Tips Penjagaan Selepas Bersunat Atau Berkhatan Dan Komplikasi Berkhatan Atau Bersunat

Farah Waheda Wahid
2
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber asal di Hello Doktor.

Ada kawan-kawan Yash yang dah pun selamat berkhatan atau bersunat sewaktu cuti sekolah akhir tahun yang lalu. He he he… Kalau ikut-ikutkan hati, Kak Fa nak jer khatankan Firash sewaktu cuti sekolah akhir tahun lepas tapi… biasalah ada bantahan! Ramai yang dok cakap…nanti-nanti dululah kecil sangat lagi, awal sangat lagi, tak sesuai lagi dan sebagainya. Memandangkan Kak Fa ni tak selfish dan mengambil kira pandangan dari pelbagai sudut dan memandangkan tak ada masalah “buta” bebird atau masalah lain yang memerlukan Yash bersunat terlalu awal – Kak Fa pertimbangkan dan oklah kita tunggu dulu. Cuma nak cakap satu jer… Ha ha ha… I am his mom and I know how… Ni sok-sok kalau khatan ni nak kena tidurkan ni. Kalau tak memang masak berapa oranglah nak pegang dia ni. Ha ha ha…. Memanglah elok kalau berkhatan awal tapi nak buat macam mana kan? Ihiksss tiba-tiba terfikir – kalau Kak Fa taulah begini – masa lahir lagi Kak Fa terus khatankan. Fikiran mak-mak, lagi cepat selesai lagi senang kerja. Ha ha ha… Tapi again tak boleh selfish. Tak apalah nanti sampailah masanya tu cuma sekarang kena banyak belajarlah tentang tips penjagaan selepas bersunat atau berkhatan dan komplikasi berkhatan atau bersunat. Nak kenalah ambil tahu dan belajar memandangkan belum pernah ada pengalaman. Dah kita mak, kita kenalah ambil tahu, sekurang-kurangnya esok lusa bila berhadapan kita tak adalah perlu terlalu bergantung pada orang lain ya tak? Sekurang-kurangnya kita dah equip diri kita dengan knowledge ya tak?

Sebelum-sebelum ni pun memang dah ada beberapa entri Kak Fa di dalam Bubblynotes.Com tentang berkhatan atau bersunat ni, seperti KHATAN: Perbezaan Antara Cara KONVENSIONAL Dan MODEN, Informasi Tentang Khatan Anak Lelaki, Firash Tak Nak Sunat!, Persiapan Yang Patut Dilakukan Oleh Mak Ayah Jika ANAK PERTAMA Yang Nak Berkhatan, Menghilangkan Rasa Takut Berkhatan Di Kalangan Anak-Anak dan Kebaikan Khatan Anak Lelaki Lebih Awal. Kira-kira memang dah banyak kali juga dah Kak Fa bercerita tentang khatan atau sunat anak lelaki ni. Ha ha ha… Kali ni belajar pula bagaimana nak menjaga dan juga fahamkan mengenai komplikasi.

Sepertimana yang dikongsikan oleh artikel yang dimuatnaik oleh Hello Doktor di SINI:

Tips Penjagaan Selepas Bersunat atau Berkhatan

Selepas selesai prosedur bersunat atau berkhatan, mestilah ada cara penjagaan yang perlu dilakukan untuk memastikan luka cepat kering. Jom ketahui apakah cara penjagaan selepas bersunat atau berkhatan yang perlu dilakukan.

Buka Balutan

Di dalam tempoh selepas 48 jam atau dua hari selepas berkhatan atau bersunat, tips penjagaan selepas berkhatan atau bersunat yang pertama adalah untuk memastikan luka balutan gauze dibuka. Untuk dua hari pertama, perlu dipastikan hujung lubang penis dibasuh dengan bersih setiap hari membuang air kecil.

Cucian Luka

Selepas menanggalkan balutan gauze itu, luka pada penis perlu dicuci dengan rapi. Proses ini dinamakan sebagai wound dressing. Luka khatan atau sunat boleh dicuci dengan cecair normal saline yang dijual di farmasi atau klinik. Cucian perlu dilakukan tiga hingga empat kali sehari. Keadaan bahagian yang luka khatan atau sunat tersebut perlu sentiasa kering.

Jangan Kopek

Bahagian kuping luka perlu dipastikan tidak digosok atau disental dengan kuat. Kuping itu kebiasaannya akan tertanggal dengan sendiri apabila ia selalu dicuci dan terkena air semasa mandi.

Kuping Melekat

Jika kuping luka melekat dan tidak tertanggal, terdapat dua langkah yang boleh dilakukan. Pertamanya adalah dengan merendam penis anak ke dalam bekas kecil berisi cecair normal saline untuk tempoh tiga hingga lima minit dan diulang tiga ke empat kali sehari.

Bengkak

Selepas berkhatan adalah menjadi kebiasaan untuk penis anak menjadi sedikit bengkak. Keadaan bengkak itu juga dikenali sebagai bentan dalam kalangan kaum melayu. Walaupun situasi ini adalah biasa untuk berlaku tetapi terdapat beberapa simptom dan gejala yang perlu diperhatikan, seperti:

  • Bengkak terlalu besar.
  • Kulit sekitar kawasan bengkak menjadi kemerah-merahan.
  • Terdapat cecair likat seperti nanah.
  • Rasa berdenyut dan sakit.
  • Terasa sakit ketika membuang air kecil.
  • Kawasan luka berdarah.
  • Demam.

Jika berlaku simptom di atas, anak berkemungkinan besar mengalami jangkitan. Sila berjumpa dengan doktor dengan segera.

Pemakanan

Adalah menjadi satu kebiasaan untuk mendengar mengenai pelbagai petua selepas berpantang, namun sebaiknya pastikan anak tetap diberikan makanan berkhasiat dan bernutrisi. Ia adalah untuk memastikan luka segera sembuh. Pastikan berikan air kosong yang mencukupi supaya kekal hidrasi.

Komplikasi Berkhatan atau Bersunat

Pendarahan

Jika berlaku pendarahan lakukan gentle compression. Sekiranya pendarahan berterusan, pastikan anak dibawa untuk berjumpa dengan doktor pada kadar yang segera untuk menghentikan pendarahan.

Jangkitan Kuman

Pastikan tempat pembedahan sentiasa bersih untuk mengelakkan jangkitan kuman, jika berlaku perlu mendapatkan rawatan doktor.

Kecederaan Pada Penis

Situasi ini mesti dielakkan dengan melakukan prosedur dengan cermat, sebarang kecederaan mesti dirawat dengan segera bagi mengelakkan komplikasi lebih serius.

Masalah Air Kecil

Sekiranya anak menghadapi masalah air kecil selepas berkhatan atau bersunat, mereka perlu mendapatkan rawatan doktor dengan segera.

Dikatakan, sebenarnya penjagaan selepas berkhatan atau bersunat adalah mudah sekiranya yang menjaga mengikut nasihat dan saranan daripada doktor. Dalam masa yang sama pastikan anak mengambil ubat yang diberikan doktor mengikut masa yang ditetapkan.
Artikel ini diterbitkan di atas “content partnership” di antara hellodoktor.com dan bubblynotes.com.

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. terima kasih atas perkongsian. sangat bermanfaat ^_^

    ReplyDelete
  2. Teringat pulak masa anak sy kena sunat. Bayi perempuan, so sunat masa dia 3 ke 4 bulan mcmtu. Padahal sikit jeee doktor sunat, bukan mcm budak lelaki. Tp mak dia over sampai nak menangis dlm bilik doktor hahahaa

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !