6 Restoran Makanan Cina Halal Yang Mengiurkan Selera Di Sekitar Lembah Klang

Farah Waheda Wahid
2
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari SAYS.com

Sungguhlah bulan Ramadhan Al-Mubarak ni menjadi-jadi mengidam nak makan itu… nak makan ini. Macam-macam jenis selera yang terbuka. Sekejap selera Jepun. Sekejap selera Melayu. Sekejap selera Barat. Hari ni… Secara tiba-tiba terbuka selera Cina pula. Hu hu hu… Nak bayang lebih-lebih nanti boleh membatalkan ibadah puasa pula. Ihiksss… Tapi teringatlah kepada 6 restoran makanan Cina halal yang mengiurkan selera di sekitar Lembah Klang tu ha. Kalau bukan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni rasanya dah laju berdesas pergi bungkus untuk berbuka puasa dah ni. Teringat-ingat pula pada…

Mohammad Chow Restaurant

Kredit: Gambar dipetik dari Facebook Mohammad Chow Restaurant

Di antara hidangan-hidangan yang wajib cuba di Mohammad Chow Restaurant adalah Salted Egg Crab, Lemon Chicken dan Buttermilk Prawns. Hidangan goreng-goreng seperti Yong Chow Fried Rice dan Bee Hoon Singapore pun ada. Rasa memang A class.

Restoran Mohd Chan

Kredit: Gambar dipetik dari Facebook Mohd Chan Malaysia

Ini nama yang tak asing lagi ni. Ramai orang kenal dengan Restoran Mohd Chan. Memang cukup terkenal. Ada pelbagai menu, hidangan nasi dan mee yang boleh buatkan sesiapa sahaja rambang mata. Walaupun baru pertama kali mencuba. Antara menu yang menjadi pilihan ramai ialah Dim Sum, seperti Chicken Siew Mai dan Giant Chicken Bao. Sangat sedap digandingkan bersama sosnya yang manis dan pedas. Dim Sum di Restoran Mohd Chan ranggup di luar dan lembut di dalamnya, dijamin sedap!

Dolly Dim Sum

Kredit: Gambar dipetik dari Facebook Dolly Dim Sum

Kalau anda peminat Dim Sum, memang wajib cuba Dolly Dim Sum. Sangat-sangat terkenal dengan aneka Dim Sum yang disajikan. Banyak pilihan ok? Dan bagi Kak Fa, Dim Sum yang terdapat di Dolly Dim Sum adalah yang terbaik. Antaranya ialah Salted Egg Yolk Bun, Siew Mai dan Crystal Prawn Dumplings yang lazat sehingga menjilat jari!

Tung Yuen Chinese Restaurant

Kredit: Gambar dari Saji.MY

Pernah dine-in selama beberapa kali bersama rakan sekerja. Kalau sesiapa nak cuba makanan Cina yang halal dan dijamin sedap bersama keluarga atau rakan-rakan dalam suasana santai dan mewah pada masa yang sama (tapi selepas habis PKP lah ya? Jangan langgar PKP pula sekarang ni… Haippp… Kak Fa babab nanti!). Bolehlah cuba masakan makanan Cina di Tung Yuen Chinese Restaurant. Tung Yuen Chinese Restaurant terkenal dengan masakan seperti Dim Sum, makanan laut yang disediakan melalui pelbagai cara masakan mengikut citarasa pengunjung dan juga menu untuk vegetarian. Boleh dikatakan menu di Tong Yuen Restaurant sangat sesuai untuk dimakan beramai-ramai.

Homst Restaurant

Kredit: Gambar dipetik dari Facebook Homst Restaurant

Di Homst Restaurant ni – semuanya sedap. Sampaikan tak tau nak pesan menu yang mana. Kalau pilih Homst Restaurant untuk menu santapan, percayalah apa Kak Fa beritahu ni. Tak rugi apa pun. Memang sangat sedap. Ini salah satu pilihan restoran yang terbaik bagi sesiapa yang berkeinginan tekak untuk makan menu masakan Cina. Ada macam-macam jenis menu yang ditawarkan dan tips Kak Fa nak bagi, wajib cuba Tew Chem Steam Fish, Kong Po Sotong, Smoked Duck with Mantau dan Crab Meat Soup. Memang kecur air liur lah! Ha ha ha… Sabar Fa sabar…Tak lari makanan tu dikejar…

Muhibbah Seafood Restaurant

Kredit: Gambar dipetik dari Laman Facebook Muhibbah Seafood Restaurant

Sesiapa yang merupakan pencinta makanan laut dan sukakan menu masakan Cina, wajib sangatlah untuk sekurang-kurangnya sekali mencuba menu masakan Cina di Muhibbah Seafood Restaurant ni ha. Ini tempat wajib cuba untuk makan ok? Sebabnya, Muhibbah Seafood Restaurant ni sangat terkenal dengan hidangan makanan laut yang segar dan teramat sedap. Antara menu yang Kak Fa nak cadangkan anda untuk cuba adalah Butter Coconut Prawns, Baby Kailan with Salted Fish dan Ginger Scallion Beef. Eh lupa pula…Steamed Fish dan Sotong Goreng Tepung pun sama. Sotong Goreng Tepung tu memang cukup ranggup. Masakan di sini semua segar-segar belaka, Kak Fa yakin akan kena dengan tekak anda.

Teringin tapi tak boleh nak pergi… Mudah jer bagi Kak Fa. Walaupun kini, masing-masing masih lagi di dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Tak dapat nak ke sana dan ke sini. Masih ada solusi untuk keinginan anak tekak kita ni masing-masing. Tak ada Bazaar Ramadhan tak apa. Tak dapat nak ke restoran kegemaran masing-masing pun tak apa. FoodPanda kan ada? Sedia berkhidmat untuk rakyat Malaysia tak kira jua apa masa dan keadaan demi food delivery untuk kita semua. Macam-macam pilihan makanan anda. He he he… Tu jerlah kerja Kak Fa sepanjang PKP ni. Kalau teringin yang pelik-pelik mengikut selera tekak… terus guna servis penghantaran makanan sehingga ke depan muka pintu Kak Fa. Anda pun sama… Kalau rasa-rasa teringin… boleh jer guna servis penghantaran makanan. In Shaa Allah… Dapat memenuhi kehendak tekak masing-masing. Tak perlu terkulat-kulat tengok jer gambar makanan atau rasa terkilan. 

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. wow.. semua menu nmpk sedap sgt... blh la cuba

    ReplyDelete
  2. hah.. nasib jauh nun di sana... tak upaya nak capai... tapi teringin nak try authentic chinese food especially smoked duck... smoked duck ni memang famous among the chinese kan? kalau kat AFC tu, kalau tunjuk China ke, Taiwan ke Hong Kong ke mesti ada Smoked duck

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !