MESTI LAWAT! | Galeri Warisan Budaya Malaysia Berskala Mikro Di MINNATURE MALAYSIA

Farah Waheda Wahid
0

Impresi pertama – unik! Impresi kedua – padat dengan ilmu dari pelbagai sudut. Ini kalau bawa anak-anak yang baru nak kenal dunia serta baru memulakan alam persekolahan ni… bagi Kak Fa memang bagus sangat-sangat. Pembelajaran secara tak langsung untuk anak-anak mengenal warisan budaya Malaysia secara komprehensif. MESTI LAWAT! | galeri warisan budaya Malaysia berskala mikro di MINNATURE MALAYSIA. Macam-macam ada ok? Satu Malaysia dihimpunkan di dalam satu galeri berkeluasan 13,000 kaki persegi. Apa sahaja yang ada?

Peta Lokasi MINNATURE MALAYSIA


Senang jer nak cari MINNATURE MALAYSIA ni. Pergi ke Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur dan kemudian naik Tingkat 1. Terletak di Jumpa @ Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur. Di dalam MINNATURE MALAYSIA, terdapat lebih dari 100 bangunan warisan dan ikonik Malaysia dan lebih dari 10,000 miniatur. Nampak jer macam kecil, tapi bila masuk ke dalam MINNATURE MALAYSIA, macam-macam boleh lihat dan belajar.

Sejarah MINNATURE MALAYSIA

Idea galeri miniatur ini bermula pada tahun 2008 dan semenjak itu ia telah berkembang secara berterusan untuk meneroka dan membangunkan identiti itu. Visi MINNATURE MALAYSIA adalah untuk menunjukkan kepada dunia tentang kehebatan budaya serta warisan Malaysia yang mungkin saja belum diketahui oleh sesetengah umum. MINNATURE MALAYSIA adalah MALAYSIA yang digambarkan di dalam satu perspektif baru untuk menjadikan ianya mudah untuk difahami. Setiap diorama atau paparan pameran mempunyai kisah tersendiri. Setakat ni, sepanjang pengetahuan Kak Fa – kita takkan jumpa dekat mana-mana galeri miniatur seumpama ini dalam Malaysia. Hanya di MINNATURE MALAYSIA. Tu sebab Kak Fa kata MESTI LAWAT!

Taste of Malaysia







Bahagian pertama di dalam MINNATURE MALAYSIA adalah siri Taste of Malaysia, di mana MINNATURE MALAYSIA mempamerkan hasil tangan unik makanan-makanan Malaysia di dalam bentuk miniatur. Makanan tradisi turun-temuran, gambaran suasana gerai makanan tepi jalan, warung di Malaysia pada satu waktu dan ketika dahulu. Penghasilan miniatur makanan tu kan…pada Kak Fa, memang memerlukan tahap kesabaran serta ketabahan yang sangat teliti. Hu hu hu…Hasil dia super real ok!

Minis in the Glass Wall









Seumpama akuarium – suasana yang dihasilkan memang sangat-sangat hidup. Suasana kehidupan kampung di Malaysia pada satu waktu dan ketika dulu seperti, pasar rakyat, warong kampung, sawah padi, perkampungan nelayan dan juga kepelbagaian suasana.

The People of Malaysia


Malaysia ini unik, terdiri daripada pelbagai etnik dengan keunikan pakaian tradisi masing-masing. Masih di dalam proses untuk melengkapkan sebanyak 50 set untuk dipertontonkan kepada umum.

Senibina Warisan atau Heritage Architecture







Bahagian keempat adalah Heritage Architecture and Buildings of Malaysia. Inspirasi utama adalah untuk memelihara bangunan warisan Malaysia di dalam bentuk mini supaya orang awam dapat datang dan menyaksikan warisan  sejarah dan budaya Malaysia. Setiap negeri di Malaysia dipamerkan dan dari semasa ke semasa bangunan baru akan dibina oleh MINNATURE MALAYSIA bagi melengkapkan koleksi ini.

Dari segi yuran masuk juga, mampu milik. Jadi semua orang mampu untuk melawat MINNATURE MALAYSIA. Buat masa dan ketika ini, bersempena dengan pra-pembukaan MINNATURE MALAYSIA, harga tiket promosi bermula dari 29 Februari 2020 sehingga 13 Mac 2020 ini adalah:

Harga Promosi Tiket Dewasa
RM 15.00 (Harga Biasa: RM 25.00)

Harga Promosi Tiket Kanak-Kanak Berusia 4 sehingga 12 Tahun
RM 10.00 (Harga Biasa: RM 20.00)

Harga Tiket Kanak-Kanak di bawah 4 Tahun adalah PERCUMA.

Alamat MINNATURE MALAYSIA:
Minnature Malaysia
Jumpa @ Sungei Wang Plaza
MUF-1, Level 1
Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur

No. Telefon:
+601110099374


Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !