Cukup Kenal Anak Kita–PERISAI PENTING

Farah Waheda Wahid
0

The moment Firash bagi certain-certain reaction or showing his kind of behaviour or the way he shows he body language – Kak Fa dah tau dah what’s next. The moment kalau cikgu-cikgu cerita how is Firash dalam kelas or what happened during class for the day – Kak Fa dah boleh anticipate how’s his reaction or what happened. Setiap pergerakan Yash setakat ini, setiap feedback or reaction Yash sebelum ini, Kak Fa belum pernah salah lagi. Hu hu hu… Nama pun seorang ibu kan? Haruslah kenal anak. Pattern, behaviour semua bagai. Sejak Yash dalam perut lagi Kak Fa keep on saying to myself – cukup kenal anak kita – PERISAI PENTING. Ya…bagi Kak Fa ini adalah satu kepentingan yang tidak boleh dikompromi lagi. Others, Kak Fa tak taulah. Sebab berbeza orang, berbeza pendapat kan?

But at least, Kak Fa jumpa juga seseorang individu yang dikenali di dalam dunia parenting yang sekapal dengan Kak Fa. Yang sama pemikiran dengan Kak Fa. Yang sependapat dengan Kak Fa. Yang turut bersetuju di mana untuk cukup kenal anak kita itu adalah satu perisai penting. Kenapa? Ikuti perkongsian Puan Maznah Ibrahim ini yang telah Kak Fa olah dan tokok tambah sedikit mengikut kesesuaian penceritaan serta perkongsian dari diri Kak Fa sendiri:

Cukup kenal anak kita sendiri merupakan satu ‘perisai’ untuk melindungi maruah anak kita. Apabila kita cukup tahu sensitivi seseorang anak, kita sebagai ibu atau bapa mampu menahan, menjawab dan mengubah arah haluan anak di sepanjang kehidupannya yang berkemungkinan boleh mencederakan emosinya, tanpa kita sedar dan mahu. Ini agar anak memperolehi pengalaman yang sebaiknya hanya membantu meningkatkan ‘self esteem’ dirinya bukan yang menggagalkan kendirinya.

Contohnya, ya anak saya kelihatan degil namun sebenarnya dengan pendirian yang dirasakannya benar, sehingga dia mampu untuk menjadi lebih matang dan empati dalam sedikit masa. Ya anak saya kelihatan kurang sensitif kepada perasaan orang lain namun dia jenis ‘straight forward’ yang mengikut peraturan. In Shaa Allah nanti dia akan mula mengambil berat perasaan orang lain secara perlahan-lahan, saya akan terus menasihati dan mendoakannya. Ya anak saya nampak kuat merajuk namun dia sebenarnya seorang yang berhati lembut dan paling ‘sweet’ pandai menjaga adik ‘baby’nya bila saya ada kerja di dapur.

Jika bukan kita melindunginya dengan ‘perisai’ ini, kerana cukup kenal dengan sifat, sikap dan sensitivitinya, siapa lagi yang akan memahamkan orang lain mengenai dirinya? Orang lain hanya melihat dan menilai anak kita pada saat itu, dan mereka bukanlah 24-7 duduk bersama anak kita kan? Fikirkan apakah peranan kita apabila orang luar mula meletakkan nilai atau label negatif kepada anak kita.

Adakah kita mengiyakan tanpa sedar? menambah lagi cerita untuk sedapkan hati orang lain atau kita ada memberi perspektif baru yang positif mengenai anak kita kepada orang lain itu? How is our anak? Ada banyak faktor yang membentuk dan menentukan tingkah laku anak. Kalau kita mengiyakan tanpa sedar, menambah lagi cerita – note that at the same time sebenarnya kita merendahkan kebolehan anak secara tidak langsung. Ada jer, ibu bapa yang resah mengenai tingkah laku anak meluahkan keluhannya secara terbuka kepada orang luar di hadapan anak-anak. Ada ya bukan tak ada.

Hakikatnya sebagai ibu, sebagai bapa, kita sewajarnya memberikan perspektif baru yang positif mengenai anak kita kepada kepada orang lain. Membesarkan anak bukan satu perkara yang singkat, ianya satu proses yang panjang dan memerlukan kita memberikan perhatian dan kosentrasi yang penuh di dalam membentuk anak-anak yang cemerlang, In Shaa Allah dunia dan akhirat. Ingat, hubungan seorang anak dengan ibu bapa tidak putus sehingga ke akhirat. Apabila kita mati, hanya tiga perkara sahaja yang bersama iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak-anak soleh yang mendoakan kita.

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !