Pembukaan Sekolah Dan 12 Perkara Ibu Bapa WAJIB Tahu!

Farah Waheda Wahid
0
Kredit: Gambar diubahsuai dari artikel asal di SINI


Tanggal 10 Jun 2020, Menteri Pendidikan Malaysia, Dr. Mohd Radzi Md Jidin telahpun membuat pengumuman tentang SOP sekolah yang baru. Pengumuman ini merupakan sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh ramai pihak lebih-lebih lagi para ibu bapa yang mempunyai anak yang sedang bersekolah. Huuuu… tiba-tiba terasa kesian pada Firash…Sekolah dua bulan jer, lepas tu cuti lama sungguh-sungguh. Seluar sekolah tu entah muat lagi entah tidak. Entah senteng entah tidak tu. Ha ha ha. Sambung balik cerita, sebagai permulaan, hanya pelajar yang menghadapi peperiksaan penting seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Menengah Vokasional (SMV) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) sahaja yang dibenarkan untuk hadir ke sekolah bermula 24 Jun 2020. Terbaru pula, kerajaan membenarkan prasekolah dan tadika dibuka sepenuhnya bermula 1 Julai ini. Bab tadika dan prasekolah ni, Kak Fa asyik terfikir tentang macam manalah kanak-kanak ni nak patuh pada penjarakkan sosial. Hu hu hu…. Moga semuanya baik-baik sahaja. Oleh itu, bukan pelajar sahaja yang perlu bersedia, malah ibu bapa juga! Paling penting lengkapkan anak-anak dengan semangat kembali ke sekolah dan juga hand sanitiser serta pelitup muka ok? Yang ini penting pembukaan sekolah dan 12 perkara ibu bapa WAJIB tahu! Kena ya kena… Ini tanggungjawab bersama.


SOP Sekolah Dirangka Hasil Perbincangan Pelbagai Pihak

Sebuah garis panduan telahpun dirangka bersama-sama dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai rujukan semua sekolah sebelum dibuka. SOP ini bertujuan untuk memastikan keselamatan murid, guru dan warga sekolah ketika berada di kawasan sekolah. Sebagai ibu bapa, pasti anda berasa bimbang akan keselamatan anak anak ketika di sekolah. Oleh itu, kerjasama semua pihak amat penting untuk memastikan SOP ini dapat direalisasikan. Penting untuk anda ambil tahu persediaan yang patut dilakukan sebelum anak-anak kembali ke sekolah.


Ikuti kupasan Fatin Zahra dari Hello Doktor yang lebih lanjut.


SOP Di Sekolah, Apa Yang Perlu Anda Tahu


1. Jika Tidak Sihat, Duduk Sahaja Di Rumah!

Pemeriksaan suhu akan dijalankan di pintu masuk sekolah. Pelajar atau guru yang bergejala ataupun mempunyai suhu badan lebih daripada 37.5°C tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah. Oleh itu, ibu bapa haruslah memastikan anak-anak berada di dalam keadaan sihat sebelum menghantar mereka ke sekolah. Ingatkan anak untuk sentiasa menjaga kebersihan diri dan amalkan penjarakan sosial.


2. Susunan Meja Berjarak 1 Meter Antara Satu Sama Lain

SOP sekolah telah menetapkan kapasiti maksimum mungkin bergantung kepada keluasan kawasan kelas. Namun, untuk kelas bersaiz biasa, hanya 20 orang murid sahaja yang dibenarkan pada satu-satu masa.


3. Bersihkan Permukaan Kerap Disentuh 2 Kali Sehari

Permukaan yang kerap disentuh seperti suis lampu dan kipas, tombol pintu, penutup tandas, pengepam tandas dan sebagainya akan dibersihkan dengan rapi sekurang-kurangnya 2 kali sehari.

4. Penjarakan Sosial Di Kantin Sekolah

Murid masih perlu mematuhi penjarakan sosial sejauh 1 meter dari satu sama lain ketika berada di kantin sekolah. Murid juga tidak dibenarkan makan di kantin sekolah. Hanya makanan berbungkus sahaja yang akan dijual dan murid akan makan di bawah seliaan guru dalam kelas pada waktu rehat.


5. Pastikan Ada Bilik Isolasi untuk Murid Bergejala.

Bilik ini perlu dilengkapkan dengan pelitup muka dan juga hand sanitiser.


6. Aktiviti Sukan dan Kokurikulum Tidak Dibenarkan.

Sehingga ke satu tarikh yang akan diumumkan nanti.


7. Penggunaan Pita Pelekat Sebagai Tanda Penjarakan Sosial.

Penjarakan akan ditanda pada lokasi yang bersesuaian. Sebagai contoh, tanda penjarakan akan diletakkan di kantin untuk tujuan berbaris. Tanda yang sama juga akan diletakkan pada kerusi, meja dan tempat mengimbas kehadiran untuk memastikan semua orang dapat mematuhi SOP di sekolah.


8. Katil Asrama Juga Akan Disusun Pada Jarak 1 Meter.

Hanya pelajar yang berada dalam kelas peperiksaan sahaja dibenarkan untuk pulang ke asrama. Katil pelajar juga perlu dijarakkan sejauh 1 meter daripada satu sama lain.


9. Menyediakan Laluan Pergerakan Sehala.


10. Menyediakan Tong Sampah Berpenutup.


11. Menyediakan Sabun dan Hand Sanitiser Yang Mencukupi.

Di lokasi yang bersesuaian seperti surau, kantin, tandas dan bilik guru.


12. Meletakkan Tanda Peringatan COVID-19 Di Pintu Masuk dan Juga Sekitar Sekolah.


Kesimpulannya, perlaksanaan SOP di sekolah ini adalah penting untuk memastikan keselamatan semua pihak. Oleh itu, para guru, pelajar dan juga ibu bapa haruslah memainkan peranan demi mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Kita masih belum menang dari melawan virus korona. Malah, jika kita tidak berjaga-jaga, ada kemungkinan untuk kita dilanda gelombang ke-3 COVID-19 pada masa akan datang. Kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang bukan dari kelas peperiksaan awam, sekolah akan dibuka secara peringkat demi peringkat. KPM akan memaklumkan mengenai hal ini mengikut perkembangan semasa. Pasti yang paling teruja untuk pulang ke sekolah adalah pelajar itu sendiri. Jangan lupa untuk jaga penjarakan sosial, amalkan tabiat membasuh tangan dan pakai pelitup muka ya!


Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.


Artikel ini diterbitkan di atas “content partnership” di antara hellodoktor.com dan bubblynotes.com.

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !