Orangnya 16.3 Kilogram Sahaja... Tapi Beg Sekolah? Sampai Terhuyung-hayang Membawanya...

Farah Waheda Wahid
1

Bila di rumah, nampak macam dah besar sangat dah. Nampak macam abang-abang. Ha ha ha... Tapi bila berdiri sama rata di kalangan kawan-kawan hampir sebaya di sekolah, bila di kalangan kawan-kawan hampir sebaya di sekolah - memang confirm nampak Yash kecik molek jer... Sampaikan cikgu, mak-mak yang sama-sama ambil anak masing-masing dari sekolah tu kata nampak Yash macam tadika atau baby lagi. Hua hua hua... Nak buat macam mana - hakikatnya kalau ikut bulan baru jer berusia 6 tahun 2 bulan. Itu bab susuk fizikal. Ini nak masuk bab beg sekolah pula ni... Ha ha ha... Orangnya 16.3 kilogram sahaja...tapi beg sekolah? Sampai terhuyung-hayang membawanya ok? Hurmmm... Bukan masalah baru pun masalah beg sekolah berat ni... Dah berkurun-kurun dah pun kan?

Kesian tu memang kesian bila tengok kanak-kanak yang masih kecil menggalas beg sekolah yang terlampau berat sampai ada yang sudah terbongkok-bongkok menampung keberatan dan sampai ada yang sudah mencecah bawah punggung. Silap haribulan pemilihan beg sekolah yang salah boleh mengakibatkan sakit leher, sakit belakang dan masalah tulang belakang seperti skoliosis dan kyphosis.

Cara Memilih Beg Sekolah Kanak-Kanak Yang Betul


Terlanjur cerita tentang kisah beg sekolah Iyash ni kan? Kita selit sekali dengan sedikit tips dan juga panduan memilih beg sekolah kanak-kanak yang betul sepertimana yang dikongsikan oleh laman web The AsianParent Malaysia di SINI:

Jenis Beg Sekolah

Beg sekolah tersebut mestilah mempunyai tali penyandang dan ada pelapik span, tapi penyandang yang mempunyai klip penyambung di bahagian hadapan adalah digalakkan.

Dalaman Beg Sekolah

Bagi ruang dalam beg sekolah kanak-kanak pula, perlu mempunyai pembahagi ruang atau jalur pengikat supaya buku boleh disusun rapi serta diletakkan berhampiran pada kawasan atau ruang yang dekat dengan tubuh si pemakai.

Saiz Beg

Saiz sesebuah beg galas juga memainkan peranan yang sangat penting, di mana bahagian atas mestilah berada di paras belikat dan bahagian bawah hanya berada di lengkung pinggang. Sekiranya bahagian bawah mencecah punggung, itu bermakna beg terlalu besar.

Teknik Menggalas Beg Yang Betul dan Tepat

Perkara pertama yang perlu ibu bapa tahu adalah berat beg dan isinya yang tidak melebihi daripada 15% daripada berat badan si pemakai.

Contohlah Iyash kan? Berat Iyash 16.3 kilogram. Makanya berat beg mestilah tidak melebihi 2.45 kilogram. Jikalau ada muatan yang lebih tu, makanya Iyash kena bawa dengan tangan atau lekap di dada. Gituhhh...

Teknik yang seterusnya adalah tali penyandang mestilah dipendekkan sehingga beg betul-betul rapat dengan tubuh dan tidak melondeh ke bawah. Ia bertujuan bagi memastikan bebanan tertumpu hanya sebelah bahagian tubuh sahaja. Ini kerana, beban yang tidak simetri boleh menyebabkan skoliosis.

Cadangan yang Kak Fa ada bolehlah cuba dapatkan beg sekolah dengan rekabentuk ergonomik untuk anak.


Tipulah kalau Kak Fa kata, Kak Fa boleh tutup sebelah mata macam tu jer bila mengenangkan beg sekolah Yash yang berat tu dan bila terbayang-bayang macam mana dia terhuyung-hayang nak stabilkan badan sambil bawa beg sekolah tu. Hurmmm... Banyak dah Kak Fa belajar sejak jadi mak 6 tahun 2 bulan yang lepas. Salah satunya kemahiran untuk sedapkan hati yang tak berapa nak sedap. Ha ha ha... Semakin hari semakin diasah skil tu walaupun kadang-kadang gagal.

Kak Fa cuba fikir positif jer di mana bahawasanya:

"Ok... berapa lama Yash galas beg? Seharian suntuk? Sejam secara berterusan? Macam tak jer kan? Masa berapa lama anak-anak menggalas beg turut mempengaruhi. Kalau untuk seketika - kira still ok kot? Kan?"

"Masa diri sendiri Darjah 1 dulu pun...Beg berat ya ampun... Merasa jugak...Hu hu hu"

"To my understanding lah... As per article HERE, skoliosis ialah penyakit bawaan sejak kecil atau kecacatan kelahiran."

Lepas beberapa minggu sekolah - solve ke masalah beg berat Iyash? Honestly, masa memula ikut jadual waktu tu memang Kak Fa akui terlalu berat sampaikan Kak Fa sendiri rasa macam nak cuti nak hantar dia sampai ke kelas ok? Tapi kerja nak jadi apa pula ya tak? Mana boleh nak habiskan cuti semata nak tolong pikul beg sekolah anak? Ha ha ha... Tak pernah dibuat dek orang. Anak orang lain pun sama jer. Tulah yang Kak Fa fikir.

Tapi as time goes by... nampak improving lah... Cikgu dah mula ambil beberapa buku latihan, buku aktiviti. Bila banyak buku yang cikgu dah mula ambil - tahap keberatan beg sekolah Iyash tu still bearable and reasonable pada Kak Fa.

Selesa tak selesa, suka tak suka - tetap kena pikul dan galas beg sekolah tu juga kan? Kita tak boleh selalu ada dengan anak-anak kita. Jadi suka tak suka, kita kena terima dan redha. Kita kena fikir yang baik-baik jer. So yang baik-baik akan datang pada kita betul tak? Ihiksss. Ayat cuba jadi positif. Tapi betullah... Kak Fa yang kemas beg sekolah Yash. Semakin lama sekolah semakin banyak buku yang cikgu tolong simpankan. Jadi berkuranglah beban dalam beg sekolah tu sikit.

Cuma bila ambil dia balik dari sekolah tu, memang cepat-cepat Kak Fa ambil beg sekolah dia dan pikul untuk dia. Kak Fa tak biarkan dia pikul sendiri sampai kereta. Tak sampai hati tu tetap hado kannn? Ha ha ha....

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. beg sekolah anak2 masa darjah 1 dan 2 memang terasa beratnya. masuk darjah 3 ni alhamdulillah dah kurang banyak jugak la :D

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !