajib mesti ada. Kalau tidak mau menggigil kot rasanya? Dramatik sungguh kan? Makanya bila stok Kit Kat habis!!! Alang-alang cuba nasib nak menang PG Mall x Nestlé Top Spender bulan Ogos ni! Iyalah… stock-up dari PG Mall la… Senang dan mudah. Cepat jer sampai pun. Tak ambil masa yang terlalu lama.



Nikmat sungguh bila Kit Kat masuk ke dalam mulut. Nampak muka riak tu bila Kit Kat yang dipesan dari PG Mall sampai? Gembira sungguh. Tapi lebih gembira lagi gamaknya kalau bernasib baik dinobatkan sebagai Nestlé Top Spender bulan Ogos kot
?

PG Mall x Nestlé Top Spender Bulan Ogos


Bertuah badan oiii kalau dapat jadi Nestlé Top Spender bagi bulan Ogos di PG Mall ni sebabnya PG Mall mencari 3 orang pemenang bulanan baucar bernilai RM100.00 dan 16 orang pemenang mingguan baucar bernilai RM50.00 bermula dari 1 Ogos 2020 sehingga 31 Ogos 2020 ni. 

Bermakna masih ada masa lagi dan masih belum terlewat lagi. Selepas baca perkongsian Kak Fa dalam entri ni pun, masih boleh lagi membeli-belah di PG Mall dan mendapat peluang menjadi Nestlé Top Spender di PG Mall bagi bulan Ogos ni. Cubalah… Mana tau kalau rezeki salah seorang di antara kita kan? Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tau. Betul tak?

Tapi dengan syarat kena beli dari  Nestlé OfficialOnline Store lah kan? Kalau beli dari tempat lain, I’m sorry goodbye. Apa pun tak boleh. Hanya di PG Mall ok? Bukan di mana-mana. 

Menariknya…



Dengan setiap pembelian bernilai RM80.00 dan ke atas, penghantaran adalah percuma. Diulangi penghantaran adalah percuma. Di situ dah dapat jimat caj penghantaran dah. Jimat-jimat ni memang Kak Fa suka sangat. Nak nak lagi di saat dan ketika pandemik COVID-19 memberikan kesan kepada pendapatan bulanan Kak Fa. Hu hu hu… Memanglah kena sangat berhemah ketika berbelanja. 

Tambah lagi dapat secara percuma, MAGGI Sambal Tumis 30g (pes sambal tumis) yang memudahkan kerja-kerja masak-memasak Kak Fa di rumah bila terkejar-kejar masa dan juga Nestlé EVERYDAY Malt Sachet 50g. 

Bagi yang belum pernah cuba membeli-belah Nestlé OfficialOnline Store di PG Mall, mungkin ada kekaburan di situ… Tak berapa nak jelas apa yang ditawarkan oleh PG Mall. Meh sini Kak Fa kongsi. 


Nampak tu? Kit Kat, Nestlé Omega Plus, Nestlé Just Milk, MAGGI, Starbucks, Nescafé, Nestlé EVERYDAY dan MILO. Bahan-bahan minuman dan makanan yang asas yang ada hampir di setiap isi rumah. Harga pun memang sangat-sangat berpatutan. 


Tak cukup dengan tu, ada tawaran Exclusive Bundle lagi.


Ini yang paling Kak Fa suka sebenarnya. Sebab dengan adanya tawaran Exclusive Bundle ni, memang Kak Fa dapat jimat kot? Beli secara bundle macam ni dan stok boleh stock-up dalam tempoh masa yang agak lama. Dalam erti kata mudah – tahan lamalah stok dalam rumah. Tak adalah sekejap-sekejap nak kena beli kan? 

Dah tinggal tak berapa hari lagi dah pun nak ke penghujung bulan Ogos. Jadi sebelum terlewat atau terlepas tu, Kak Fa sarankan cepat-cepatlah cuci mata di Nestlé Official Online Store. Timing pun sedang elok sangat dah ni untuk stock-up barangan dapur di hujung bulan. Kak Fa biasa memang akan stock-up sebulan sekali barangan dapur. Pilihan Kak Fa dah tentulah PG Mall.


Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !