Cerita Air Tulang Belakang Kak Fa Diambil Untuk Bone Marrow Test!

Farah Waheda Wahid
0
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

Sambung sikit-sikitlah. Ha ha ha… Tak sempat nak sambung secara berturut-turut. Tuntutan tanggungjawab pelbagai membuatkan Kak Fa tak sempat-sempat nak duduk diam-diam menaip dan bercerita. Hari tu Kak Fa dah cerita tentang tentang Tiba-Tiba! Doktor Tulis Situ Trombositopenia atau Platelet Rendah! Merudum Mencanak-Canak Jatuh!. Ini kira macam sambungannyalah ni. Hari ni kisah cerita air tulang belakang Kak Fa diambil untuk Bone Marrow Test! Iyalah… Kak Fa dimasukkan ke wad sebab diagnosis awal mendapati platlet dan HB Kak Fa sangat rendah. Boleh rujuk entri sebelum ni. Dah masuk 7 pek darah, dah masuk steroid pun platelet dan HB masih tak naik-naik. Mana mau doktor tak pening kepala mencari apa penyakit Kak Fa? Sebab organ dalaman tak ada yang bengkak. Doktor kata organ dalaman ok. “Full Blood Count Test” pun hasilnya menunjukkan tak ada sebarang sel leukimia mahupun kanser. Masa doktor beritahu Kak Fa ni, syukur sangat oiii… Iyalah, risau juga kan? Doktor tak puas hati. Ha ha ha… Itu yang doktor beritahu Kak Fa… Kalau platelet dan HB Kak Fa still main-main naik sikit lepas tu turun juga untuk beberapa hari yang seterusnya…Memang doktor dah nekad nak buat Bone Marrow Test.

Bila Kak Fa beritahu Mama Kak Fa jer yang doktor nak ambil air tulang belakang Kak Fa – errrr… sebenarnya ikutkan tak nak beritahu tapi kena beritahu juga. Bukan nak susahkan hati seorang ibu dan bukan nak menyusahkan seorang ibu yang telah berusia. Cumanya… disebabkan Kak Fa ni satu-satunya anak Mama Kak Fa, setiap saat dia tak berhenti telefon untuk bertanya khabar Kak Fa. Saat dari Kak Fa dah mula sakit tu pun dia orang yang paling risau. Terkenang-kenang lagi ni bagaimana susah-payahnya dia minta tolong jiran hantarkan juga ke Subang Jaya Medical Centre tu semata nak tengok sendiri keadaan Kak Fa dan semata nak bagi Yash jumpa Mommy sebab Yash dah menangis-nangis nak jumpa Mommy, nak jumpa Mommy. Tak pernah berengang kan? Nama pun BFF… Sekali bila Mommy admitted memanglah sehari dua tu boleh tahan lagi, tapi bila dah lama sangat…Mau tak mencari dan resah? Faham-faham sendiri jerlah kan. Bukan Yash buat-buat pun. Semulajadi ekspresi kanak-kanak kan? Hu hu hu…

Bila dah tak ketahuan punca, doktor ambil keputusan nak buat juga Bone Marrow Test pada 15 Jun 2020. Kak Fa dimasukkan ke wad pada 7 Jun 2020 dan dibenarkan keluar pada 10 Jun 2020 bila platelet dari 9 naik ke 14. Doktor bagi Kak Fa balik sebab dia kata dia tau Kak Fa rindu sangat dengan anak. Dia kata – go home and blanket your son. Ha ha ha… Tapi… Katanya Kak Fa kena datang semula pada 13 Jun 2020 untuk “Full Blood Count Test” semula. Kalau platelet Kak Fa drop, doktor akan masukkan kembali Kak Fa ke wad. Seperti yang diduga, 13 Jun 2020 Kak Fa datang untuk “Full Blood Count Test” dengan dihantar oleh jiran di kawasan taman perumahan Kak Fa sebab Kak Fa tak boleh nak memandu masa tu, badan lemah dan kepala berpusing gila oiii…. Huwaaa… Teka? Hasil keputusan pemeriksaan tak memuaskan! Platelet Kak Fa jatuh kepada 5. Kenalah masuk wad semula pada 13 Jun 2020. Masuk darah berpek-pek bertubi-tubi dan akhirnya 15 Jun 2020 – doktor akhirnya terpaksa melakukan Bone Marrow Test. Sebab dah tak tau punca kan? Masuk darah berpek-pek besar. Tapinya tetap platelet tak naik. Ketam dah makan. Air pucuk betik dah minum. Pendek kata semua petualah dah cuba. Tak berhasil juga. Tak ke pelik tu jadinya?


Apa Itu Bone Marrow Puncture (BMP)?

Satu prosedur di mana air tulang belakang dikeluarkan dengan cara memasukkan jarum khas yang sangat kecil pada bahagian bawah tulang belakang untuk mengdiagnos pelbagai keadaan yang menjejaskan jenis-jenis berbeza sel-sel darah. Satu lagi adalah untuk mengdiagnos kanser tertentu atau bagi menentukan peringkat kanser. Nak tengok ke jarum tu macam mana rupa? Nah…Tengok gambar di bawah ni.

Kredit: Gambar dari sumber dari Google


Tengok pun macam seriau kan? Ha ha ha… Apatahlah lagi orang yang nak menghadap ni. Tapi sejujurnya… you never know how strong you are, until being strong is your only choice kan? Zikir banyak-banyak, doa banyak-banyak… Minta doa seorang ibu – sebab tu kena beritahu juga Mama. He he he… Doa ibu kan mustajab? Hadap jerlah. Punyalah Mama Kak Fa risau tentang pengambilan air tulang belakang ni. Sebabnya, dia dah dihadamkan dengan mitos tentang air tulang belakang seperti dengan pengambilan air tulang belakang boleh menjadi sebab lumpuh atau kecacatan kepada seseorang individu dan dipercayai ianya adalah pembuka pintu kepada penyakit untuk mudah hinggap. Kak Fa ni memandangkan doktor dah depan mata setiap hari, tanyalah habis-habis sebelum doktor proceed kan?

Doktor beritahu Kak Fa, dia ambil tak banyak pun dalam 1-2 pint jer… Dan Kak Fa tak perlu risau, air tulang belakang tu akan digantikan baru. Ambil dan replace. Putting my trust, sebab fikir nak baik jer…hadap jer.

Bagaimana Prosedur Dilakukan?

Prosedur dilakukan di dalam wad atau sebagai rawatan harian “daycare” di mana Kak Fa berada di dalam keadaan berbaring di atas katil dalam keadaan mengiring. Tetapi just untuk knowledge, boleh juga dilakukan di dalam keadaan duduk dan tunduk sedikit ke hadapan untuk membuka ruang di antara tulang belakang. Kak Fa berada di dalam keadaan sedar. Doktor masa tu akan terangkanlah bagaimana prosedur dan kebenaran bertulis diambil.

Bahagian bawah belakang dibersihkan dengan menggunakan cecair antiseptik khas dan ubat bius setempat diberikan secara suntikan di kawasan bahagian bawah tulang belakang. Selepas kawasan tersebut menjadi kebas, doktor akan memasukkan jarum khas di kawasan tersebut. Tak rasa sakit masa tu tapi boleh rasa panas sedikit dan pergerakkan jarum tu semasa ia dimasukkan. So dah dapat ni, doktor akan bawa ke makmal untuk sampel diuji.

Boleh tengok video ni untuk lebih jelas:


Lepas pada tu, Kak Fa terus tidur oiii… Malas nak layan kalau rasa sakit ke apa kan? Tapi sengal dia memang terasa-lah. Huuu… Alhamdulillah lepas dah satu hal kena hadap. Bila boleh balik? Ha ha ha… Tu jer yang Kak Fa fikir masa tu. Tapi berangan jerlah… tidur lagi 2 malam ya di hospital sehingga 15 Jun 2020. Dah mula terasa tak sabar dah duduk wad berlama-lama. Dah mula rasa bosan dah. Keputusan pun Alhamdulillah, tak ada apa-apa pun. Ha ha ha… bertambah misteri nau nau penyakit Kak Fa ni. Ada bahagian seterusnya nanti untuk Kak Fa sambung…

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !