Panduan dan Tatacara Pembayaran ZAKAT FITRAH Secara ONLINE

Farah Waheda Wahid
1

Tahun 2019, laksanakan pembayaran zakat fitrah untuk arwah Papa dan juga untuk mama. Tahun lepas berdua, kini seorang sahaja. Alhamdulillah, Allah masih beri kesempatan untuk berbakti kepada orang yang melahirkan, membesarkan, menjaga serta mendidik Kak Fa. Cuma masih terkesan dan sayu di atas kehilangan serta pemergian arwah Papa. Terutamanya bila Ramadhan dan juga Syawal yang bakal menjelma. Perginya Papa pada 2 Syawal 1440 Hijrah. Ketat rasa dada ni wei. Al-Fatihah. Semoga Papa tenang dan damai di sana. So... Cerita tentang zakat fitrah. Sebenarnya, Kak Fa suka cara mudah bila masuk bab melaksanakan zakat fitrah ni. Bayar secara atas talian sahaja. Nak nak lagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih lagi berlangsung pada waktu kini. Kali ni, Kak Fa kongsikan panduan dan tatacara pembayaran zakat fitrah secara online untuk panduan bersama. Jika dulu biasanya ada yang melaksanakan zakat fitrah melalui kaunter zakat, nah sekarang adalah lebih praktikal secara atas talian.

Sangat pantas, sangat mudah dan sangat praktikal dengan eZakat Pay – platform transaksi kewangan secara ONLINE atau atas talian yang menghubungkan antara bank-bank dalam urusan pembayaran zakat kepada Lembaga Zakat Selangor (MAIS). Sesiapa sahaja yang mempunyai Akaun Simpanan atau Semasa dengan Agen Kutipan yang dilantik dan mendaftar sebagai pengguna kemudahan perbankan internet – boleh jer bayar zakat fitrah secara online. Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan hanya melayari portal eZakat. Tapi pastikan ya? Anda mempunyai akaun terlebih dahulu di bank-bank yang terlibat sebelum boleh meneruskan pembayaran.


Yang bagusnya, tiada pendaftaran serta bayaran untuk menggunakan E-Zakat Pay. Pembayar tidak perlu mendaftar ataupun membuat bayaran zakat melalui kaedah ini. Pembayar hanya perlu mempunyai akaun bank, mempunyai ID dan Password dan boleh membuat pembayaran secara online di bank tersebut. Tiada bayaran tambahan dikenakan, pembayar tidak dikenakan cas tambahan sekiranya membuat bayaran zakat menggunakan kaedah ini, akan tetapi terdapat had minimum iaitu RM 10.00 bagi setiap pembayaran melalui kaedah ini. Tiada pemasangan aplikasi untuk pembayaran zakat, pengguna tidak perlu memasang apa jua bentuk perkakasan untuk menggunakan sistem ini. Walaubagaimanapun pihak MEPS akan menyediakan pihak merchant (Lembaga Zakat Selangor) dengan “Seller plug-in) iaitu satu perisian keselamatan yang akan diletakkan di dalam portal LZS (MAIS) bagi menjamin keselamatan pembayaran yang dilakukan.

Bagi yang tak biasa dengan aktiviti bayar membayar secara atas talian atau online mungkin ada sedikit kerisauan… tapi jangan bimbang kerana proses pembayaran zakat fitrah secara online adalah selamat disebabkan keseluruhan transaksi di “encrypted” dengan 128 Bit SSL. Oleh itu, semua maklumat yang dihantar adalah selamat seperti membuat pembayaran di laman web bank tersebut. Pengguna juga disahkan platform perbankan internet untuk semua transaksi yang dilakukan. Selain itu, kesemua pembayaran akan dilakukan dalam “real time online” iaitu proses debit daripada bank pembayar kepada akaun pembayar akan dijalankan pada masa itu juga dan proses pengeluaran resit bayaran zakat akan dilakukan di dalam tempoh 14 hari bekerja.

Langkah Demi Langkah Pembayaran Zakat Fitrah Secara Online atau Atas Talian


Isi Maklumat Bayaran


Isikan maklumat bayaran seperti nama penuh iaitu nama penuh pengeluar zakat seperti yang tertera di dalam Kad Pengenalan, nombor Kad Pengenalan/Passport, nombor telefon, pilih jenis zakat. Bagi zakat fitrah, anda perlu memilih jenis beras yang digunakan oleh isi rumah.



Sekiranya isi rumah menggunakan beras super spesial tempatan 5%, kadar zakat fitrah adalah RM 7.00 setiap seorang. Sekiranya isi rumah menggunakan beras wangi, beras perang, beras ponni, beras putih import dan beras pulut, kadar zakat fitrah adalah RM 14.00 setiap seorang. Sekiranya isi rumah menggunakan beras basmathi, beras jepun, beras merah, kadar zakat fitrah adalah RM 21.00 setiap seorang. Kemudian pilih bilangan diri dan tanggungan. Teruskan ke proses yang seterusnya iaitu memilih kaedah bayaran.

Pilih Kaedah Bayaran


Pilih Bank



Sebelum membayar tu jangan lupa baca niat membayar zakat fitrah terlebih dahulu.



Alhamdulillah selesai sudah pembayaran zakat fitrah untuk Mama Kak Fa. Untuk Kak Fa dan Yash – suami Kak Fa-lah yang bertanggungjawab melunaskan pembayaran zakat fitrah bagi kami. Mudah kan? Elok bayar dari awal, takut-takut nanti di hujung-hujung boleh jadi terlupa ataupun talian portal pembayaran zakat jadi sesak disebabkan ramai yang berpusu-pusu untuk membayar zakat fitrah.

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !