Perintah Kawalan Pergerakan : Inginkan Aktiviti Menarik Dengan Anak-Anak? Boleh Cuba Lakukan Cara Ini…
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu telah menyaksikan seluruh masyarakat di Malaysia dikehendaki untuk terus berada di rumah masing-masing bagi mengurangkan penularan pandemik Covid-19. Dengan tempoh yang agak lama, pasti ada sesetengah masyarakat yang sudah berasa bosan duduk di rumah. Malah, ada juga yang melakukan pelbagai aktiviti baharu bagi mengisi waktu kekosongan mereka. Entri ini khusus untuk ibu bapa semua. Jika sebelum ini anda terlalu sibuk dengan tugasan harian, inilah waktu yang sesuai untuk meluangkan masa bersama anak-anak dengan sebaik mungkin. Penat dah fikir apa yang menarik untuk dilakukan… Musim Perintah Kawalan Pergerakan : inginkan aktiviti menarik dengan anak-anak? Boleh cuba lakukan cara ini… Bacalah dulu… Baru tau kan?
Apa kata anda cuba cara ini…
PANDAI VIDEO
Pandai Video adalah hasil kompilasi video pembelajaran yang dilakukan oleh guru-guru di Malaysia melalui kerjasama Pandai Educational Sdn. Bhd. serta beberapa sumber lain di YouTube.
Antara KELEBIHAN yang ada pada Pandai Video ialah
● Dapat mengakses semua video secaraPERCUMA.
● Disediakan khas untuk semua pelajar sekolah dari Darjah 1 (7 tahun) hingga Tingkatan 5 (17 tahun).
● Koleksi video disusun atur mengikut tahap, subjek, topik hinggalah kepada subtopik.
● Semua video sentiasa up-to-date.
● Menepati standard Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Anda boleh terus lihat koleksi Pandai Video hanya dengan klik link di bawah:
Aplikasi Pandai merupakan platform pembelajaran secara interaktif dalam membantu pelajar untuk mengulangkaji pelajaran dan membuat latih tubi secara berterusan, memantau prestasi mereka dan mencapai gred yang lebih baik.
Layari www.pandai.org dan dapatkan pelbagai kandungan untuk subjek teras dan elektif seperti Matematik, Sains, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan, Sains, Biologi, Fizik, Kimia dalam bentuk:
● Kuiz Harian
● Ujian Topikal
● Kertas Peperiksaan
● Kertas Sampel
● Persediaan Pertandingan
● dan banyak lagi
Antara KEBAIKAN menggunakan Aplikasi Pandai ialah:
● Mengandungi soalan-soalan kuiz, ujian dan peperiksaan mengikut sukatan pelajaran di sekolah.
● Pelajar akan mendapat LIMA SOALAN PERCUMAuntuk setiap subjek, setiap hari berdasarkan topik tertentu.
● Memperolehi maklum balas segera menerusi pemarkahan seperti jawapan yang betul, penyelesaian dan penjelasan terperinci.
● Boleh melakukan semakan semula kuiz dan keputusan ujian yang lepas.
● Dapat menganalisis statistik prestasipelajar bagi setiap subjek.
Anda boleh lihat video testimonial seorang pelajar yang telah gunakan Aplikasi Pandai untuk persediaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM):
Pasti anda tertanya-tanya, bagaimana cara untuk mendapatkan Aplikasi Pandai?
Mudah sahaja, aplikasi ini boleh dimuat turun secara PERCUMAdengan menggunakan tablet atau telefon pintar melalui aplikasi Android & IOS.
Atau terus layari ke laman web utama Pandai iaitu www.pandai.org untuk mendapatkan keterangan dengan lebih lanjut. Dan jangan lupa untuk FOLLOW, LIKE dan SHARE di:
Inginkan sesuatu aktiviti menarik bersama anak-anak anda? Tunggu apa lagi??
Jom, sama-sama menggunakan Aplikasi Pandai dan Pandai Video!
Mohon sebarkan mesej ini kepada saudara-mara dan rakan-rakan yang lain supaya mereka pun dapat menggunakannya bersama anak-anak di rumah.
Terimakasih telah membaca artikel Perintah Kawalan Pergerakan : Inginkan Aktiviti Menarik Dengan Anak-Anak? Boleh Cuba Lakukan Cara Ini…. Jangan lupa share ya
DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.
Total Pageviews
Top 20 Malaysian Parenting Blog 2018 & Top 30 Malaysian Parenting Blog 2019 & 2020 - Feedspot
lama x singgah sini... dasat betul perubahannya... after 5 years.. :D
ReplyDelete