Persediaan Kembali Bekerja Setelah PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN Berakhir

Farah Waheda Wahid
0
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

Jumaat 20 Mac 2020 – hari ketiga bekerja dari rumah (working from home). Alhamdulillah syukur pada Allah kerana setakat ini semua kerja-kerja pejabat tetap berjalan lancar untuk seorang Kak Fa. Tidak banyak perbezaan di antara bekerja dari rumah dan juga bekerja di pejabat. Mungkin sebab sememangnya kerja Kak Fa ni, 90% peratus bergantung pada komputer riba, talian Internet dan juga telefon. Sebab tu Kak Fa tak terasa sangat perbezaaannya. Cumanya dari segi nak guna photocopy machine tu agak berbeza lah. Dekat rumah mana ada mesin fotostat yang besar tu. Tapi In Shaa Allah, itu bukan alasan. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih ya tak? Ada jer pencetak HP yang boleh lakukan segalanya di rumah ni. Nak fotostat, nak scan atau nak print…In Shaa Allah masih boleh. Masa-masa sebegini tak ada masa rasanya nak berkira sangat tentang segala – yang penting kerja tu tetap sustain di situ kerana ada mulut-mulut yang perlu disuap di dalam isi rumah. Itu pandangan Kak Fa. Pandangan orang lain tak taulah bagaimana kan? Cuma, sejak dari hari pertama perintah kawalan pergerakan yang telah dikuatkuasakan Kak Fa asyik terfikir tentang persediaan kembali bekerja setelah perintah kawalan pergerakan berakhir. Seberapa sediakah kita untuk kembali bekerja setelah perintah kawalan pergerakan berakhir?  Betul tujuan perintah kawalan pergerakan ini bertujuan untuk memutuskan rangkaian COVID-19 dari terus merebak dan menjangkiti individu-individu lain yang tidak bersalah.

Keberkesanan itu, kita masih belum pasti. Tengok jerlah rakyat Malaysia ada yang masih berdegil walaupun telah diperingatkan banyak kali oleh pihak kerajaan dan juga penguasa tempatan kan? Tengok jerlah bagaimana sampai merayunya Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui perutusan khas kali kedua beliau dan bagaimana sehingga Menteri Kanan (Keselamatan) yang juga Menteri Pertahanan iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata jika keadaan memerlukan, khidmat anggota tentera boleh digunakan di kawasan kampung manakala polis menguatkuasakan perintah di bandar. Nampak tak? Macam mana ketegaq-nya sesetengah rakyat Malaysia? Tapi… secara peribadi Kak Fa sangat-sangat berdoa agar usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan Malaysia ni membuahkan hasil yang disasarkanlah kan? In Shaa Allah, amin amin ya rabbal alamin.

Rakyat Korea, Taiwan dan Singapura dipuji oleh satu dunia kerana resilience dan disiplin mereka di dalam mengamalkan jarak sosial (sosial distancing). Tidakkah kita mahu membuktikan kepada dunia bahawa orang Malaysia juga rakyat yang berkualiti yang boleh buat benda sama? Semua negara dah isytihar perang terhadap COVID. “Nous sommes en guerre” (we are at war), kata Presiden Perancis. Negara seperti Itali, Iran dan Sepanyo seolah-olah losing their fight. Sama ada kita boleh win this fight, ia bergantung kepada sejauhmana kita come together as nation, jadi rakyat yang sivik dan bertanggungjawab. Sementara kita fikir untuk survival diri dan keluarga sendiri, jangan kita lupakan hak anggota masyarakat yang lain. Jangan selfish. Jangan sapu semua barangan keperluan harian. Kalau boleh, support each other. We rise and fall as nation. Sama-sama kita bertahan sehingga 31 Mac 2020. In Shaa Allah, hari yang baru dan lebih indah akan menyusuli selepas itu.

Walaupun perintah kawalan pergerakan akan berakhir pada 31 Mac 2020 – In Shaa Allah… belum tentu isu COVID-19 ni akan berakhir. Makanya, kita tetap perlu menjaga kebersihan diri dan juga kekal selamat. Sekiranya perintah kawalan pergerakan ini berakhir pada tarikh yang telah ditetapkan, semua dari kita yang bekerja perlu meneruskan kehidupan dengan keluar dari rumah untuk ke destinasi pekerjaan kita masing-masing. Tapi kan…Sebenarnya Kak Fa harap – sekolah-sekolah akan dilanjutkan cuti mereka atas alasan…biasalah sindrom risau mak-mak kan?  Harap jer… Tak semestinya berlaku kan? Adalah beberapa persediaan yang Kak Fa buat sendiri untuk kembali bekerja seperti biasa nanti. Antaranya:

Hand Sanitizer


Yang ini…sejak dari kes Influenza A lagi Kak Fa dah memang sentiasa standby dalam beg tangan Kak Fa dan juga beg sekolah Firash. Benda wajib dalam beg kami dua beranak. Jadi memang hand sanitizer ni dah jadi BFF kami. Hand sanitizer yang dulu tak semua orang pandang kini dah jadi barang yang sangat berharga. Pergilah ke mana-mana rak pasar raya atau farmasi – boleh lihat hand sanitizer licin. Tak tinggal bekas walau sebotol pun. Sehinggakan ada resipi Cara Mudah Buat SANITIZER Sendiri yang viral di media sosial. In Shaa Allah… Setakat ni cukup stok hand sanitizer kami di rumah ni. Yang paling utama sebenarnya kerap basuh tangan dengan air dan sabun. Itu yang lebih efektif. Bukanlah sepanjang masa pakai hand sanitizer sahaja.

Sarung Tangan Latex (Latex Glove)


Kak Fa memang simpan satu kotak (100 helai) sarung tangan latex di rumah. Semalam Kak Fa buat pesanan untuk stok semula sebanyak 1 kotak. Cukuplah tu buat setakat ini. Bagi peluang orang lain pula untuk simpan stok. Dalam keadaan seumpama sekarang ini, Kak Fa rasa memang perlu sangat-sangat dah sarung tangan latex ni Kak Fa jadikan OOTD harian setelah perintah kawalan pergerakan ini berakhir. Kita takkan tahu permukaan yang kita sentuh tu sama ada bebas COVID-19 ataupun tidak. Terbaru info yang Kak Fa baca di Sinar Harian Koronavirus baru boleh bertahan beberapa hari atas permukaan… Kayu selama 4 hari, besi/baja nirkarat selama 2-3 hari, kertas selama 4 – 5 hari, tembaga selama 4 jam, sarung tangan operasi selama 8 jam, udara selama 3 jam, kotak selama 24 jam, aluminium selama 2-8 jam, kaca sehingga 4 hari dan plastik selama 2-3 hari (ada sehingga 5 hari). 

Kredit: Sumber dari Sinar Harian

Scary kan? Mau tak scary. Lepas pakai dan buka terus buang. Pakai yang baru ok?



Ketika perintah kawalan pergerakan ni pun. Kak Fa keluar beri barangan keperluan sekejap jer pun, Kak Fa pakai juga sarung tangan latex ni.

Face Mask

Kredit: Sumber dari Google

Ini kan… rata-rata farmasi dah kehabisan stok. Memang takkan jumpa face mask di mana-mana. Yang ada sekotak dekat rumah ni lah Kak Fa gunakan. Harap-harapnya by then nanti adalah stok face mask. Ada tu ada tapi harga dah jadi harga Firaun you know. Hu hu hu….

Itu dari segi barangan fizikal… Tapi apa yang Kak Fa ingatkan diri Kak Fa, yang Kak Fa patut buat setelah kembali bekerja nanti di pejabat:

Tindakan Yang Perlu Dilakukan Setelah Pulang Dari Bekerja

Jika balik sahaja dari bekerja…Bukan sombong atau tak hiraukan anak… tapi Kak Fa kena terus masuk dalam tandas, buka semua pakaian serta masukkan dalam beg plastik untuk terus dicuci. Lepas tu baru buka face mask dan sarung tangan, terus buangkan di dalam plastik khas. Tak boleh buang dalam tong sampah biasa. Virus boleh hidup jika ada perumah iaitu sisa-sisa makanan dalam tong sampah. Mandi dan cuci dengan sabun antibakteria. Lepas tu barulah boleh nak peluk cium anak tu ha.

Ini kaedah untuk hidup di zaman COVID-19 masih belum selesai menurut Kak Fa. Mungkin anda ada pengisian yang lebih menarik untuk ditokok tambah?

#stayathome #staysafe #dudukdirumah #hapusCOVID19

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !