Pemerkasaan Wanita Bersama MAGGI® Melalui PROGRAM MENTOR WANITA CUKUP BERANI

Farah Waheda Wahid
0

Peranan wanita semakin hari semakin menyerlah. Wanita semakin berani menampilkan diri dan menceburkan diri di dalam bidang serta aktiviti yang lebih mencabar dan lebih sofistikated. Hari ini… wanita semakin berfikiran jauh ke hadapan, mula mengorak langkah untuk sama-sama mendapat tempat di dalam masyarakat. Wanita juga lebih beraspirasi untuk berganding bahu dengan kaum lelaki untuk sama-sama menghadapi liku-liku kehidupan dan bersama-sama memikul beban yang lebih berat di dalam memainkan peranan mereka untuk keluarga dan masyarakat. Atas dasar inilah wujudnya pemerkasaan wanita bersama MAGGI® melalui PROGRAM MENTOR WANITA CUKUP BERANI yang telah dilancarkan baru-baru ini di dalam satu majlis mengikut SOP PKPP pasca COVID-19 di Royale Chulan Damansara, Selangor.


Bila bab-bab melibatkan pemerkasaan wanita ni memang Kak Fa minatlah kan? Makanya Kak Fa pun sebenarnya turut serta di dalam pelancaran PROGRAM MENTOR WANITA CUKUP BERANI tempoh hari. Seribu satu rasa – teruja, kagum dan terinspirasi dengan kerjasama di antara MAGGI® dan Women Will, sebuah platform Grow with Google oleh Google Malaysia.

Apakah Itu PROGRAM MENTOR WANITA CUKUP BERANI?

Sepertimana yang Kak Fa maklumkan di atas, PROGRAM MENTOR WANITA CUKUP BERANI dianjurkan dengan kerjasama di antara MAGGI® dan Google Malaysia, menerusi Women Will sebuah program Grow with Google. Women Will membantu wanita meningkatkan keyakinan dengan penggunaan teknologi untuk mengembangkan perniagaan mereka – dengan mendidik mereka mengenai aspek kepimpinan, acumen perniagaan, komunikasi, produktiviti dan juga pemasaran digital.


Menurut Geetha Balakrisna, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI®, Nestlé (Malaysia) Berhad menjelaskan:

“Kerjasama MAGGI® bersama Women Will oleh Google Malaysia adalah penting – kerana teknologi merupakan suatu kemahiran yang boleh meluaskan peluang ekonomi terutamanya perniagaan kecil yang kekurangan kemahiran dan modal. Bersama-sama dengan tiga orang mentor kami, PROGRAM MENTOR WANITA CUKUP BERANI akan memberi sokongan kepada wanita di seluruh Malaysia melalui siri bengkel dalam talian yang memberi tumpuan kepada pembinaan keyakinan diri, memperbaiki kemahiran perniagaan melalui peningkatan kemahiran digital dan sudah tentunya menambah baik kemahiran memasak mereka bersama Chef MAGGI®. Apa yang lebih menarik ialah tiga orang mentor kami akan menyokong tiga orang peserta yang terpilih melalui ‘mentorship’ yang mampu mengubah hidup mereka, serta membimbing mereka dalam ikhtiar mereka!”

Siapakah Yang Telah Dinobatkan Sebagai Tiga Orang Mentor?


#1 Datin Paduka Eina Azman


Menurut Datin Paduka Eina Azman mempelajari kemahiran dan pengetahuan baru adalah langkah pertama untuk membina keyakinan.

#2 Anne Idris


Menurut Anne Idris, kalau kita nak berjaya, jangan ada ‘tapi’, jangan ada ‘nanti’. Nak buat, terus buat saja!

#3 Sheila Rusly


Menurut Sheila Rusly, don’t limit your challenges, challenge your limits!






Sehingga ke hari ini, bengkel dalam talian PROGRAM MENTOR WANITA CUKUP BERANI telah menerima sambutan yang menggalakkan melebihi 800 pendaftaran. Pusingan akhir akan menyaksikan pemilihan seramai 20 orang peserta untuk menjalan sesi temu bual dan penilaian dan seterusnya menjadi tiga mentee terpilih yang akan dibimbing oleh Datin Paduka Eina Azman, Anne Idris dan Sheila Rusly secara peribadi di dalam PROGRAM MENTOR WANITA CUKUP BERANI.

Siri pertama bengkel dalam talian PROGRAM MENTOR WANITA CUKUP BERANI akan bermula dari 1 sehingga 3 September, diikuti dengan siri seterusnya mulai 20 sehingga 22 Oktober. Sepanjang bengkel tiga hari ini, peserta akan mempelajari kemahiran baru yang akan meningkatkan lagi pengetahuan dan keyakinan mereka.

Modul Bengkel PROGRAM MENTOR WANITA CUKUP BERANI adalah seperti yang tertera di bawah berikut:

Hari Pertama: Bina Kesedaran dan Keyakinan Diri

  •          Membina keyakinan dalam mengambil langkah pertama mencuba sesuatu yang baru!
  •      Berkomunikasi dengan petua menulis e-mel yang efektif.
  •      Pelajari kemahiran digital untuk meningkatkan produktiviti perniagaan.

Hari Kedua: Memperoleh Ketrampilan Dalam Perniagaan

  •          Cara memulakan dan memperluaskan perniagaan.
  •          Cara menguruskan kewangan secara lebih efektif.

Hari Ketiga: Mempelajari Kemahiran Baru

  •          Petua untuk menambahkan kehadiran digital untuk perniagaan.
  •          Meningkatkan kemahiran memasak bersama Chef MAGGI®; cara menyediakan hidangan nutrisi lengkap dan memasak dalam kuantiti besar.
  •       Keselamatan dan kebersihan makanan.


Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad dan Ketua Wilayah bagi Nestle Malaysia, Singapura dan Brunei, berkata:

“PROGRAM MENTOR WANITA CUKUP BERANI ialah sebuah inisiatif yang dekat pada naluri saya. Sebagai penyokong diversiti dan inklusi, Nestlé amat komited kepada pemerkasaan wanita dan memajukan kesamarataan gender dalam korporat dan juga masyarakat. Kami berpegang kepada prinsip ini dalam budaya dinamik kami setiap hari. Kami menzahirkan semangat ini melalui Tak Kenal, Tak Cinta dan seterusnya dilanjutkan melalui PROGRAM MENTOR WANITA CUKUP BERANI. Kami yakin bahawa wanita di Malaysia boleh melihat kepentingan dalam mencuba dalam pelbagai aspek – dengan menyahut cabaran baharu dan mencapai matlamat mereka sama ada di rumah, di tempat kerja ataupun mencuba untuk mengusahakan perniagaan baharu.”

“Kami teruja dengan penyertaan tiga personaliti serta usahawan yang berjaya dan terkenal untuk membimbing peserta secara peribadi disamping membantu peserta mengenali potensi diri dan menjayakan usaha baharu mereka. Dengan bakat yang tinggi dari segi aspek makanan, inspirasi kehidupan sebenar dan pengalaman yang jitu, mentor kami amat berpengalaman untuk membimbing dan memperkasakan peserta untuk mengambil langkah ke hadapan supaya menjadi lebih berani dan mencuba sesuatu yang baru,”.

PROGRAM MENTOR WANITA CUKUP BERANI adalah sebahagian daripada kempen Tak Kenal Tak Cinta MAGGI® Cukup Rasa yang menyokong wanita-wanita yang mengambil langkah pertama untuk mencuba sesuatu yang baharu. Berdasarkan kisah pengalaman sebenar, kempen video ini, menampilkan tiga orang wanita Malaysia penuh inspirasi yang telah mengatasi situasi yang mencabar dengan berbekalkan keberanian untuk mencuba sesuatu yang berbeza. Usaha mereka akhirnya menjayakan hasil yang positif dalam kehidupan masing-masing.


Untuk maklumat lanjut tentang PROGRAM MENTOR WANITA CUKUP BERANI, and boleh melayari laman web MAGGI® melalui pautan: maggi.com.my/takkenaltakcinta

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !