Resipi Mango Smoothies Tak Sampai 5 Minit Dengan BEKO VACUUM BLENDER TBV8104

Farah Waheda Wahid
1

Malaysia masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 9 Jun 2020 – macam-macam projek dah kami anak-beranak lakukan di rumah bersama-sama. Termasuklah projek terkini iaitu Mango Smoothies oleh Chef Yash. Bukan Mommy yang buat tetapi Yash yang buat. Pandai ke? Eh dengan BEKO VACUUM BLENDER TBV8104 yang terbaru semua yang tak mungkin boleh jadi mungkin tau. Kalau pengisar biasa tu mungkinlah tak berapa nak sesuai dengan kanak-kanak, tetapi dengan BEKO VACUUM BLENDER TBV8104 – kanak-kanak pun boleh gunakan. Sebabnya memang sangat mudah. Kata kuncinya yang Kak Fa nak sampaikan adalah – BEKO VACUUM BLENDER TBV  8104 boleh digunakan oleh semua golongan. Tak kisah tua muda. Projek smoothies pertama Firash adalah resipi Mango Smoothies tak sampai 5 minit dengan BEKO VACUUM BLENDER TBV8104. Sekejap jer. Jadi tak adalah si kecil molek tu menyepahkan dapur ibarat tsunami kan? Ha ha ha…

Mula-mula, Kak Fa kongsikan bahan Mango Smoothies kami tempoh hari.


Bahan-Bahan:

2 biji mangga manis

2 pek kecil Yoghurt Mangga

2/4 cawan susu cair

2 sudu besar gula

Ais secukupnya




Cara-Cara Penyediaan:

Tak perlu panjang lebar – masukkan semua bahan ke dalam bekas pengisar yang tersedia, kemudian kisarkan mengikut ketetapan mod yang sememangnya dah tersedia di dalam fitur BEKO VACUUM BLENDER TBV8104.


Dalam banyak-banyak jenis pengisar yang Kak Fa ada, salah satu pengisar yang paling Kak Fa suka adalah BEKO VACUUM BLENDER TBV8104. Ini adalah koleksi yang terbaru. Mungkin juga ada yang tak pernah mendengar jenama Beko. Tapi meh sini, Kak Fa nak beritahu – ini adalah trusted brand berdasarkan kepada pengalaman Kak Fa sendiri sebagai pengguna. Kak Fa tak ragu-ragu kot nak rekomendasi BEKO VACUUM BLENDER TBV8104 ni pada sesiapa sahaja yang sedang mencari atau mempertimbangkan untuk membeli pengisar baru. Pada Kak Fa ini adalah sejenis pelaburan yang berbaloi. Kerja jadi cepat, dapur tak bersepah-sepah.



Sedikit mengenai Beko:


Beko is number 1 brand in the European free-standing white goods market and the second largest home appliances brand in Europe (Dec, 2017). It has been the fastest growing major home appliances brand in the overall European market since 2000. Beko is the international home appliance brand of Arçelik and a Premium Partner of FC Barcelona. Known as a brand that respects the globe and is respected globally, their principle is “being a partner of our consumers in their daily life needs”. Beko is efficient in manufacturing products that are environmentally friendly and eco-award-winning which streamlines with this philosophy.As the “Official Partner of the Everyday”, Beko has always and will continue to ensure that customers benefit from their products by making and offering products which will make life easier with a perfect service approach.


Yang Kak Fa nyatakan, Kak Fa tak kisah pun Yash mengendalikan BEKO VACUUM BLENDER TBV8104 adalah disebabkan ciri-ciri safety lock yang ada pada pengisar itu sendiri. Cuma set-up kan untuk Yash kemudian ajar nak tekan mana, pusing mana – done. Tak sampai 5 minit kisar, siap dah smoothie. Dalam masa yang sama – Kak Fa ajar Yash buat kerja-kerja dapur lah kan? Pada Kak Fa dengan adanya BEKO VACUUM BLENDER TBV8104 ni sangat memudahkan segala kerja dapur disebabkan oleh ciri-ciri:


  • Anti-Slip Base – menghalang perkakas dari terjatuh di atas semua permukaan, tidak kira kering atau basah.
  • Mengekalkan nutrien dan rasa – teknologi vakum yang menghalang oksidasi serta mengurangkan pendedahan kepada udara yang menjadikan makanan dan minuman lebih sedap pada setiap masa.
  • Variasi tahap kelajuan – kawalan kelajuan dengan sistem PULSE yang mudah dan ringkas.
  • Pemilihan mudah – didatangkan dengan ciri-ciri 6 menu yang telah di pra tetapkan dan senang digunakan.
  • Bilah keluli bergerigi yang tahan karat.
  • Jug Tritan berkapasiti 1.5 liter.


Orang kata – kalau nak keluarkan duit poket untuk BEKO VACUUM BLENDER TBV8104 ni kan…Memang tak akan rasa ralat. Cuba baru anda tahu apa yang Kak Fa maksudkan. Kak Fa percaya, semua orang akan suka dengan BEKO VACUUM BLENDER TBV8104 ni. Percayalah. Ha ha ha…Yakinnya kamu? Tentulah sebab Kak Fa kan dah guna?


Untuk Maklumat Lanjut:

Laman Web Beko Malaysia

Laman Facebook Beko Malaysia

Laman Instagram Beko Malaysia

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !