Senarai Aktiviti Cuti Sekolah Di Rumah Semasa Gelombang COVID-19

Farah Waheda Wahid
0
Kredit: Gambar dipetik dan diubahsuai dari sumber dari Google

14 Mac 2020 sehingga 22 Mac 2020 – cuti sekolah tiba lagi! Sembilan hari juga tu duduk di rumah tu. Hah? Duduk rumah? Hu hu hu… Iyalah…duduk rumahlah… tengah-tengah gelombang COVID-19 ni, pergerakkan memang agak terbatas dan perlu dibataskan. Paranoid weiii! Melainkan kalau sememangnya nak menjemput kan? Tak apalah nak buat macam mana kan? Better be safe than sorry bak kata pepatah. Tak dinafikan – gelombang COVID-19 pada waktu dan ketika ini sememangnya memberikan impak dari segenap segi. Rasa impak tu… Hu hu hu… Memanglah membosankan kalau terperap jer di rumah, nak nak lagi kalau tak buat apa-apa kan? Ha tulah dianya… Makanya, sekali lagi marilah pecah kepala susun dengan kreatif senarai aktiviti cuti sekolah di rumah semasa gelombang COVID-19. Kreatif tak kreatif kena paksa kreatif juga. Ha ha ha… Public Health Malaysia pun dah pesan cuti sekolah pada kali ini, sekiranya TIADA KEPERLUAN, mohon tangguhkan perjalanan anda ke negara yang berisiko tinggi. Dalam Malaysia pula, sekarang ni gelombang kedua COVID-19 sedang melanda. Jom sama-sama kita doa agar terhindar dari wabak penyakit berbahaya seperti ini. Sepertimana saranan Pengarah JAIS Mohd Shahizan Ahmad, sama-sama kita amalkan bacaan Qunut Nazilah dalam doa qunut solat Subuh.

Kredit: Gambar dipetik dari sumber Public Health Malaysia

Senarai aktiviti cuti sekolah di rumah untuk anak-anak ni mungkin sama dan mungkin berbeza bagi setiap keluarga. Sebab lain keluarga, lain caranya. Macam syarikat juga…lain syarikat lain sistem pentadbiran. Ha macam tulah. Apa yang Kak Fa fikir pada waktu dan ketika ini dan apa yang Kak Fa sibuk mencongak-congak dalam kepala Kak Fa sekarang adalah:

Tonton “Movie” Berjemaah

Bukannya tonton “movie” berjemaah genre Kak Fa tapi genre Yash lah. Boleh lakukan pada malam hari sebelum tidur di waktu hari Kak Fa bekerja dan boleh dilakukan pada hujung minggu sewaktu sedang bermalas-malasan di rumah. Ho ho ho…. Yang pasti kena siapkan kudap-kudapan untuk sesi menonton “movie” tu ha… Tapi memang dah boleh agak dah senarai “movie” Yash tu… Selama sembilan hari tu… Lapan hari “movie” Thomas & Friends dan sehari “movie” lain.

Aktiviti Melukis dan Mewarna



Water colour checked! Crayon checked! Warna pensel checked! Drawing blocks checked! Firash memang suka sangat aktiviti ni. He could spent 1-2 hours in just for this. So…Mana mungkin tak nak masukkan aktiviti ni dalam senarai. Oklah tu… As long as dia happy dan tak rasa hari dia kosong, memang ok sangat untuk masukkan aktiviti ni dalam senarai.

Sesi Bersama Teacher Mommy


Yasss…he called me Teacher Mommy… Ada beberapa areas yang nak kena diberikan perhatian. Need to work on his Bahasa Melayu language, need to work on his spelling skills dan juga rutin biasa iaitu sesi belajar bersama Teacher Mommy. Masa yang ada tu kita curi sikit untuk sesi pembelajaran. Since tak ke mana-mana kan untuk cuti sekolah ni. Ambillah peluang yang ada ni kan?

Origami

Aktiviti yang menarik dan Kak Fa bajet Firash memang akan leka dan tak sedar masa berlalu. Tried this once dan dari observation memang Firash agak leka bila melakukan aktivti ini. Iyalah… aktiviti lipat melipat kan? Something that we called craft. One of his interest at his age as well. So why not? Maka kita masukkanlah ke dalam list.

Memasak

Disclaimer: Aktiviti ini adalah dilakukan di bawah pengawasan Kak Fa

Tahun lepas Kak Fa ada terlibat dengan kempen susu formula yang mana salah satu tugasannya adalah melakukan aktiviti memasak bersama anak. Masa tu Kak Fa buat pancake dengan Firash. Suka sangat dia dengan sesi berkecah tu. Berkecah ok? Berkecah… Yerlah nak hasilkan pancake tu dengan tepungnya dengan madunya dengan buahnya semua bagai. Bab sepah menyepah ni memang kesukaan kebanyakkan budak-budak kan? Macam tulah…. Tapi tak apalah… Asalkan dia seronok dan tak terasa macam kena kurung dalam rumah kan?

Berkebun


Tangan Firash ni sejuk tau… Dah ada dua tiga pokok dekat rumah ni yang tumbuh kembang segar serta subur hasil tangan Firash. Dia pun rajin juga jaga pokok-pokok yang dia tanam sendiri tu. Kira… dia akan seronok kalau dapat main tanah ni. Ihiksss…banyak lagi kawasan dengan halaman tepi rumah tu yang boleh tanam. Biarlah dia berpeluh secara sihat sedikit selain dari main skooter dan basikal. Ok what? It’s not a bad idea at all.

Semua ni idea-idea dalam senarai aktiviti di rumah yang Kak Fa dah senaraikan. Susun jadual cecantik… pejam celik pejam celik dah buka sekolah semula kan? Pendek kata In Shaa Allah anak tak sesak nafas kebosanan sebab kena kuarantin dalam rumah disebabkan gelombang COVID-19 dan tak dapat nak bercuti ke mana-mana kan? In Shaa Allah… Everything will be ok. Amin amin ya rabbal alamin.

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !