Cara Mudah Buat SANITIZER Sendiri

Farah Waheda Wahid
2
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

Strike pertama – Influenza A. Strike kedua – COVID-19. Semakin hari semakin membiak statistik dan pada waktu serta ketika ini, yang kritikal adalah stok topeng muka dan juga hand sanitizer yang kebanyakkannya dah kosong di rak-rak farmasi dan pasaraya. Barang laku keras sekarang ni. Pantang jumpa. Kalau dulu orang tak pandang topeng muka kecuali pada musim jerebu serta influenza, kalau dulu orang tak pandang hand sanitizer kecuali pada musim influenza, sekarang ni – semua orang berpusu-pusu nak mendapatkan dua barang ni. Sehinggakan harga pun naik dengan jayanya kan? Bukan murah sanitizer di zaman COVID-19 ni ha. Boleh tahan juga. Topeng muka pula – dalam satu paket ada 5 keping macam tu. Ada juga yang 10 keping Kak Fa jumpa. Kuantiti stok sangat terhad. Tu yang jadinya timbul perkongsian tentang cara mudah buat SANITIZER sendiri. Bukan idea Kak Fa lah pastinya tetapi idea dari laman media sosial Facebook. Baguslah… good things are to be shared kan?

Statistik terkini COVID-19 di seluruh dunia setakat jam 6.00 petang yang dikeluarkan oleh WHO (12 Mac).

Kredit: Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia


Ringkasan kes COVID-19 di Malaysia (sehingga 12 Mac 2020, 4.00 petang).

Kredit: Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

Belum nampak lagi tanda-tanda akan berakhir setakat ke hari ini. Yang membimbangkan adalah semakin meningkat. Teringat kepada pembacaan mengenai Bill Gates pernah ramal kemunculan super virus di mana pengasas syarikat komputer terbesar dunia Microsoft, Bill Gates pada April 2018 pernah meramalkan kemunculan satu super virus yang mampu membunuh 30 juta manusia di dalam masa enam bulan. Tentunya teringat… Nabi Muhammad SAW pernah mengkhabarkan mengenai peristiwa akhir zaman yang mana akan berlaku penyebaran wabak terlebih dahulu. Scary kan? Bila fikir-fikirkan balik? Balik pada yang satu… Jom kita sama-sama usaha untuk mempertingkatkan amal ibadah kita ke tahap yang lebih baik. In Shaa Allah.

Back to our topic… memandangkan kepada kepayahan mendapatkan stok SANITIZER yang semakin menipis di pasaran dan it will take some time for new production to release (dengan harapan pengusaha SANITIZER dapat keluarkan lebih banyak produksi stok…he he he)… Marilah kita fikir-fikirkan dan timbang-timbangkan opsyen untuk buat SANITIZER sendiri. Sesuai sangat kot untuk anak yang pakai SANITIZER macam tuang air… Hu hu hu… Ya… Kak Fa ada masalah ni sekarang dengan Yash ni. Bekalkan SANITIZER – sebotol dalam beg sekolah. Sehari dah habis chuolls… Huwaaaa… Sebotol SANITIZER RM 7.90 macam tu… Harga masa sekaranglah, sebab dekat tempat tu jer boleh beli kan? Kena 5 hari sekolah? RM 39.50 seminggu untuk SANITIZER jer! Amboiii Mommy calculative sungguh. Haruslah calculative… Hu hu hu… Walaupun mampu nak membeli tapi masih boleh berjimat kan? Mommy pun pakai sebotol SANITIZER almost two weeks plus or nearly a month. Selagi boleh berhemah kita berhemah. Cuba sebaik mungkin untuk tak membazir macam tu.

Ini perkongsian seorang jurutera Ir Abdul Rahman Bahasa :



Bahan-Bahan:
1. Dettol
2. Sterile Water

Cara Pembuatan:
1. Campurkan 20% Dettol, 80% Sterile Water
2. Makanya, jika nak buat 100 ml hand sanitizer guna sukatan ini…. 20 ml Dettol, 80 ml sterile water.
3. Kalau nak buat 50 ml hand sanitizer guna sukatan ini…. 10 ml Dettol, 40 ml sterile water.
4. Boleh sukat guna picagari atau lain-lain alat sukatan yang bersesuaian ya.
5. Kemudian, masukkan dalam botol spray. Boleh guna botol-botol spray kosong yang ada.

Cumanya, ikutkan farmasi, FORMULA INI HANYA SESUAI UNTUK ORANG DEWASA DAN KANAK-KANAK UMURNYA 10 TAHUN KE ATAS JE TAU. INI DISEBABKAN ATAS FAKTOR KETEBALAN KULIT.

Dettol kan… Kesannya boleh dikatakan agak kuat juga. Takut kulit anak-anak yang bawah 10 tahun tak tahan. Tu jer. Bolehlah cuba ni. Jimat pun jimat. Kami di pejabat Kak Fa pun nak mencuba teknik ni dah sebab susah nak dapat stock SANITIZER. Ihiksss mentang-mentang baru keluar meeting QHSE tentang COVID-19 hari ni kan? Tapi betullah tu… dah diisytiharkan sebagai pandemik pun. Memang semua perlu senantiasa jaga kebersihan diri dari semasa ke semasa. Selagi boleh hindarkan sama-samalah kita hindarkan. In Shaa Allah..Amin-amin ya rabbal alamin. Semoga COVID-19 cepat nyah dari muka bumi ni.

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !