Tak Lengkap Kalau Tak Ada Kit Kat!

Farah Waheda Wahid
1

Coklat kegemaran turun-temurun ni! Dari Kak Fa sekecil-kecil anak sampailah sekarang bila dah jadi mak budak. Tak lengkap kalau tak ada Kit Kat! Rasa macam serba tak kena jer hidup kalau tak ada Kit Kat. Tak kisahlah apa sahaja janji Kit Kat. Dalam peti ais rumah Kak Fa memang sentiasa kena ada stok Kit Kat. Tak boleh surut. Itupun kadang-kadang berebut mak dengan anak. Nak buat macam mana? Dua-dua pun suka sangat dengan Kit Kat. Lepas Mommy, anak. Lepas anak, Mommy. Bergilir-gilir. Ha ha ha...



Ha iya...Memang entri kali ni berkisar tentang Kit Kat. Memang cerita tentang produk Nestlé yang satu ni iaitu Kit Kat. Kit Kat ni kan… Sedari dari zaman Kak Fa kecil lagi dah wujud. Celik-celik mata jer dah wujud. Ha ha ha... Peneman setia ni. Sambil-sambil dalam perjalanan pergi ke sekolah habis satu. Sambil-sambil tonton televisyen habis satu. Sambil-sambil belajar habis satu. Kadang-kadang boleh habis dua sekali. Tabiat tu dah membawa sampai ke sekarang. Sampaikan anak sendiri pun terikut. Arwah Papa Kak Fa memang suka sumbat Kak Fa dengan Kit Kat. Tak boleh nak berhenti rupanya… Diwarisi pula tu. Siapa lagi kalau bukan anak Kak Fa. Firash. Kan dah kata tadi, berebut kami berdua. Makanan atau kudap-kudapan wajib keluarga kami.


Cumanya… Masalah yang paling common dihadapi oleh peminat dan pemakan tegar Kit Kat ini iaitu Kak Fa, adalah di mana susah nak dapat stok. Yerlah... Semua pun maklum, Kit Kat ni adalah di antara produk laku keras di pasaran kan? Siapa jer yang tak makan Kit Kat betul tak? Bukan susah macam mana tau. Susah tu maksud Kak Fa, nak dapatkan sekaligus kesemua jenis Kit Kat di satu-satu tempat. Kalau ada yang ini, yang itu tak ada. Kalau ada yang itu, yang ini tak ada. Ha macam tulah. Gigihlah Kak Fa ni bergerak dari satu pasaraya ke satu pasaraya yang lain.


Sekarang... Masalah tu dah selesai bila Kak Fa cuba membeli di PG Mall setelah diperkenalkan oleh seorang rakan Kak Fa. Kalau Kak Fa taulah mudah jer nak dapatkan semua jenis Kit Kat sekaligus macam ni dari dulu, dah lama dah Kak Fa beli dari PG Mall. Tak payah penat-penat nak ke sana ke sini, ke sana ke sini. Kedai rasmi Nestlé dah memang terang-terang ada di PG Mall. Lagipun interface PG Mall memang user friendly, semua proses pembelian jadi sangat mudah dan lancar. Kalau gunakan C-Wallet lagilah mudah. Penghantaran pun memang pantas.

Musim Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB) ni, kita masih belum bebas sepenuhnya dan memang masih perlu meminimakan pergerakkan sebaik mungkin serta patuh kepada norma baru. Jadi Kak Fa lebih memilih pembelian barangan secara atas talian. PG Mall lah sasaran Kak Fa. Apa lagi? Lagipun bermula dari tempoh 8 Mei 2020 sehingga 4 Jun 2020, bila kita membeli apa sahaja produk Nestlé di PG Mall, automatik layak untuk menyertai Kempen Top Spender! Menarik tau...



Apa Itu PG Mall X Nestlé Top Spender Campaign?

Ok macam ni. Bermula dari 8 Mei 2020 sehingga 4 Jun 2020, setiap minggu selama sebulan, dua orang pemenang akan dipilih. Dan dua orang pemenang ni akan memenangi wang tunai bernilai RM 100.00. Pemenang mingguan yang dicari adalah seramai 8 orang selama sebulan. Kemudian, akan ada dua orang pemenang bulanan yang akan memenangi wang tunai bernilai RM 130.00.



Siapa nak bagi kan? Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Rezeki ni semua kita takkan pernah nak tau bila nak sampai pada kita tiba-tiba kan? Mana tahu rezeki... Kan? Kan? Kan? Dah menang boleh digunakan untuk pembelian dari Nestlé Official Online Store. Dah jimat dekat situ kan? Bagi rakyat marhaen macam Kak Fa ni, ianya sedikit sebanyak membantulah. Itu berkobar-kobar Kak Fa membeli-belah di PG Mall tu.

Takkan nak tengok jer dan biarkan ia berlalu? Mulalah membeli-belah produk Nestlé di PG Mall sekarang. Seronok PG Mall ni. Have a look lepas tu confirm anda akan agree dengan rekomendasi Kak Fa ni!

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Assalammualaikum..


    Salam Blogwalking puasa.
    Selamat Berpuasa, Selamat PKPB ya.

    http://iskandarx-society.blogspot.com/
    http://iskandarx.blogspot.com/
    https://melayupress.wordpress.com/
    https://twitter.com/iskandarX

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !