Tinggalkan sekejap tentang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan letak tepi cerita COVID-19 di
Bubblynotes.Com sebentar – Kak Fa nak cerita tentang cantik dengan MYLARA SKINCARE! Penemuan Kak Fa yang terkini lah kan? 9 hari dah Kak Fa melantik diri sendiri untuk menjadi tikus makmal secara sukarela untuk menguji keberkesanan MYLARA SKINCARE. Makanya – masuk hari kesepuluh, Kak Fa sampai seru nak berkongsi tentang produk MYLARA SKINCARE ni berdasarkan pengalaman Kak Fa sendiri-lah. Bila dah cuba sendiri baru syok nak berkongsi cerita. Kalau tidak mana nak tau kan? Tahap mana sebenarnya keberkesanan sesuatu produk tu? Kan? Betul ke tidak? Betul kan? Kan? Kan? Kan?
Bagaimana Kak Fa Dapat Tahu Tentang MYLARA SKINCARE?
Kalau wartawan sama ada yang bertauliah atau tidak bertauliah – confirm akan tanya soalan ni. Bagaimana Kak Fa dapat tahu tentang MYLARA SKINCARE?… Kisahnya macam ni – masa-masa PKP ni selain bekerja dari rumah, buat kerja rumah, berkebun, memantau anak dengan Google Classroom, memantau anak belajar, kuatkan bonding dengan anak dan menghadiri kelas e-PJJ Kak Fa secara atas talian, adalah juga masa nak skrol media sosial. Tipulah kalau kata tak skrol media sosial kan? Lagipun – kerja bukan hakiki Kak Fa memang berkecimpung dengan media sosial. Mustahil-lah tak jenguk langsung media sosial kan?
Nak dijadikan cerita – dalam skrol punya skrol secara tidak disengajakan Kak Fa terlihat posting dari MYLARA SKINCARE melalui akaun Instagram mereka di
@mylaraskincare. Layan jugalah masa-masa PKP ni untuk isi masa terluang sedikit yang ada. Habis khatam Kak Fa baca posting MYLARA SKINCARE ni dari posting mereka yang pertama sehinggalah yang terkini. Makin dibaca makin dipanggil-panggil pula Kak Fa nak cuba sendiri. In a sense – posting MYLARA SKINCARE tu semua berjayalah pengaruh Kak Fa sedikit sebanyak. Nak nak lagi ramai yang dah mencuba dan berkongsi testimoni mereka kan? Nampak macam menarik. Ha ha ha… perempuan kan? Biasalah tu… Suka pada sesuatu yang cantik dan suka pada kecantikan. Nafsu nak cantik tu semua orang ada. Siapa yang tak nak cantik ya tak?
MYLARA Starter Kit – Basic Whitening 3 in 1
Baru nak cuba kan? Tak-kan-lah terus-terus nak beli set biasa macam tu jer. Kenalah mulakan dengan starter kit dulu. Dibuatnya kalau tak serasi nanti? Rugi jer kalau beli set biasa tu. Siapa nak pakai sisa-baki tu selepas tu? Nak bagi kawan-kawan pun takkan kita nak bagi macam tu jer kan? Sebab kita tak serasi lepas tu kita nak bagi kawan. Kawan tu pun belum tentu serasi atau tidak. Tak baiklah macam tu. Jadi tak perlu nak gopoh. Tenang-tenang ajer mulakan dengan starter kit.
Di dalam MYLARA Starter Kit – Basic Whitening 3 in 1 terdapat:
Glowing Cleanser
Fungsi glowing cleanser ni adalah untuk mencuci dan membersihkan wajah dari segala kekotoran. Cara nak guna pun mudah sahaja – gunakan cecair mengikur kadar kesesuaian dan urutkan ke serata muka. Sepanjang 9 hari Kak Fa gunakan glowing cleanser ni, Kak Fa selesa dengan bau glowing cleanser ni dan Kak Fa selesa dengan hasil penggunaannya. Selepas penggunaan Kak Fa rasa yang kulit Kak Fa tegang tetapi tidak terik. Boleh bayangkan tak apa yang Kak Fa cuba sampaikan? Ha ha ha… Tegang tetapi tidak terik bermaksud taklah rasa muka tu ketat sangat tapi boleh rasa kulit muka tegang. Yang paling Kak Fa syukur adalah ianya tidak menimbulkan sebarang kesan iritasi pada kawasan sekitar tepi hidung Kak Fa. Sebab, selalunya kalau sesuatu produk penjagaan muka dengan Kak Fa tu tak sesuai, Kak Fa akan rasa kesan iritasi di kawasan sekita tepi hidung Kak Fa. Pedih oiii….
Matte Perfect CC Cream
Fungsi matte perfect cc cream ini adalah sebagai colour corrector untuk perlindungan pada waktu siang. Macam pemakaian cc cream yang lain – calitkan krim di muka mengikut kadar kesesuaian bahagian muka dan sapukan ke seluruh muka sehingga rata. Bagi Kak Fa – ianya tidak berminyak, senang untuk disapu dengan rata dan bila dah sapu tu nampak tona kulit muka tu sekata. Kesan capuk-capuk pun tak ada. Kak Fa suka keserasian itu setakat ini, sehinggakan hari Khamis lepas Kak Fa ke pejabat sekejap pun Kak Fa tak pakai solekan. Ha ha ha…dengan penuh confident Kak Fa pergi ke pejabat hanya dengan memakai matte perfect cc cream.
Instabright Night Cream
Ini syok, sebabnya Kak Fa memang tak berapa nak gemar sangat produk-produk yang pakai teknik pengelupasan. Instabright night cream ni adalah berfungsi untuk memberikan kesan pencerahan tanpa pengelupasan. It works great so far untuk Kak Fa sebab apa yang Kak Fa perhatikan secara perlahan-lahan instabright night cream ni telah menyamakan tona kulit tidak sekata Kak Fa, sedikit demi sedikit bantu untuk memudarkan parut jerawat nakal, jeragat, kulit kusam dan juga sunburn pada muka Kak Fa. MYLARA claim yang instabright night cream ni memberikan kesan pencerahan seawal 3 hari dan membuatkan kulit glowing secara semulajadi. In which I have to agree-lah kan? Kalau tak percaya, sila lihat gambar Kak Fa yang dipaparkan tanpa filter di bawah:
Kejap… Kejap… Sabar jap… Cerita tak habis lagi… Ha ha ha… Banyak Kak Fa nak kongsi tau. Tak cukup dengan MYLARA Starter Kit – Basic Whitening 3 in 1, Kak Fa top-up lagi dengan satu produk panas dari MYLARA SKINCARE iaitu:
Perfect Glow Serum
Fungsi perfect glow serum ni adalah untuk mencerahkan kulit wajah dan juga memberikan kesan glowing. Selama 9 hari, bila masa nak pakai serum ni – Kak Fa paling suka. Tekstur serum ni more or less yang Kak Fa boleh bayangkan adalah ibarat macam hand sanitizer. Menyerap dengan mudah pada kulit wajah dan langsung tak beri rasa berminyak atau melekit. Cuma titiskan beberapa titik cecair mengikut kesesuaian ke tapak tangan dan ratakan ke seluruh muka. Misi Kak Fa nak keluar rumah dengan barenaked face dengan penuh keyakinan mungkin boleh berjaya dengan perfect glow serum ni, sebabnya dah ramai yang berjaya dah. Ha ha ha… Next… Tunggu Kak Fa pula ek?
Ada lagi ke Kak Fa? Adalah! Ha ha ha…. Next in line…
Acne Gel
Kebetulan masa memulakan quest Kak Fa dengan MYLARA SKINCARE – timbul plak jerawat kecil yang nakal… Memang saja jer kan nak bagi Kak Fa cuba dia kan… Kak Fa pun letaklah acne gel ni. Ok… cepat kecut dan tak tinggalkan sebarang tanda hitam atau parut pada muka. Kak Fa suka!
CollaRa
Secara ringkasnya CollaRa berfungsi untuk mencerahkan kulit dan atasi masalah dalaman wanita. Secara terperinci, CollaRa mengandungi 5 bahan utama di mana:
Nano Hydrolyzed Collagen
Molekul nano memaksimakan penyerapan kolagen dalam badan.
Molekul Nano Hydrolyzed Collagen lebih efektif diserap dalam salur darah kerana ikatan protein yang lebih pendek.
Sangat bermanfaat untuk kulit, tulang, sendi, rambut dan kuku.
Mixed Berries
Gabungan pelbagai antioksida untuk pencerahan maksima.
Memberi rasa yang lazat dan tidak jemu.
Turut berfungsi sebagai anti-kanser.
Pueraria Mirifica
Agen semulajadi pembesaran dan keanjalan payudara.
Mengatasi masalah senggugut dan haid tidak teratur.
Menjadikan kulit lebih anjal, cerah dan gebu.
Memberi kecergasan dan tenaga.
Daun Sirih
Mengatasi masalah angin dan lesu.
Merawat keputihan dan masalah badan/vagina berbau.
Membantu membina kembali rahim dan sistem peranakan yang sihat.
Merawat masalah jerawat dan kulit berminyak.
Susu Kambing
Lebih mudah dihadam dan diserap berbanding susu lembu.
Meningkatkan sistem imuniti badan.
Mengurangkan berat badan.
Menyeimbangkan mineral tubuh dan menguatkan tulang.
My deets on CollaRa – memang selepas Kak Fa mula mengamalkan pengambilan CollaRa – kerjanya asyik membuang angin jer… Ha ha ha… Banyak sungguh angin dalam badan ni rupanya. Nampaklah ianya berfungsi dengan baik dengan tubuh badan Kak Fa. Kak Fa amalkan dua kali sehari iaitu sebelum minum pagi dan juga sebelum tidur pada waktu malam. Ambil sesudu dan kemam jer sampai cair.
Hari ni hari yang kesepuluh Kak Fa konsisten bersama MYLARA SKINCARE. Setakat ni Kak Fa suka sebab Kak Fa dapat hasil sepertimana yang mereka claim ke atas produk mereka. Di bawah adalah paparan perkembangan tekstur kulit wajah Kak Fa tanpa filter pada hari pertama, ketiga, keenam dan juga kesembilan. Puas hati ke Kak Fa? Setakat ni puas hati.
Sekiranya berminat:
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete