Hebat Ke Slanga Malaysia Anda? Hebat Tak Hebat – Apa Kata Uji di #MYSlangMYPride Malaysian Slang Exhibition di The LINC KL?

Farah Waheda Wahid
0

Malaysia ni kan… Memang sesungguhnya unik… Dahlah kaya budaya, banyak makanan yang sedap-sedap, unik pun iya. Makin hari makin banyak slanga-slanga yang hanya terdapat di Malaysia yang muncul. Kalau kumpul-kumpul, rasanya memang banyak lahai slanga orang Malaysia ni. Contohlah kan contoh – “Hambar” – “Pulun” – “Uolls” – “KBai” – “Tapau”. Lagi? Heee… Saja jer Kak Fa uji. Hebat ke slanga Malaysia anda? Hebat tak hebat – apa kata uji di #MYSlangMYPride Malaysian Slang Exhibition di The LINC KL?

The LINC KL? Siapa yang pernah sampai? Dan siapa yang tak pernah jejak lagi kaki ke The LINC KL? Kak Fa kan, terus-terang cakap… Hari Ahad, 16 Ogos 2020 tulah pertama kali Kak Fa sampai ke The LINC KL. Itupun disebabkan Kak Fa nampak dari tepi jalan tu – bangunan The LINC KL ni ceria jer. Macam menarik-narik Kak Fa ni untuk masuk juga walaupun puas Kak Fa tahan diri Kak Fa. Ha ha ha…

Tahan punya tahan – memang tak tahan godaan dan dugaan rupanya Kak Fa ni. Mudah jer belok masuk kereta yang Kak Fa pandu ke dalam kawasan parkir The LINC KL. Kalau nak tau, The LINC KL ni adalah pusat membeli-belah terbaru di Kuala Lumpur dengan konsep seni. Sangat Insta worthy tau! Kalau setakat nak cari latar belakang bergambar yang cantik – The LINC KL ni banyak sangat spot yang menarik. Senang cerita Instagramable mall di Malaysia. Kak Fa suka! Kak Fa suka!


Tambah menarik lagi – bila Kak Fa naik jer ke aras dua dia The LINC KL hari tu – ada pameran yang dinamakan sebagai #MYSlangMYPride Malaysian Slang Exhibition. Unik ok? Seingat Kak Fa lah – setakat 37 tahun Kak Fa dinobatkan menjadi rakyat Malaysia – belum pernah lagi Kak Fa menghadiri mana-mana pameran yang unik sebegini. 



Terdapat 100 slanga yang memang biasa digunakan oleh rakyat Malaysia selama hari ini dikumpulkan di dalam pameran ini di dalam bentuk grafik yang sangat menarik. Ada yang Kak Fa selalu guna, ada juga yang Kak Fa tak pernah guna. Ha ha ha… Bila tengok satu-persatu apa yang dipamerkan, rupa-rupanya masih ada slanga rakyat Malaysia yang Kak Fa ketinggalan. Ihiksss…tulah, ingat dah tau semua slanga dalam Malaysia ni. Rupanya masih ada lagi yang Kak Fa tak tau. Konon dan in sangatlah Kak Fa dengan trend semasa kan? Sekali bila dah jelajah pameran ni yang terletak di kawasan origami burung merpati berwarna-warni di aras dua The LINC KL – baru tersedar dari lamunan. Rupanya masih ada lagi slanga-slanga rakyat Malaysia yang Kak Fa baru jer tau. 

Menariklah #MYSlangMYPride anjuran The LINC KL dengan kerjasama @myslangbank. Bukan setakat pameran jer tetapi dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang mendekatkan kita semua dengan Malaysia lagi. Untuk ini, Kak Fa bagi thumbs up kepada The LINC KL. Iyalah, sekurang-kurangnya identiti Malaysia tu tak lapuk. Sekurang-kurangnya walau semaju mana pun kita dan sesibuk mana pun generasi sekarang – masih ada inisiatif untuk membantu rakyat Malaysia kenal budaya dan juga keunikan Malaysia. Kannn?

Oh ya! Sebelum tu nak beritahu yang #MYSlangMYPride Malaysian Slang Exhibition ini berlangsung dari 15 Ogos 2020 sehinggalah 20 September 2020. Masa pameran adalah bermula dari 10.00 pagi sehingga 10.00 malam ya kawan-kawan. Lokasi – Aras 2 di Ruang Legar Origami Burung Merpati Berwarna-warni yang sangat cantik dan menarik. TAK PERLU BAYAR TIKET! Terus tengok jer pameran ni. Serius… Memang pameran ini diadakan untuk orang awam secara PERCUMA. Jadi tak payahlah nak fikir sampai beratus juta kali nak pergi ke tidak ek? Pergi jer… 

Tadi Kak Fa kata ada perkara dan aktiviti yang menarik kan? Nak tau apa tak? Baca bawah ok?


Program Penebusan Alas Minuman Eksklusif Slanga Malaysia 



Bagi Kak Fa, alas minuman eksklusif slanga Malaysia tu rare. Kalau minat – berita baiknya bagi setiap pembelian bernilai RM30.00 di dalam satu resit, anda layak untuk menebus alas minuman eksklusif slanga Malaysia di kaunter tebusan yang terletak di aras satu The LINC KL yang betul-betul bersebelahan dengan TeaLive. Dah boleh tebus dah sekarang sebab program ni bermula dari 15 Ogos 2020 tempoh hari sehinggalah 20 September 2020 dari 10.00 pagi sehingga 10.00 malam setiap hari. Kak Fa rasa eloklah pergi cepat-cepat uollss, takut nanti habis pula. Ahaksss… 

Bengkel Artisan Hujung Minggu



Ini menarik ok? Ini sangat menarik. Dekat betul-betul dengan kawasan pameran. Ada jadual tau:


Hand Embroidery Pouch Workshop yang berharga RM80.00 untuk setiap peserta. Diadakan pada 15 Ogos 2020 (Sabtu) dan 12 September 2020 (Ahad) dari jam 3.00 petang sehingga 5.00 petang.



Batik Workshop untuk kanak-kanak (berharga RM40.00 setiap peserta) dan dewasa (berharga RM80.00 setiap peserta) yang dia adakan pada hari 16 dan 23 Ogos 2020 (Ahad), 31 Ogos 2020 (Isnin), 13 dan 20 September (Ahad) – dari jam 3.00 petang sehingga 5.00 petang. 


Architecture Sketch Art on Canvas Workshop (berharga RM130.00 bagi setiap peserta) yang diadakan pada 22 dan 29 Ogos 2020 (Sabtu), 5 September 2020 (Sabtu) dari jam 2.00 petang sehingga 5.00 petang. 

Bamboo Fabric Patchwork Apron Workshop (berharga RM80.00 setiap peserta) yang diadakan pada 30 Ogos 2020 (Ahad) dan 19 September 2020 (Sabtu) dari jam 3.00 petang sehingga 5.00 petang. 

Berminat? Boleh sangat dah tu untuk menyertai bengkel-bengkel menarik ni dengan mendaftarkan diri anda melalui pautan https://www.eventbrite.sg/o/the-linc-kl-27746623229

Pop-up Market Weekend Bazaar


Shopping! 

Malaysian Makers Artisan Bazaar


21-23 Ogos 2020 (Jumaat - Ahad), 11.00 pagi – 9 malam, Aras 1, Centre Courtyard & Indoor

Merdeka Slang Showcase Pop Up Market



28-31 Ogos 2020 (Jumaat - Isnin), 11 pagi – 9 malam, Aras 1, Centre Courtyard & Indoor

Traders Market



11-13 September 2020 (Jumaat - Ahad), 11 pagi – 7 malam, Aras 1, Centre Courtyard

Bagus ni pada Kak Fa. Bawa anak-anak kecil kita… Bagi mereka kenal dengan Malaysia dengan cara yang santai serta menyeronokkan. Inilah namanya pembelajaran di luar bilik darjah. Kan? Kan? Kan? Elok sangat tu nak timbulkan semangat patriotik kepada anak-anak kecil ni. Aktiviti kekeluargaan pun memang sangat sesuai. Merapatkan lagi ukhuwah sesama ahli keluarga kaedahnya ok? Iyalah dari tak tau nak ke mana – ni ha bagus. Kak Fa dah bagi cadangan lokasi lagi.

Memang kita masih belum bebas pandemik COVID-19 – tetapi untuk ke sini, nak bagi tau jer ni – The LINC KL ni sangat mengikut SOP ya kawan-kawan. Patuh SOP dan memang Kak Fa nampaklah mereka sungguh-sungguh mengambil barat semua langkah-langkah keselamatan termasuk penjarakkan fizikal. 

Untuk maklumat lanjut – sila layari https://www.thelinckl.com.my/ and https://www.facebook.com/thelinckl.   

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !