e-PJJ: Semester Paling Mencabar!

Farah Waheda Wahid
0
Kredit: Gambar dipetik dan diubahsuai dari sumber dari Google

Sesiapa yang telah melalui dan sesiapa yang sedang melalui – akan tahu bagaimana mencabarnya untuk menghabiskan satu-satu semester di universiti. Tak kiralah sama ada penuntut sepenuh masa ke? Penuntut separuh masa ke? Mencabar tu tetap mencabar. Konteks mencabar tu pula boleh jadi pelbagai! Datang dari segenap aspek. Sajalah sharing kan… bagi Kak Fa, perjalanan menuntut ilmu e-PJJ: semester paling mencabar! Adalah semester dua ni. Hu hu hu… Memang sangat-sangat mencabar. This is what we call, the struggle is real ok?

Bermula dengan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP)

Bila bermula jer PKP pada 18 Mac 2020 – secara automatik kuliah / kelas memang dibatalkan oleh pihak universiti. Bukan dibatalkan terus tetapi metodologi pembelajaran tu dah berubah. Dari menghadiri kuliah / kelas pada hari Ahad yang telah dijadualkan – berubah kepada pembelajaran secara online dengan menggunakan medium Google Classroom. Bagi mereka yang sememangnya mempunyai sambungan jaringan internet berkelajuan tinggi di rumah – mungkin ini bukan menjadi salah satu faktor tekanan pada mereka. Tapi untuk orang-orang macam Kak Fa yang menggunakan sambungan jaringan internet dengan berbekalkan sambungan hotspot melalui telefon pintar… Tekanan tahap langit ketujuh boleh jadi kot?

Ada hari sambungan sangat baik, ada hari sambungan semput. Bila semput, apa yang Kak Fa lalui – Kak Fa terpaksa keep on reconnecting the line. Tengah-tengah seminar berlangsung, disconnected. Nak dapatkan sambungan kembali, ya ampun sesak nafas rasa diri ini. Kisahnya dulu tak lah sesemput itu sambungan tetapi sejak-sejak PKP bermula – sambungan jadi semput. Mungkin saja, ramai yang menggunakan sambungan kan? Dah nama duduk di rumah. Ramai yang kebiasaannya ke sana ke sini terkurung di dalam rumah. Salah satu aktiviti menggunakan internet-lah untuk tujuan pelbagai. Begitulah kisahnya kan?

Sambungan internet hotspot yang semput satu kisahnya – sewaktu seminar berlangsung… Ha ha ha… pernah sekali Kak Fa kena mute oleh pensyarah sebab ada suara latar belakang yang meriah dari Yash. Biasalah – orang ada anak kecil macam nilah kalau belajar. Kalau tak ada suara latar belakang tu macam pelik juga. Bukan tak nak duduk dalam satu bilik khas atau di meja belajar khas di ruang tamu atas, tetapi semuanya kerana kekuatan sambungan internet. Kekuatan talian di bawah kadang-kala lebih baik dari di atas, terkadang di atas lebih baik dari di bawah. Bergantung kepada keadaan. Faham kan? He he he…Kalau faham…Bagus.

Work From Home (WFH) Lebih Banyak Kerja

Tak tau sama ada, ada yang bersetuju dengan pengalaman sebenar Kak Fa ni. Bagi Kak Fa WFH tu sememangnya fleksibel sebab dah nama pun bekerja dari rumah. Tapi sejujurnya, kerja dari rumah lebih banyak kerja dari kerja di pejabat bagi Kak Fa. Kak Fa juga tak tau sama ada this imply to everyone out there. Tapi Kak Fa memang rasa lelah terkejar-kejar sana. Terkejar-kejar sini. Haippp ini bukan statement merungut ya. Tapi bercerita tentang keadaan sebenar. Memang tak ada masalah nak bersenggang-senggang di rumah layan movie ke? cuba pelbagai resipi ke? Setiap hari pagi-pagi dah masuk office secara maya. Setiap minggu ada Zoom Meeting. Setiap hari kena sediakan Daily Work Report tentang aktiviti-aktiviti kerja dari rumah. Walaupun PKP, kerja tetap berjalan seperti biasa.

Yang jadi cabaran bila mana di tengah-tengah tu terselit assignment or course work yang perlu dihantar di antara masa-masa dan waktu-waktu itu. Ha ha ha… Dan yang jadi cabaran, bila mana pada masa yang sama, anak pun nak kena menghadiri Google Classroom dan Mommy dia ni nak kena pantau serta nak kena bimbing semua kerja-kerja sekolah dan aktiviti pembelajaran Yash. Tugas cikgu-cikgu tu secara tak langsung pun dah terletak di bahu Mommy. Google Classroom untuk Sekolah Kebangsaan. Video call untuk Kumon dan kerja-kerja Kumon pun Mommy kena bimbing juga. Faham-faham jerlah, anak-anak baru masuk sekolah ni tak boleh dibiarkan sahaja buat sendiri. Memang bagus untuk anak-anak lebih berdikari. Tapi prinsip Kak Fa – bila anak-anak di peringkat awal, kita tak boleh lepas macam tu jer. Mereka masih memerlukan pemantauan dan juga bimbingan. Bak kata lagu filem animasi Aladdin – let me show you the world. Gituhhh…

Plus – rushing lagi mengemas rumah, memasak segala bagai. Memang nak kena susun jadual waktu betul-betul oii supaya tak ada yang tergelincir.

Course Work Menggantikan Final Exam

Bila seminar dijalankan secara online. Bila semua diarahkan duduk rumah diam-diam. Subjek-subjek untuk semester kali ini semua telah bertukar kepada course work. Ikutkan semester ni Kak Fa ada dua subjek yang sememangnya berdasarkan course work – tak ada final exam dan ada satu subjek yang sememangnya ada final exam. Tapi bila faktor semasa berubah – maka course work menggantikan final exam. Pada sesiapa yang telah melalui dan sedang melalui, memang akan faham – course work memang indah tak ada final exam sebab semua penilaian adalah berdasarkan ujian, kuiz dan assignment. Nampak indah… ha ha ha… Tapi kerjanya remeh ya kawan-kawan. Banyak sangat assignment yang perlu disiapkan dan dihantar. Plus – semua assignment perlu diperiksa kadar keaslian – jangan ingat assignment tu main copy paste ayat dari internet atau buku rujukan. Copy paste kalu – originality 0%. Kadar plagiat akan jadi sangat tinggi. Secara automatik assignment tu tak boleh pakai atau ditendang pensyarah. Ha gitewwww….

Dimasukkan Ke Hospital Selama Dua Minggu

Bila dah warded – memang terpaksa tinggal semua benda. Sebab tu semakin lama kena warded, semakin kepala ni fikir macam-macam. Itu nak selesaikan ini nak selesaikan. Terpaksa skip dua kali kelas bila dah dua minggu warded. Masalah dengan e-PJJ ni, tak taulah orang lain – Kak Fa tak boleh nak skip seminar. Skip jer satu seminar – cukup untuk buatkan kau lost di tengah-tengah jalan. Terutamanya subjek-subjek yang melibatkan pengiraaan. After all, Kak Fa bukanlah genius. Tak masuk kelas pun boleh faham automatik. Ha ha ha…Walaupun seminar dijalankan secara atas talian, secara maya. Bila kau dah sakit – kau dah tak ada daya nak masuk seminar dan pemprosesan otak nak berfikir pun dah melayang ke mana.

Mujurlah…mujurlah ada link Google Classroom yang telah direkod oleh pensyarah yang boleh dijadikan sebagai siaran ulangan. Hu hu hu… Kalau tidak tak taulah bagaimana dan macam mana. Dapat pula, rakan-rakan satu course yang sangat-sangat memahami keadaan Kak Fa yang tak sihat dan banyak sangat membantu. Alhamdulillah, syukur. Mereka tak lokek ilmu dan tak lokek pengetahuan. Always ready untuk kongsi sesama kami. Betullah orang kata, buat baik pada orang ni, tak rugi pun sebenarnya. Di saat kita susah, mereka bantu. Di saat mereka susah, kita pula bantu. Syukran Ya Allah.

It’s a lot of struggle for Kak Fa for this semester. Allah SWT sahaja yang tahu bagaimana Kak Fa struggle untuk this semester. Dah penghujung dah pun ni. Alhamdulillah semua assignment dah dihantar walaupun struggle dan pening-pening lalat dibuatnya. Satu kelegaan yang amat besar untuk diri Kak Fa. Dalam diam sebenarnya sedang merancang untuk ambil subjek apa semester depan. Ha ha ha… Semester pertama dah selesai empat subjek. Semester kedua dah selesai tiga subjek. Memikirkan kesibukkan harian dengan macam-macam rutin dan tanggungjawab… Ada terfikir nak ambil dua subjek untuk semester akan datang. Tapi terasa rugi pula kalau kurangkan subjek. Dia seolah-olah masih terfikir-fikir lagi tau…. Ha ha ha… Orang kata biar lambat asal selamat. At the same time – nanti lambat pula habis.

Apa pun tepuk dada, ukur kemampuan kan? Yang penting GPA dan CGPA tu yang nak kena jaga bagi Kak Fa.

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !