Tanda-Tanda Telur Rosak Yang Anda Patut Tahu!

Farah Waheda Wahid
2
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google


Gara-gara telur tamat tempoh – insiden keracunan puding yang kecoh satu Malaysia baru-baru ini telah meragut satu nyawa wanita muda berusia 25 tahun. 99 mangsa dari 20 buah keluarga lain turut dikesan mengalami gejala keracunan. Don’t play-play ok? Hanya kerana telur yang telah rosak – nyawa boleh diragut. Tiba-tiba jadi seram pula nak membeli makanan luar yang tidak dapat dipastikan tahap kebersihan dan ketelitian penyediaannya. Iyalah kita bukannya tahu kan? Bahan yang digunakan oleh peniaga sama ada telah tamat tempoh ataupun tidak. Tapi – takkanlah kita nak membiarkan jaringan ekonomi terjejas atas isu ini kan? Ramai yang cari makan melalui sumber perniagaan sekarang ni termasuk perniagaan makanan. Apa yang boleh semua orang lakukan adalah menjadi bertanggungjawab di dalam memastikan keselamatan bahan-bahan di dalam penyediaan makanan masing-masing. Tak kiralah sama ada usahawan makanan mahupun yang masak sendiri di rumah. Mungkin ramai yang telah tahu tentang tanda-tanda telur rosak. Tapi tak salah sekiranya sebagai ingatan Kak Fa ulangi informasi tentang tanda-tanda telur rosak yang anda patut tahu! Kan? Betul tak?


Menurut sumber dari Public Health Malaysia di SINI, di bawah adalah paparan infografik ringkas mengenai tanda-tanda telur rosak yang mudah untuk difahami. Jangan ambil mudah, telur mudah tercemar dengan pelbagai kuman khususnya Salmonella. Ia menyebabkan gejala demam, muntah, sakit perut dan juga boleh mengakibatkan kematian. Selagi ada rasa ragu-ragu, jangan guna dan makan telur tersebut.


Sumber: Public Health Malaysia


Sedikit informasi tambahan melalui capaian sumber di SINI:


Kenapa Tidak Boleh Makan Telur Tamat Tempoh?

Ini adalah disebabkan pada kulit telur terdapat protective bloom yang dikatakan melindunginya daripada terdedah kepada satu jenis bakteria iaitu salmonella. Sekiranya telur berkenaan telah dibasuh, ini bermaksud pori-porinya telah pun terdedah kepada bakteria berkenaan. Cuba bayangkan sekiranya bakteria jahat itu telah masuk ke dalam telur? Sakit perut dan cirit-birit adalah di antara penyebab utama apabila bakteria itu telah berada di dalam telur.


Telur Yang Disimpan Dalam Peti Ais

Berapa Lamakah Boleh Simpan Telur dan Bila Telur Akan Tamat Tempoh?

Apabila menyimpan telur di dalam peti ais, jangka hayat telur dikatakan cuma di antara 2 hingga ke 5 minggu sahaja. Sekiranya terlebih dari jangkamasa berkenaan, anda pasti tahu apa yang akan berlaku. Biasanya pada pek telur tertentu mempunyai tanda tarikh luput iaitu baik digunakan sebelum tamat tempoh. Jika anda mendapati telur yang dibeli telah melepasi tarikh luput, sebenarnya ia masih lagi boleh digunakan untuk sehari dua. Namun anda adalah disarankan untuk hanya menggunakannya untuk merebus atau membuat kek sahaja. Jangan sesekali digunakan untuk dimakan secara rebus setengah masak ataupun digoreng seperti telur dada dan telur mata. Kenapa? Ia bahaya.


6 Tip Penyimpanan Telur Berkualiti

Berikut  adalah tips dan cara simpan telur agar terus segar dan berkualiti walaupun agak lama telah dibeli.

1. Telur perlu disimpan di tempat yang redup dan tidak boleh terdedah kepada pancaran matahari atau pun bahang kepanasan dapur. Perubahan suhu semasa akan menyebabkan telur yang disimpan itu akan menjadikan putih telur segera mencair.

2. Anda dinasihatkan meletakkan bahagian telur yang besar di atas bagi memelihara kualitinya.

3. Anda perlu menjauhkan makanan yang amat kuat berbau di dalam peti sejuk kerana telur dipercayai mampu menyerap dengan pantas bau makanan yang kuat baunya. (Sekiranya terpaksa, anda boleh menyimpan makanan yang kuat berbau di dalam bekas yang kedap udara).

4. Telur yang berkualiti dan bermutu tinggi biasanya mengandungi kuning telur dan putih telur yang pekat berserta satu lagi lapisan putih telur yang lain yang mencair.

5. Sekurang-kurangnya anda perlu mengeluarkan telur daripada peti ais setengah jam sebelum ianya digunakan.

6. Sekiranya anda ingin merebus telur, sila gunakan suhu panas yang sederhana.


Cara Lain Yang Boleh Digunakan Untuk Memastikan Keadaan Telur

1. Letakkan telur dekat telinga dan goncang. Jika ada bunyi kocakan bermakna ia sudah lama. Tapi anda masih boleh memakannya.

2. Telur yang segar takkan mengeluarkan bunyi yang kuat. Malah yang terbaik tidak berbunyi langsung.

(Nota: Selepas melakukan ujian ini anda perlu menggoreng telur dan jangan simpan dalam peti ais. Kerana ia sudah terdedah dengan lembapan dan berkemungkinan bakteria salmonella mudah melekat padanya.

3. Pecahkan telur dan letakkan di atas pinggan atau mangkuk besar. Periksan keadaan putih dan kuning telur masih dalam keadaan baik atau sebaiknya. Teknik ni selalu juga Nek Ma Firash gunakan dan suruh Kak Fa gunakan.


Ada asbab setiap sesuatu yang berlaku. Yerlah…Mungkin dengan insiden yang berlaku baru-baru ini, akan meningkatkan lagi kesedaran kita tentang kepentingan kualiti telur atau bahan-bahan lain di dalam masakan yang kita gunakan. Mungkin juga selama ni, ada di antara kita atau kebanyakan di antara kita, tak ada nak fikir sangat tentang telur. Taunya beli, simpan dan guna jer kan? Mulai sekarang, jom kita semua berhati-hati untuk menyimpan teur atau memakan telur kerana ia juga mempunyai tarikh luput dan sekiranya telah tamat tempoh, telur tamat tempoh tersebut pasti akan berbau busuk (telur tembelang) dan tidak boleh lagi dimakan.

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. SELAMAT HARI RAYA!!! Best entry ini :) done follow, follow me back.. thanks
    http://acuyuhan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Which brand of the eggs supplier is the best in Malaysia? Any recommendation?

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !