Kocak Air Di i-City WaterWorld Ketika Perintah Kawalan Pergerakkan Pemulihan (PKPP)

Farah Waheda Wahid
0

Kalau diikut-ikutkan – secara terus-terang dan jujur – masih was-was dan tidak sampai keberanian itu lagi nak bawa Yash merata. Sebabnya – kita masih belum bebas. Banyak nau-nau kluster baru COVID-19 yang timbul ya? Terutama kluster Sivagangga yang sedang trending pada waktu dan ketika ini. Sampaikan terdetik risau lepaskan anak ke sekolah. Manalah tau kan? Ada yang balik dari kawasan yang berkenaan. Cuma yang boleh tarik nafas sedikit sebab sekolah pesan pada mak ayah – kalau baru balik dari kawasan hotspot – sila kuarantin anak dan kalau anak tak sihat jangan hantar ke sekolah. Tarik nafas sikit jer… Risau tetap ada. Yang jadi kocak air di i-City WaterWorld ketika Perintah Kawalan Pergerakkan Pemulihan (PKPP) ni pun sebab kesian dengan Yash jer. Kalau ikut Mommy dia, memang berat sungguh-sungguh nak ke mana-mana open area lagi buat waktu dan ketika ini. Ibarat tengah-tengah tau tak? Sebabnya setiap hari dia dok sibuk ulang-ulang permintaan yang sama. Nak mandi pool, nak tidur hotel, nak pergi sea, nak holiday. Hua hua hua…


Bukan tak nak bawa, tapi hati ni hati. Masih berat lagi nak bawa ke mana-mana. Bila fikir-fikir balik – kesian juga sebenarnya. Empat bulan PKP, PKPB sekalipun tak pernah keluar rumah. Berkurung jer dalam rumah. Sibuk dengan Google Classroom, Kumon dan homeschooling. Macam kita jugalah… Lama-lama terperap jer dalam rumah sampai dah tak tau nak buat apa lagi dalam rumah. Hari-hari rutin yang sama. Sampai barang-barang permainan pun dah habis rotate main semua. Kalau ruang tamu tu, toksah cakaplah… memang penuh dengan barang permainan dia jer. Kemas, sepah balik, kemas, sepah balik. Sampai satu tahap – suka hati lah Yash. Asalkan sebelum tidur semua dah clear. Ha ha ha…Kadang-kadang tak clear pun – terbiar jer kat situ sampai Mommy yang clear-kan.

Makanya – dalam berat hati tak berat hati – Kak Fa ambil kesempatan sewaktu cuti AidilAdha baru-baru ni – selepas terpilih-pilih, terpilih-pilih destinasi, Kak Fa bawa yang paling dekat dan praktikal sekadar untuk lepaskan gian nak mandi pool, Kak Fa ajaklah Yash kocak air di i-City WaterWorld. Ini kira kali kedua kami ke i-City Waterworld. Kali pertama dulu bulan Disember 2015. Boleh rujuk entri INI.  Ha ha ha…Lama gila tak jejak. Nampak tak? Nampak tak? Nampak tak yang memang Kak Fa ni jenis homey person? Jarang-jarang nak ke sana ke sini. Nak kata homey, tak ada homey sangatlah! Cuma banyak urusan lain lagi yang Kak Fa perlu attend dan selesaikan. Dengan kerja hakiki, kerja sampingan, study. Lagi-lagi nak hujung-hujung sem, lagilah banyak perkara nak diselesaikan kan?

Hari Kak Fa bawa Yash tu adalah hari Sabtu. Mula-mula risau juga kalau terlalu sesak dengan manusia. Iyalah public theme park kan? Selalunya memang jadi tempat tumpuan kan? Tapi tengok-tengok tak ramai orang. Untuk perjarakkan sosial ataupun istilah barunya penjarakkan fizikal – just nice. Kira-kiranya jumlah pengunjung adalah terkawal. Memang tak ramai pun. Mungkin juga sebab cuti AidilAdha, ramai yang pulang ke kampung since tiada halangan untuk merentas negeri kan?



Memang seronok nau-nau la dia. Lepas satu pool ke satu pool yang lain. Yang seronok dia tapi yang kecundang lepas tu Mommy dialah. Sebab rata ikut dia sana sini menjaga dia. Dia pula jenis – nak main semua benda tapi asalkan nampak muka Mommy. Jadi logiklah kalau dikatakan -  Mommy turut main air pada hari berkenaan. Lima tahun tak jejak i-City Waterworld. Tak banyak yang berubah. Eh… almost the same-lah dengan lima tahun lepas. Sedar tak sedar dah lima tahun dah kami tak jejak ke i-City rupanya. Ha ha ha… Walaupun dekat jer dengan rumah kalau nak dikira distance.





Tiga jam lebih kot dengan matahari tercacak melayan craving Yash. Payah juga sebenarnya nak ajak dia naik. Puas pujuk. Statement terakhir sebelum naik ke darat – Esok kita datang lagi ye? Amboiii…. Hari-hari nak datang… Koyak rabak poket Mommy nanti nak oiii…. Mommy bukan orang have-have. Ha ha ha… Kalau ada mesin cetak duit dekat rumah tu tak apa juga. Ha ha ha.


Setakat nak lepaskan gian nak mandi pool anak-anak tu memang boleh consider i-City WaterWorld kalau anda berdekatan this area. Worth la untuk bawa anak-anak. Cuma tak semua perkara perfect. Biasalah tu, sedangkan manusia pun tak ada perfect semuanya betul tak? So, sana sikit sini sikit, boleh kira halal jer lah. Ha ha ha…

Harga tiket mampu milik semua golongan ya? Siapa nak pergi pun boleh. In Shaa Allah.

Harga Tiket Dengan MyKad

Dewasa:
RM 28.00


Kanak-Kanak (atas 90cm, bawah 12 tahun):
RM 23.00


Warga Emas:
RM 23.00


Harga Tiket Dengan Tanpa MyKad

Dewasa:
RM 38.00

Kanak-Kanak (atas 90cm, bawah 12 tahun):
RM 33.00


Warga Emas:
RM 33.00

Ada juga Annual Pass dengan harga RM 79.00 – ada annual pass nak masuk keluar bila-bila masa pun mudah ya tak? Tapi Kak Fa tak adalah beli annual pass. Sebab bukannya selalu pun nak ke sini. Kadar kekerapan tu macam tak tentu bila. Tengoklah nanti bila-bila ada keperluan, mungkin akan beli juga annual pass kot? Tak tau nak kata.

Waktu Operasi:


Hari Berkerja:
11.00 pagi sehingga 7.00 malam
(tutup pada hari Selasa)


Hujung Minggu / Cuti Umum / Cuti Sekolah:
10.00 pagi sehingga 7.00 malam


i-City WaterWorld, Shah Alam
D-1-G, /AJ, Jalan Multimedia 7/Ah
i-City
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan


Alhamdulillah dapat fulfill niat dan kehendak si kecil molek tu. Tiga jam lebih dalam air, sudahnya balik Mommy kecundang keletihan jadi lifeguard dia. Petang semalam dah mula rasa tak sedap badan dah. Ha ha ha… Hari ni hidung dah macam paip bocor dah. Complete dengan pakej kulit rentung Kak Fa ni, walaupun dah pun pakai sunscreen. Yash helok jer… tak rentung… Ha ha ha… Ikutkan sekarang ni, nak baring atas tilam dan lelapkan mata sambil ditemani hawa dari pendingin udara jer. Tapi kerja kan? Kenalah kerja. Nanti karang dapur tak berasap pula kan?

Destinasi seterusnya? Tak ada apa-apa perancangan lagi pun. Kalau bukan Yash yang bersuara, memang tak ada lah … Ha ha ha… Kalau dia dah mula ulang-ulang bersuara tu kemungkinan besar akan ke sana ke mari. In Shaa Allah.

In terms of SOP – Alhamdulillah, this water park follows the SOP very well so far that I know.

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !