Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu telah menyaksikan seluruh masyarakat di Malaysia dikehendaki untuk terus berada di rumah masing-masing bagi mengurangkan penularan pandemik Covid-19. Dengan tempoh yang agak lama, pasti ada sesetengah masyarakat yang sudah berasa bosan duduk di rumah. Malah, ada juga yang melakukan pelbagai aktiviti baharu bagi mengisi waktu kekosongan mereka. Entri ini khusus untuk ibu bapa semua. Jika sebelum ini anda terlalu sibuk dengan tugasan harian, inilah waktu yang sesuai untuk meluangkan masa bersama anak-anak dengan sebaik mungkin. Penat dah fikir apa yang menarik untuk dilakukan… Musim Perintah Kawalan Pergerakan : inginkan aktiviti menarik dengan anak-anak? Boleh cuba lakukan cara ini… Bacalah dulu… Baru tau kan?
Apa kata anda cuba cara ini…
PANDAI VIDEO
Pandai Video adalah hasil kompilasi video pembelajaran yang dilakukan oleh guru-guru di Malaysia melalui kerjasama Pandai Educational Sdn. Bhd. serta beberapa sumber lain di YouTube.
Antara KELEBIHAN yang ada pada Pandai Video ialah
● Dapat mengakses semua video secara PERCUMA.
● Disediakan khas untuk semua pelajar sekolah dari Darjah 1 (7 tahun) hingga Tingkatan 5 (17 tahun).
● Koleksi video disusun atur mengikut tahap, subjek, topik hinggalah kepada subtopik.
● Semua video sentiasa up-to-date.
● Menepati standard Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Anda boleh terus lihat koleksi Pandai Video hanya dengan klik link di bawah:
Sekolah Rendah:
Tahun 1: video.pandai.org/year1
Tahun 2: video.pandai.org/year2
Tahun 3: video.pandai.org/year3
Tahun 4: video.pandai.org/year4
Tahun 5: video.pandai.org/year5
Tahun 6: video.pandai.org/year6
Sekolah Menengah:
Tingkatan 1: video.pandai.org/form1
Tingkatan 2: video.pandai.org/form2
Tingkatan 3: video.pandai.org/form3
Tingkatan 4: video.pandai.org/form4
Tingkatan 5: video.pandai.org/form5
Pandai Video: video.pandai.org
Bukan itu sahaja, anda juga boleh menggunakan…
APLIKASI PANDAI
Aplikasi Pandai merupakan platform pembelajaran secara interaktif dalam membantu pelajar untuk mengulangkaji pelajaran dan membuat latih tubi secara berterusan, memantau prestasi mereka dan mencapai gred yang lebih baik.
● Kuiz Harian
● Ujian Topikal
● Kertas Peperiksaan
● Kertas Sampel
● Persediaan Pertandingan
● dan banyak lagi
Antara KEBAIKAN menggunakan Aplikasi Pandai ialah:
● Mengandungi soalan-soalan kuiz, ujian dan peperiksaan mengikut sukatan pelajaran di sekolah.
● Pelajar akan mendapat LIMA SOALAN PERCUMA untuk setiap subjek, setiap hari berdasarkan topik tertentu.
● Memperolehi maklum balas segera menerusi pemarkahan seperti jawapan yang betul, penyelesaian dan penjelasan terperinci.
● Boleh melakukan semakan semula kuiz dan keputusan ujian yang lepas.
● Dapat menganalisis statistik prestasi pelajar bagi setiap subjek.
Aplikasi Pandai: www.pandai.org
Pasti anda tertanya-tanya, bagaimana cara untuk mendapatkan Aplikasi Pandai?
Mudah sahaja, aplikasi ini boleh dimuat turun secara PERCUMA dengan menggunakan tablet atau telefon pintar melalui aplikasi Android & IOS.
Atau terus layari ke laman web utama Pandai iaitu www.pandai.org untuk mendapatkan keterangan dengan lebih lanjut. Dan jangan lupa untuk FOLLOW, LIKE dan SHARE di:
FACEBOOK: @pandaiofficial
INSTAGRAM: @pandaiofficial
lama x singgah sini... dasat betul perubahannya... after 5 years.. :D
ReplyDelete