Tolong Baca Ini Jika Anak Anda Fobia Badut!

Farah Waheda Wahid
0
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

Setakat ini, Yash tak adalah takut atau fobia badut. Ha ha ha… Nak berkawan lagi ada…Memang ramah jer bila nampak badut. Cumanya… ada di kalangan kanak-kanak atau individu dewasa yang takut atau fobia badut. Tolong baca ini jika anak anda fobia badut! Ok? Dan sebenarnya memang wujud penyakit fobia terhadap badut. Fobia ini turut dikenali sebagai coulrophobia. Dari segi definisi, coulro mempunyai maksud orang yang berjalan di atas batang kayu manakala phobia bermaksud fobia atau rasa takut yang amat sangat.

Ketakutan terhadap badut bukanlah sesuatu yang boleh dipermainkan. Ia merupakan satu keadaan yang serius yang boleh meninggalkan kesan mendalam kepada penghidapnya seumur hidup. Ikuti kupasan artikel oleh Hello Doktor yang Kak Fa kongsikan di dalam entri ini.

Coulrophobia – Takut Terhadap Badut

Pernahkan anda menonton filem ‘IT’ garapan Stephen King? Filem ini mengetengahkan karakter badut sebagai sesuatu yang menyeramkan dan menakutkan. Mempunyai gigi tajam dan makan kanak-kanak, berbeza dengan sifat badut yang kita ketahui.

Badut sepatutnya menjadi satu karakter yang kelakar dan menggembirakan. Tiada siapa sangka badut yang berwarna-warni tiba-tiba boleh menjadi igauan ataupun mimpi ngeri kepada segelintir individu. Tapi, mengapa ada segelintir yang mempunyai penyakit fobia terhadap badut?

Coulrophobia – ataupun rasa takut terhadap badut merupakan satu kondisi sebenar yang menghantui hidup individu yang mempunyai rasa takut yang amat sangat kepada badut. Walaubagaimanapun, rasa takut atau seram selepas menonton 2 jam tayangan tentang Pennywise sang badut pembunuh tidak sama dengan rasa takut tidak rasional yang dialami oleh penghidap coulrophobia.

Walaupun dalam Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders, Fifth Edition (DSM-IV) tidak menyatakan coulrophobia secara spesifik, namun takut terhadap karakter dalam kostum ada digariskan di dalam manual tersebut.

Rasa fobia terhadap badut adalah satu penyakit mental.

Sepertimana filem Jaws membuatkan ramai orang takut kepada ikan jerung dan Anaconda pula takut kepada ular sawa, pengaruh filem boleh jadi faktor utama tercetusnya ketakutan yang tidak munasabah terhadap badut. Selain itu, rupa paras badut yang tidak normal seperti bibir merah dan kulit putih yang nampak pelik juga boleh mencetuskan rasa ‘bahaya’ dalam diri individu terutamanya kanak-kanak.

Badut pula mempunyai raut wajah yang tidak berubah, senyum yang nampak dibuat-buat dan ekpresi yang statik setiap masa. Bayangkanlah reaksi segelintir kanak-kanak yang melihat badut melakukan pergerakan yang sepatutnya kelakar, tapi raut wajahnya langsung tak berubah! Ini akan membuatkan kanak-kanak tersebut menjadi keliru dengan badut yang berada di depan matanya.

Signal yang bercampur aduk ini akan membuatkan kanak-kanak tersebut merasa takut, panik dan kemudiannya menangis kerana fikir dia mungkin berada di dalam keadaan berbahaya. Selain itu, sama seperti fobia yang lain, pakar juga percaya fobia jenis ini mungkin berasal dari pengalaman yang tidak menyenangkan sewaktu kanak-kanak. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak menjadi fobia terhadap badut kerana terserempak dengan badut yang berbau busuk dengan gigi yang kuning ketika melawat sebuah sarkas di tempatnya.

Simptom Coulrophobia

Sama seperti fobia-fobia yang lain, individu yang menghidap fobia badut akan mempunyai rasa takut yang amat sangat apabila berhadapan dengan objek yang mereka takuti. Selain itu, simptom lain termasuklah:

  • Berpeluh.
  • Muntah atau mual.
  • Rasa takut.
  • Degup jantung jadi panas dan nafas laju.
  • Menangis atau menjerit.
  • Rasa marah jika dipaksa berada dalam tempat yang sama dengan badut.

Bolehkah Penyakit Fobia Ini Dirawat?

Rasa takut terhadap badut akan dirawat sama seperti fobia yang lain iaitu dengan cara mengelakkan diri dari berjumpa objek yang boleh mencetuskan fobia tersebut. Mujurlah fobia ini tidak akan membuatkan penghidapnya sukar untuk menjalani hari mereka dengan normal. Bukan seperti fobia untuk tidur ataupun fobia ketika berada di dalam ruang yang sempit, coulphobia masih boleh dielakkan dan tidak memberi kesan buruk kepada kesihatan penghidapnya.

Walaubagaimanapun, jika anda rasa anda atau anak anda mempunyai coulphobia dan ingin mendapatkan rawatan lanjut, anda atau anak anda boleh berbuat demikian dengan melawat klinik ataupun hospital terdekat. Pesakit fobia jenis coulphobia boleh melalui terapi kognitif tingkah laku untuk membantu mereka mengenalpasti rasa takut yang sebenar dan membezakannya dengan rasa takut yang terhasil akibat daripada imaginasi sahaja. Di dalam sesetengah kes, ubat untuk merawat kegelishan boleh diberikan kepada pesakit untuk membantu melegakan simptom yang  mampu membuatkan penghidap fobia ini stres.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Artikel ini diterbitkan di atas “content partnership” di antara hellodoktor.com dan bubblynotes.com. Pautan artikel asal ---> SINI

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !