Pemeriksaan Pranatal Ketika COVID-19, Teruskan Atau Tunda? Ibu Hamil, Sila Ambil Tahu!

Farah Waheda Wahid
0
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber artikel asal.

Hari ketiga belas ek hari ni? Ha ha ha… Dah terlampau lama sangat work from home dan dah terlampau lama sangat duduk rumah… Tepu juga sesekali weiii… So I lost count! Tiba… Rindu office pula rasanya…Ha ha ha… Biasalah tu kan? Mesti lepas ni kalau masuk office jadi pekerja yang sangat berdedikasi dan komited. Ha ha ha… Tapi sekurang-kurangnya merasa jugalah keadaan work form home di samping anak kan? Hye ibu-ibu hamil di luar sana? Sihat? Kak Fa doakan semoga anda semua sentiasa sihat. Sepanjang tempoh sembilan bulan, ibu hamil perlu melakukan pemeriksaan pranatal sama ada di klinik mahupun di hospital kan? Tetapi ketika wabak COVID-19, adakah check-up perlu berjalan seperti biasa? Ni yang Kak Fa nak kongsi serba sedikit ni tentang pemeriksaan pranatal ketika COVID-19, teruskan atau tunda? Ibu hamil, sila ambil tahu! Waktu-waktu macam ni, memang ada sejenis fobia dan trauma juga lah kan nak ke klinik atau hospital. Walaupun dengan topeng muka dan hand sanitizer tapi perasaan insecure tu Kak Fa seakan faham.

Apa Itu Pemeriksaan Pranatal?

Ia adalah 1 pemeriksaan rutin yang dilakukan pada setiap temu janji bagi memastikan keadaan ibu hamil dan bayi dalam kandungan sihat. Jika pemeriksaan dilakukan di Klinik Kesihtan Ibu & Anak (KKIA), biasanya jururawat akan bertanyakan soalan asas tentang kesihatan ibu dan pergerakan bayi.

Temu janji pemeriksaan biasanya mengikut jadual seperti:
  • Sekali sebulan hingga minggu ke-28 atau bulan ke-7 kehamilan.
  • Dua minggu sekali dalam bulan ke-8 kehamilan.
  • Sekali seminggu mulai minggu ke-37 atau bulan ke-9 kehamilan sehingga bersalin.

Tetapi ketika penularan wabak COVID-19 adakah ibu hamil perlu meneruskan pemeriksaan seperti yang dijadualkan atau menundakannya? Apatah lagi ketika di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang berlangsung serta saranan jarak sosial, sudah tentu situasi ini menimbulkan kerungsinan di hati. Teruskan atau tunda?

Di Malaysia, sehingga semalam statistik COVID-19 adalah seperti berikut:


Haruskah Teruskan Temu Janji Pemeriksaan Pranatal?

Berdasarkan panduan yang dikeluarkan oleh American College of Obstetricians and Gynecologist (ACOG), menegaskan usaha dalam mencegah penularan wabak COVID-19 mungkin memberikan kesan yang tidak diingini kepada ibu hamil. Ini kerana apabila saranan jarak sosial dan perintah kawalan pergerakan (PKP) diisytiharkan, ia akan mengehadkan akses kepada rutin pemeriksaan pranatal serta penjagaannya. ACOG mengggalakkan OB/GYN dan pihak perubatan terlibat untuk memastikan agar wanita mengandung yang berisiko tinggi diberikan penjagaan dan pemeriksaan tertentu apabila diperlukan.

Jika keadaan tidak mengizinkan ibu mengandung untuk hadir secara fizikal bagi melakukan pemeriksaan rutin, ACOG mencadangkan agar pihak perubatan melakukan pemeriksaan pranatal melalui panggilan telefon, video atau emel. 

Menurut Sarjana Senior di John Hopkins Centre for Health Security, Dr. Amesh Adalja, “Soal penjagaan kesihtan individu termasuklah penjagaan pranatal adalah sesuatu yang tidak boleh dikompromi.”.

Jadi mungkin selepas ini temu janji pranatal anda akan berlangsung secara maya, jangan terkejut, okay? Sekurang-kurangnya anda masih boleh melakukan pemeriksaan rutin dan dalam masa yang sama mencegah sebarang risiko jangkitan coronavirus. Cuma kalau betul-betul perlu tu… boleh telefon dulu pusat perubatan, dapatkan kepastian dan pergi bila betul-betul keadaan memerlukan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Artikel ini diterbitkan di atas “content partnership” di antara hellodoktor.com dan bubblynotes.com.

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !