Tiba-Tiba! Doktor Tulis Situ Trombositopenia atau Platelet Rendah! Merudum Mencanak-Canak Jatuh!

Farah Waheda Wahid
0
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google


Kegigihan dan juga seru tu baru sampai nak susun ayat dan bercerita. Dalam-dalam proses pemulihan tubuh badan ni semua benda memang serba tak kena. Rasa nak buat itu tapi bila dah menghadap rasa macam tak nak pula. Rasa nak buat ini tapi bila dah menghadap rasa tersekat pula. Tapi kali ni betul-betul. Betul-betul Kak Fa fighting aja-aja melawan menaip. Entri ni baru bab pertama kisah Kak Fa sakit. Ianya terpaksa dipecah-pecahkan kepada beberapa bahagian supaya penceritaan jadi lengkap dan sempurna seadanya sepertimana keadaan sebenar. Reka-reka cerita, tambah-tambah cerita tak mainlah. Tiada yang benar melainkan kisah yang sebenar sahaja. Tiba-tiba! Doktor tulis situ Trombositopenia atau platelet rendah! Merudum mencanak-canak jatuh! Platelet jatuh dengan cepat, HB pun jatuh dengan sangat cepat dan pantas! Seumur 37 tahun tak pernah lagi berlaku keadaan seumpama ini terhadap seorang Farah Waheda Binti Wahid.


Macam mana boleh berlaku tu Kak Fa? Entahlah… Kalau ikutkan dua minggu yang lepas Kak Fa pergi kerja balik kerja macam biasa jer. Berselang-seli disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Cuma nak dijadikan cerita sewaktu hari Khamis tu, Kak Fa sampai-sampai jer pejabat, Kak Fa buang air kecil. Sewaktu Kak Fa buang air kecil tu, air kencing Kak Fa dah berubah warna kepada warna oren jernih. Bab-bab warna air kencing ni Kak Fa memang agak particular juga sebenarnya. Untuk makluman dan pengetahuan bersama, berdasarkan sumber dari SINI, air kencing dapat mendedahkan tahap kesihatan badan manusia yang mungkin kita tak sedar.

Dah tengok kan carta air kencing yang Kak Fa kongsikan di atas? Mana tak datang cuaknya Kak Fa bila air kencing Kak Fa berubah kepada warna oren yang mana indikasinya menyatakan mungkin disebabkan oleh kuantiti air yang tidak mencukupi di dalam tubuh badan atau kemungkinan Kak Fa mengalami masalah hati serta Kak Fa perlu mendapatkan nasihat doktor? Ok tak apa, tak apa… Kak Fa cuba bertenang lagi. Tunggu lagi semalam. Doa ni doa. Doa banyak-banyak dalam hati. Akan tetapi keesokkan harinya, bila Kak Fa ke tandas, air kencing Kak Fa dah became worst. Warna air kencing Kak Fa dah bertukar kepada warna coklat atau lebih tepat teh pekat. Huwaa… Perasaan masa ni memang dah tak tentu arah. Tengok jerlah indikasi yang dinyatakan di dalam carta di atas, apabila air kencing berubah menjadi coklat anda mungkin mengalami penyakit hati atau dehidrasi yang serius. Kena banyak minum air dan berjumpa doktor untuk pemeriksaan.


Masih cuba bertenang lagi pada hari Jumaat yang berkenaan tetapi hati memang dah rasa tak sedap. Tak demam pun. Cuma rasa sangat letih dan lesu. Masuk pagi Sabtu, apabila masih tidak ada perubahan pada warna air kencing Kak Fa, Kak Fa terus ke Poliklinik UKM yang terletak berhampiran dengan rumah Kak Fa. Perkara pertama yang GP detect adalah mata Kak Fa kuning seakan jaundice. Tapi kan, sebenarnya Kak Fa nafikan tau pada GP. Kak Fa beritahu GP yang itu kemungkinan disebabkan oleh Kak Fa belum tukar kanta lekap lagi. GP kata bukan. Dia kenal Kak Fa. Sebab memang Kak Fa selalu ke situ kalau tak sihat. Dia pasti yang itu adalah kuning. Siapalah Kak Fa nak melawan cakap GP kan? GP lebih arif.


Terus proceed dengan pemeriksaan air kencing. Hasil pemeriksaan air kencing didapati kandungan birubilin di dalam air kencing Kak Fa agak tinggi iaitu di dalam sekitar bacaan tiga plus plus macam tu. Terdapat juga darah di dalam air kencing Kak Fa. Bila dah jadi macam ni, GP tak boleh nak berkompromi lagi. Terus keluarkan Guarantee Letter dan Kak Fa kena segera ke hospital untuk pemeriksaan selanjutnya. Kak Fa boleh pilihlah nak pergi ke mana kan? Dalam hati dah terdetik dah – ini macam nak kena admit jer? Walaupun sebenarnya di dalam hati tak nak kena admit seboleh-bolehnya. Kesian dekat Yash nanti kena tinggal, kesian dekat Mama Kak Fa. Kesian mereka berdualah. Lain-lain Kak Fa tak kisah tapi kesian pada mereka berdua.

Celaru juga sebenarnya tetapi perlahan-lahan tenang, redha dan cuba hadam satu persatu dan keep on telling myself – all will end well. In Shaa Allah. Balik siapkan beg pakaian sebab memang naluri kuat berkata Kak Fa akan kena admit. Siapakan serba-serbi di rumah. Cium anak. Cium mak. Pastikan semuanya ok. Terus Kak Fa ke AVISENA Women’s & Children Specialist Hospital untuk pemeriksaan yang selanjutnya. Masa-masa ni dalam kepala dah tak fikir apa, cuma fikir nak sihat jer. Kalau boleh ada ubat yang boleh makan, bawa balik lepas tu tunggu recovery process jer macam tu. Ha macam tulah dalam kotak pemikiran Kak Fa pada waktu dan ketika itu.


Di AVISENA Women’s & Children Specialist Hospital, Kak Fa diarahkan untuk buat Full Blood Count Test dan juga pemeriksaan air kencing sekali lagi. Hasil mendapati platelet dan hemoglobin Kak Fa merudum dengan mencanak-canak. Jika bacaan normal platelet adalah sekitar 114 – 150 tetapi bacaan platelet Kak Fa adalah 14. Bahaya tak? Memang bahayalah… Lagi-lagi bila bacaan platelet di bawah 10, ianya boleh mengakibatkan pendarahan dalaman. Bacaan sangat membimbangkan tetapi disebabkan AVISENA Women’s & Children Specialist Hospital tidak mempunyai kepakaran hemotologi – mereka terpaksa refer Kak Fa sama ada kepada KPJ Ampang Puteri, Sunway Medical Centre ataupun Subang Jaya Medical Centre. Hanya di situ yang mempunyai hemotologi. Arahnya? Kak Fa ke Subang Jaya Medical Centre setelah agent insurans Kak Fa semak sana dan sini.

Siapa hantar Kak Fa? Kak Fa pandu sendiri. Sifatnya Kak Fa kan suka berdikari dan seboleh-boleh tidak mahu menyusahkan sesiapa? Siapa kenal Kak Fa memang tahu sikap Kak Fa yang satu ni. Kak Fa suka cuba untuk buat segala sesuatu sendiri selagi Kak Fa terdaya, sampailah satu peringkat bila Kak Fa dah tak mampu, pada waktu dan ketika itu barulah Kak Fa memohon pertolongan. Memang Kak Fa macam ni. Tapi memang ramai risaulah sebab platelet rendah kot? Kalau jadi apa-apa tengah jalan?


Yang tidak tahu betapa seriusnya masalah platelet rendah tu, apa kata lengkapi sedikit dengan ilmu pengetahuan mengenai platelet rendah di dalam perkongsian Kak Fa yang Kak Fa petik dan pinjam dari satu artikel di SINI.


Sekiranya anda mempunyai kiraan platelet rendah, anda mungkin mengalami:

1. Lebam merah, ungu atau coklat yang dipanggil purpura.

2. Hidung berdarah.

3. Pendarahan gusi.

4. Pendarahan tidak berhenti.

5. Ruam dengan titik kecil merah atau ungu disebut petechiae.

6. Haid yang banyak.

7. Pendarahan dari rektum.

8. Berak berdarah.

9. Kencing berdarah.

10. Muntah berdarah @ kehitaman.


Dalam kes yang jarang berlaku, keadaan ini boleh mengakibatkan pendarahan di otak. Jika seseorang mempunyai kiraan platelet rendah dan kerap sakit kepala serta masalah saraf, perlu beritahu doktor dengan kadar segera!


Habis tu apa rawatan untuk platelet rendah dalam darah? Sebenarnya tidak semua orang dengan jumlah platelet yang rendah memerlukan rawatan. Sesetengah keadaaan yang menyebabkan kiraaan platelet rendah akhirnya akan pulih dengan sendiri dan kiraan platelet akan kembali ke tahap yang sihat. Ini yang Kak Fa sangat harap-harapkan. In Shaa Allah, amin-amin ya rabbal alamin. Masalah ini boleh didiagnos dengan cara menjalani ujian darah, imbasan ultrasound atau pemeriksaan sumsum tulang dan biopsi.


Dikatakan, sekiranya kes platelet rendah masih ringan dan boleh dikawal, doktor mungkin akan menangguhkan rawatan dan sekadar memantau kesihatan sahaja seperti berikut:


  • Mengelakkan sukan bersentuhan.
  • Mengelakkan aktiviti berisiko pendarahan atau lebam.
  • Mengehadkan pengunaaan alkohol.
  • Penghentian pengambilan ubatan yang mempengaruhi platelet, termasuk aspirin  dan ibuprofen.


Tu sedikit sebenarnya tentang platelet rendah. Cerita masih belum habis. Segalanya bermula apabila Kak Fa di Subang Jaya Medical Centre. Hasil pemeriksaan awal memang platelet Kak Fa dah jatuh bawah 10 dah malam tu. Organ dalaman tak ada yang bengkak mengikut doktor pakar hemotologi di Subang Jaya Medical Centre iaitu Dr. Alan Teh. Organ dalaman Kak Fa, Alhamdulillah, normal. Tapi malam tu jugalah mereka dah decide nak masukkan Kak Fa ke dalam ICU sebenarnya. Kak Fa di bawah risiko “Fall Risk” dan Kak Fa tak boleh jatuh mulai dari saat tu dah sebab takut pendarahan dalaman berlaku. Benda yang mereka perlu elakkan dah tu.

Kredit: Gambar dipetik dari sumber dari Google


Next entry – Kak Fa sambung pula tentang malam pertama di Subang Jaya Medical Centre. Panjang sangat nak habiskan dalam satu entri semua kan?

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !