Cipta Resipi Dan Menang Hadiah Lumayan Dari PERTANDINGAN CIPTA RESIPI SHINE!

Farah Waheda Wahid
0

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sampailah ke Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), rasanya dah macam-macam resipi yang lalu di garis masa sosial media Kak Fa. Rajin sunggulah hai dok masak itu, masak ini masing-masing semasa PKP dan PKPB ni. Baguslah tu. Kenyang perut ahli keluarga kan? Setiap hari ada menu yang berbeza untuk dinikmati. Cumanya dah terlanjur masak itu masak ini, Kak Fa nak bagi rekomendasi sikit. Dah alang-alang masak kan? Apa kata anda cipta resipi dan menang hadiah lumayan dari PERTANDINGAN CIPTA RESIPI SHINE? Tak perlu resipi yang berat-berat, yang ringkas pun tetapi sedap pun dah memadai.

Yang penting:- Resipi yang anda cipta MESTILAH menggunakan salah satu produk susu SHINE. Wajib ya. Apa jer produk susu SHINE? Ada 3 produk yang boleh anda olah di dalam resipi anda iaitu:

Susu Kacang Soya Organik SHINE - RM 46.00


Susu Kambing SHINE - RM 38.00

Susu Oat SHINE - RM 45.00


Harga pun sangat berpatutan dan mampu milik. Rasa memang exceptional lah. Itu yang Kak Fa boleh kongsikan. Nak beli dekat mana? Boleh jer beli dari sini ---> https://bit.ly/39Ew9oQ. Boleh juga gunakan KOD PROMO Kak Fa iaitu "FARAH10" untuk diskaun istimewa ya? Sah sehingga 31 Mei 2020 sahaja. Lebih dari tu, I'm sorry goodbye... Jadi kenalah cepat.

Kalau tanya Kak Fa, Kak Fa selalunya memilih untuk membeli Susu Kacang Soya Organik Shine. Sebab apa?



Susu Kacang Soya Organik SHINE adalah susu kacang soya yang mempunyai Pensijilan Organik USDA dan tidak mengandungi gula tambahan. Banyak khasiat yang terkandung di dalam Susu Kacang Soya Organik SHINE ni. Dan nak tau tak? Susu Kacang Soya Organik SHINE sangat dianjurkan pengambilannya oleh golongan-golongan di bawah:



Bagus kan?

Berbalik kepada PERTANDINGAN CIPTA RESIPI SHINE - setelah anda membeli produk susu SHINE, anda boleh mencipta resipi yang menarik dan kreatif. Rakamkan gambar resipi yang telah dihasilkan bersama-sama produk susu SHINE yang digunakan, kemudian muatnaik ke laman Facebook atau Instagram peribadi anda bersama #shineclub2u dan jangan lupa tag @shineclub2u tau!




Cepat tau... sebab PERTANDINGAN CIPTA RESIPI SHINE ni akan berakhir pada 31 Mei 2020 ini! Kak Fa rasalah kan...Semua orang boleh cipta resipi istimewa pada Hari Raya yang bakal menjelma ni. Pasti menarik!

Senarai hadiah PERTANDINGAN CIPTA RESIPI SHINE ni sangat lumayan iaitu:



HADIAH UTAMA bernilai RM 900.00
HADIAH KEDUA bernilai RM 600.00
HADIAH KETIGA bernilai RM 400.00
3 x HADIAH SAGUHATI bernilai RM 200.00

Betul tak Kak Fa kata? Yang hadiah yang ditawarkan adalah sangat lumayan! Takkan nak lepaskan macam tu jer bila benda dah ada depan mata ya tak? Macam Kak Fa, Kak Fa dah cipta resipi tau. Nak tau apa? Sila lihat paparan gambar di bawah:



Ha itu dia... Agar-Agar Soya Buah Campuran dan Madu dengan menggunakan produk Susu Kacang Soya Organik dari SHINE. Bukan susah sangat. Mudah jer kan? Sambil pejam mata pun boleh buat ni. Semua orang pun boleh buat. Tapi anda ciptalah resipi anda pula. Janganlah sama dengan Kak Fa. Get creative ok?

Untuk maklumat lanjut mengenai produk dan juga PERTANDINGAN CIPTA RESIPI SHINE, sila rujuk laman Instagram @shineclub2u.

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !