Panduan Lengkap Bekerja Dari Rumah!

Farah Waheda Wahid
0

Hari ke-35 Perintah Kawalan Pergerakan – bermaksud 35 hari ditolak dengan 2 hari (bekerja di pejabat) bersamaan 33 hari (campur tolak bahagi darab) Kak Fa bekerja dari / di rumah. Setakat ni ok-lah – belum ada tanda-tanda tepu lagi untuk Kak Fa sebab senantiasa ada jer kerjanya yang perlu Kak Fa selesaikan. Mungkin sememangnya sebab kerja-kerja pejabat Kak Fa banyak bergantung kepada komputer riba dan juga talian Internet. Itu yang tak terasa sangat kot? Lagipun memang disiplinkan diri setiap hari dari Isnin ke Jumaat – pukul 8.00 pagi mula bekerja dan pukul 5.00 petang waktu tamat bekerja. Makanya dah jadi kebiasaan kot. Bukan kerja saja-saja dari rumah tapi lengkap dengan laporan harian yang mesti kena hantar keesokkan harinya. Pada saat wabak COVID-19 masih mengganas di seluruh dunia, ramai daripada kita yang sememangnya terpaksa kerja dari rumah. Apatah lagi sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan sedang berlangsung ini, sebarang aktiviti yang tidak penting amatlah dilarang sama sekali. Bekerja dari rumah mungkin kedengaran menyeronokkan. Tak perlu bangun awal pagi bersiap ke pejabat dan boleh melakukan kerja pada bila-bila masa. Namun, di sebalik keseronokan tersebut, wujud beberapa cabaran dan kekangan apabila kerja dari rumah sewaktu wabak COVID-19 ini giat menular. Dalam artikel ni adalah sedikit panduan lengkap bekerja dari rumah! Yang mungkin boleh membantu sesiapa sahaja bekerja dari rumah dengan lebih efisien dan menyeronokkan.

Nak pesan jer… walaupun COVID-19 sedang mengganas, ini tidak bermakna kita perlu meninggalkan segala tuntutan kerja pejabat. Kita masih boleh bersifat fleksibel dalam melaksanakan kerja. Dengan kolaborasi bersama di antara Bubblynotes.Com dan juga Hello Doktor, berikut adalah senarai panduan lengkap bekerja dari rumah untuk semua ibu bapa:

#1: Tetapkan Ruang Kerja Anda

Sediakan satu ruangan khas untuk anda bekerja di rumah. Ini adalah cara menghantar mesej yang jelas kepada otak untuk lebih fokus semasa bekerja. Jauhkan diri daripada kawasan tersebut setelah tamat waktu kerja.

#2: Sentiasa Bergerak

Jangan hadkan satu ruangan sahaja. Anda boleh siapkan kerja di beberapa lokasi lain dalam rumah anda. Ini bagi mengelakkan kebosanan dan menjaga postur tubuh.

#3: Bersedia Setiap Hari

Sebelum mula bekerja, persiapkan diri anda. Anda boleh mula dengan mandi dan bersarapan. Pakai pakaian yang selesa untuk anda bekerja. Tidak salah juga, jika anda ingin bersolek.

#4: Buat Jadual

Buat jadual harian anda agar tugas kerja dan tanggungjawab di rumah dapat berjalan dengan seiring dan teratur. Tentukan waktu bekerja dan masa untuk mengguruskan rumah tangga.

#5: Buat Pelan Pemakanan

Jangan terlalu fokus bekerja sehingga mengabaikan waktu makan anda. Dan, jangan pula anda asyik mengunyah snek sehingga kerja tertunda. Pilih makanan yang berkhasiat yang mampu menguatkan memori dan penumpuan seperti telur dan coklat gelap. Boleh cuba buat minuman sihat seperti paparan video di bawah:

#6: Bekerja dengan Bayi dan Anak Kecil

Ada anak kecil? Tiada masalah, anda boleh letakkan katil atau buaian bayi berdekatan dengan ruangan kerja. Gunakan waktu ketika bayi tidur untuk anda fokus pada kerja atau bermesyuarat secara dalam talian. Jika anak anda lebih dewasa, minta si kecil untuk sama-sama menjaga adiknya. Berikan anak aktiviti menarik untuk dilakukan semasa anda melakukan kerja pejabat. Dalam kes Kak Fa, bila Kak Fa masuk office, Yash pula masuk Google Classroom dan siapkan kerja-kerja sekolah. So Alhamdulillah. Bukan merupakan satu masalah yang besar sangat untuk Kak Fa melakukan kerja dari rumah.

#7: Beri Perhatian Kepada Keperluan Emosi Anak

Anak anda mungkin memerlukan kasih sayang dan perhatian yang lebih pada ketika ini. Oleh itu, cuba luangkan sedikit masa bersama si manja seperti menonton televisyen atau makan bersama untuk seketika. Anda gembira, anda pun tenang meneruskan kerja.

#8: Berkongsi Komputer dengan Anak

Jika anda berkongsi komputer dengan si kecil, tegaskan pada anak waktu bekerja anda. Berikan kepadanya hanya bila anda berehat atau tidak menggunakan komputer. Kalau guna sendiri-sendiri punya… Masih perlu tetapkan waktu. Macam Yash – dia akan guna netbook dia untuk Google Classroom dan Kak Fa pula memang gunakan komputer riba pejabat Kak Fa. Strictly business.

#9: Tentukan Apa Anda Ingin Dengar dan Lihat

Usah hilang fokus kerja dengan mengambil tahu terlalu banyak berita berkenaan wabak COVID-19. Tentukan jenis media yang anda ikuti dan block sebarang berita yang tidak anda gemari. Jika mahu kekal mendapat informasi terkini tentang wabak COVID-19, peruntukkan sedikit waktu untuk membaca berita.

#10: Nikmati Masa di Rumah

Mungkin situasi berada di rumah tidak sama ketika waktu normal sebelum PKP dilaksanakan. Tetapi anda masih boleh menikmati setiap waktu di rumah dengan melakukan pelbagai perkara bagi menghilangkan tekanan sewaktu bekerja, seperti melihat seketika pemandangan dari balkoni rumah anda.

#11: Kekal Berhubung

Sekiranya anda rasa memiliki tanda-tanda kemurungan atau mengalami tekanan, segera berhubung dengan profesional seperti ahli psikologi atau kaunselor secara dalam talian.



#12: Wujudkan Tempat Kerja Yang Tenang

Tempat kerja di rumah anda juga perlu berada dalam keadaan bersih dan menenangkan. Anda boleh pasang pewangi udara bagi mewujudkan ruang kerja yang menenangkan. Susun dan bersihkan ruang kerja anda setiap hari selepas tamat bekerja.

#13: Sekiranya Pasangan Anda Turut Bekerja, Bincang Pelan Terbaik untuk Anda Berdua

Berbincang dengan pasangan berkenaan cara anda bekerja. Nyatakan bila waktu anda makan dan waktu jika anda tidak mahu diganggu sewaktu bekerja.

#14: Bantu Pasangan Anda

Fikirkan cara membantu pasangan sewaktu bekerja dari rumah. Contohnya, anda boleh mengingatkan pasangan untuk menyiapkan tugasan kerja mereka. Selain itu, anda dan pasangan juga boleh bergilir-gilir untuk membuat kerja rumah.

#15: Gunakan Fon Telinga (Headphone)

Elakkan sebarang gangguan bunyi sewaktu bekerja dengan menggunakan fon telinga. Pilih senarai lagu yang boleh membantu anda fokus bekerja.

#16: Masa untuk Diri

Terdapat kemungkinan ahli keluarga di rumah mengganggu anda semasa bekerja, justeru menyebabkan tugasan tergendala. Oleh itu, cuba tetapkan sempadan waktu semasa anda bekerja. Contohnya, beritahu mereka anda perlu fokus selama 4 jam.

#17: Jangan Abaikan Diri

Bekerja di rumah tidak bermakna anda perlu 100% menumpukan pada tugasan. Jaga kesihatan fizikal dan mental sewaktu tempoh PKP ini. Berikut adalah antara senaman mudah yang boleh dilakukan di rumah:


#18: Gunakan Kaedah Pomodoro

Kaedah Pomodoro adalah teknik pengurusan masa. Anda disarankan melakukan kerja selama 25 minit dan ambil masa sebanyak 5 minit selepas itu untuk berehat. Lakukan kaedah ini sepanjang Work Form Home.

#19: Berehat Secukupnya

Setelah tamat melakukan tugasan kerja anda, ambil peluang ini untuk berehat secukupnya seperti menonton televisyen atau tidur.

Cuba kesemua tip ini sewaktu anda bekerja dari rumah. Jangan abaikan kesihatan mental dan juga fizikal anda sewaktu penularan wabak COVID-19.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Artikel ini diterbitkan di atas “content partnership” di antara hellodoktor.com dan bubblynotes.com.

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !