Jom Disinfeksi Rumah Dengan NATUROIL NATURAL DISINFECTANT SPRAY Dari EAGLE BRAND!

Farah Waheda Wahid
0

Siapa kata Malaysia sudah bebas sepenuhnya dari wabak COVID-19? Belum ya... Walaupun jumlah angka kes baru kini yang dilaporkan setiap hari satu digit atau telah turun secara mendadak, Malaysia masih lagi belum bebas. Jadi tak payah nak ya ya ey dan sakan sangat seolah meraikan kebebasan Malaysia dari wabak COVID-19. Rakyat Malaysia secara keseluruhannya masih perlu mematuhi SOP yang ditetapkan dan masih perlu lagi mengambil sikap berwaspada. Kalau tidak... Nak ke masuk ke fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semula? Nak ke? Nak ke? Berjaga-jaga bukan setakat apabila berada di luar rumah tetapi juga di dalam rumah. Maka Kak Fa nak ajak semua - jom disinfeksi rumah dengan NATUROIL NATURAL DISINFECTANT EUCALYPTUS SPRAY dari EAGLE BRAND! Ini yang Kak Fa gunakan tau dan Kak Fa memang nak galakkan anda untuk mula menggunakan EAGLE BRAND NATUROIL NATURAL DISINFECTANT EUCALYPTUS SPRAY ni. Sebab apa? Kena baca dulu!



Inilah dia Eucalyptus Globulus - pohon cemara asli Australia yang merupakan sumber makanan utama koala. Kalau bahasa kampung kita di Malaysia ni selalu sebut atau kenal sebagai kayu putih. Ekstrak minyak dari daun kayu putih memang terkenal dengan khasiat yang tersendiri di dalam bidang perubatan. Suku Aborigin sememangnya telah memanfaatkan minyak Eucalyptus sejak berabad-abad lamanya.

Kalau menurut cerita yang pernah Kak Fa baca, menurut cerita rakyat Inggeris, pada waktu dan ketika itu ada seorang anak orang Inggeris yang ibu jarinya hampir terputus kerana terkena kapak. Si ayah yang berpengalaman dengan kaedah perubatan suku Aborigin, menasihatkan anak itu agar membalut ibu jarinya yang luka dengan daun kayu putih setelah luka dijahit. Ketika seorang ahli bedah melihat luka itu, dia sangat terkejut, sebab ibu jarinya sembuh dengan sangat cepat dan tanpa infeksi sedikit pun. Cerita nyata ini tersebar ke seluruh Australia, pada tahun 1852.



Apakah khasiat Eucalyptus? Kalau nak cerita sampai esok tak habis... Ha ha ha... Tapi salah satunya adalah sebagai pembersih dan menghalang bakteria. Sesuai sangatlah kalau digunakan sebagai bahan didalam medium disinfeksi kan? Macam EAGLE BRAND NATUROIL NATURAL DISINFECTANT EUCALYPTUS SPRAY. Tu sebab... Kak Fa sarankan... Kalau nak disinfeksi rumah - elok sangatlah gunakan EAGLE BRAND NATUROIL NATURAL DISINFECTANT EUCALYPTUS SPRAY. Jujur...Kak Fa memang gunakan EAGLE BRAND NATUR OIL NATURAL DISINFECTANT EUCALYPTUS SPRAY jer untuk disinfeksi rumah.


Jom Berkenalan Dengan EAGLE BRAND NATUROIL NATURAL DISINFECTANT EUCALYPTUS SPRAY!

EAGLE BRAND NATUROIL NATURAL DISINFECTANT EUCALYPTUS SPRAY adalah merupakan semburan untuk pelbagai penggunaan yang mengandungi Minyak Eucalyptus Globulus asli. Asli ya asli... Minyak Eucalyptus Globulus yang berasal dari daun dan ranting pokok Eucalyptus Globulus yang telah melalui penyulingan secara stim.

Fungsi EAGLE BRAND NATUROIL NATURAL DISINFECTANT EUCALYPTUS SPRAY Kak Fa?

Ia adalah semburan pembasmi kuman semula jadi 2 dalam 1. Uishhh macam-macam ok? Antaranya:

Sebagai Semburan Disinfektan


Sembur jer ok dengan berhati-hati untuk membunuh kuman dan menghilangkan bau. Ulang 2 hingga 4 jam kemudian jika perlu. Dari semburan ini, ia dikatakan mampu untuk membunuh 99.9% kuman dan bakteria.




Sebagai Penyegar Udara

Masak ikan rumah berbau, kadang-kadang entah dari mana datang bau yang kurang menyenangkan...Semburkan ajer EAGLE BRAND NATUROIL NATURAL DISINFECTANT EUCALYPTUS SPRAY. Bila dah sembur...adoiii... sedapnya bau...segarnya udara serasa hati ni ha.

Oh ya nak pesanlah sikit kalau nak sembur tu, pegang tin 15 hingga 20 cm dari kawasan permukaan dan semburan ok? Jangan lupa!


Untuk pengetahuan, kenapa Kak Fa syorkan EAGLE BRAND NATUROIL NATURAL DISINFECTANT EUCALYPTUS SPRAY bersungguh-sungguh sebab Kak Fa ni sukakan sesuatu yang mesra alam, mesra persekitaran. Dah terlalu banyak dah pencemaran di dunia ni. Jadi marilah kita sama-sama membantu untuk pulihkan balik atau mengurangkan. Kak Fa pilih NATUR OIL NATURAL DISINFECTANT EUCALYPTUS SPRAY sebab ianya merupakan produk mesra alam yang tidak mengandungi gas CFC iaitu gas Kloroflurokarbon.

Rata dalam rumah ni Kak Fa gunakan EAGLE BRAND NATUROIL NATURAL DISINFECTANT EUCALYPTUS SPRAY. Dekat mana jer? Meh sini Kak Fa kongsi - Kak Fa gunakan EAGLE BRAND NATUROIL NATURAL DISINFECTANT EUCALYPTUS SPRAY ni di tandas, dapur, ruang tamu, bilik tidur, bilik mendobi Kak Fa, bawah sinki, katil, sofa, almari pakaian, permainan Firash, tombol pintu, baju-baju yang belum dibasuh dalam bakul dan di kawasan tangga dalam rumah. Tak lupa dalam kereta pun Kak Fa gunakan ok.

Di mana boleh beli? Boleh didapati di semua farmasi berdekatan dan juga Jaya Grocer, Village Grocer, Watson's Online (https://bit.ly/watsonsonline) dan Jaya Grocer Online (https://bit.ly/JGNaturoil). Harga runcit yang disyorkan bagi setin EAGLE BRAND NATUROIL NATURAL DISINFECTANT EUCALYPTUS SPRAY adalah RM23.00 bagi 280 ml.

Untuk maklumat lanjut boleh rujuk di Laman Facebook Eagle Brand Malaysia.

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !