KEIBUBAPAAN | Bantu Anak Kuasai Ejaan atau Spelling Dengan Kaedah Lama

Farah Waheda Wahid
0
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber yang dipetik dari Google

Tidak ada mak tidak ada ayah – tidak adalah kita di dunia. Tidak ada guru  - tak jadilah kita yang seperti yang sekarang ini ya tak? Kak Fa tak tau di mana Cikgu Normah sewaktu Kak Fa berada di dalam Darjah 1 Dahlia di Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Gurney 2, Kuala Lumpur dulu sekarang ini. Cumanya… Cikgu terima kasih kerana telah mendidik saya dengan baik. Cara didikan cikgu tu saya masih ingat sehingga kini dan walaupun itu adalah kaedah yang digunapakai pada tahun 1989 tetapi secara peribadinya sebagai seorang ibu saya rasakan kaedah cikgu itu masih relevan. Itulah cerita KEIBUBAPAAN | Bantu anak kuasai ejaan atau spelling dengan kaedah lama. Cerita Kak Fa dengan Firash lah ni. Ha ha ha… Kisahnya Kak Fa mengajar Firash untuk menguasai ejaan atau spelling. Nampak tak permainannya di situ? Walaupun dah 31 tahun – impak cara didikan dan didikan Cikgu Normah tu pada Kak Fa masih terkesan sehingga kini dan secara tak langsung kan… Cikgu Normah tu masih berbakti mendidik sehingga kini. Kenapa? Sebab ilmu yang dia beri pada Kak Fa, Kak Fa turunkan pula pada Firash.

Kredit: Sumber dari Google


Siapa Cikgu Normah?

Cikgu ni Normah ni guru kelas Kak Fa semasa Kak Fa berada di Darjah 1 Dahlia di Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Gurney 2, Kuala Lumpur pada tahun 1989. Cikgu Normah mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia. Pada waktu dan ketika itu Bahasa Melayu dipanggil Bahasa Malaysia. Diam tak diam dah 31 tahun dah moment itu berlalu. Karakter Cikgu Normah ni, dia cakap memang nyaring. Garang? Nak kata garang pun tidak sebab dia baik. Nak kata lembut pun tidak. Tapi dia tegaslah. Kalau keluar suara dia, he he he…memang Kak Fa berdebar-debar jer dada walaupun tak pernah kena marah pun dengan dia. Cikgu Normah ni buddy-buddy dengan Nek Ma Firash sebab masa Kak Fa sekolah dulu, Nek Ma Firash rajin jenguk dekat sekolah, jumpa cikgu dan tanya perkembangan semasa Kak Fa. So, memang tak payah haraplah kau nak perangai kan? Bila mak kau selalu jer jumpa cikgu tanya perkembangan semasa kau di sekolah. Jangan gatal-gatal nak buat perangai. Ada benda tak kena jer siap kau… Ha ha ha…Iyaaa…Tak tipu… Memang Nek Ma Firash tak payah nak tunggu sampai perjumpaan ibu bapa ok? Memang senantiasa jer dia rajin nak jumpa cikgu-cikgu Kak Fa di sekolah.

Nak dijadikan cerita – Cikgu Normah ni rajin buat sesi ejaan seminggu sekali. Hari yang jadi pilihan dia untuk buat ejaan, kebiasaannya adalah pada hari Jumaat. Kira-kira macam test ejaan anak-anak murid lah. Kaedahnya setiap kali sesi ejaan, keluarkan buku dan tuliskan ejaan sebanyak sepuluh sebutan yang Cikgu Normah sebut. Lepas siap tu, semua anak-anak murid kena hantar buku untuk disemak oleh Cikgu Normah. Selepas semakan dibuat dan ada kesalahan pada ejaan – sesiapa yang ada salah eja…Masa tulah rasa macam nak patah tangan…Ha ha ha…. Buat pembetulan! Setiap kesalahan seratus kali kau kena tulis balik dalam buku. Genapkan seratus kali ok? Macam manalah tak terkesan moment tu sampai sekarang? Haruslah ingat…Ha ha ha… Kalau korang rasanya akan ingat tak sampai sekarang moment macam tu? Kak Fa ingat ok…Dengan sangat jelas. Sebab pernah rasalah…Kalau tak pernah rasa mana nak ingat kan? Ahaksss…

Kaitan Dengan Firash?

Firash kan sekarang Darjah 1. Kak Fa ni bukan pendidik professional yang ada kelulusan pendidikan tapi Kak Fa cubalah yang terbaik untuk bantu dan beri sokongan yang diperlukan oleh Firash. Hari-hari otak ni ligat jer berputar memikiran cara bagaimana yang sebaik mungkin Kak Fa boleh sokong Firash di dalam proses pembelajaran Firash di sekolah. Kak Fa cuba mencari solusi yang terbaik yang tidak membebankan dan menyusahkan Firash. Erkkk..tak adalah kata tak menyusahkan langsung. Kena ada sikit-sikit juga cara yang menyusahkan. Nak belajar kan? Nak ilmu kan? Mana ada jalan pintas… Memang kena berkorban sikitlah. Ihiksss… Ada orang tak suka pendekatan sebegini tapi bagi Kak Fa ada baiknya dalam patah-patah tangan tu ha…. Kiasan jer patah tangan tapi tak pun sebenarnya… Penatlah kena tulis banyak-banyak kali perkataan… Tapi kan…The beauty of it…Lama-lama kita akan ingat sebab kita dah tulis perkataan tu berulang-kali, beratus-ratus…So the next time… In Shaa Allah…Bila ada sesi ujian ejaan atau spelling, kita secara automatik akan ingat dah ejaan yang betul.

Mungkin saja ada yang mengatakan salah pendekatan Kak Fa ni… Tapi sejujurnya kini Kak Fa dah mula lakukan kepada Firash sekali sehari atau selang sehari. Memang setiap hari akan ada sesi ujian ejaan atau spelling bersama Teacher Mommy panggilnya Firash. Setiap yang salah kena denda tulis semula lima puluh kali. Nampak tak? Kak Fa tak keras sangat macam Cikgu Normah lagi. Ha ha ha…Kita mulakan dengan lima puluh kali dulu. Esok naik Darjah 2 atau bila-bila perlu, Kak Fa up seratus kali. Entah…Kak Fa rasa itu caranya yang paling berkesan untuk Kak Fa sokong Firash dari penguasaan ejaan atau spelling. Alaaa..bukannya ambil masa lama pun untuk setiap sesi ujian ejaan… It took less than one minute pun. Untuk denda… Kita bagi kelonggaran pada Firash untuk siapkan keesokkan harinya pada bila-bila masa yang bersesuaian. Selalunya akan terjadi sebelum ke sekolah since he got quite a bit of time before schooling.

Kids don’t remember what you try to teach them. They remember what you are. This business of training and educating little humans for life is a mind-boggling process…

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !