KEHAMILAN | Ciri-Ciri Kontraksi Sebenar

Farah Waheda Wahid
2
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

Jujur – Kak Fa tak dapat bayangkan bagaimanalah sebenarnya rasa kontraksi tu kan? Walaupun pernah hamil dan pernah melahirkan seorang hero… Fakta! Kak Fa tak pernah rasa sakitnya kontraksi itu bagaimana. Kak Fa cuma tau ianya sakit. Sakit yang Kak Fa bayangkan sakit yang amat. Hu hu hu… Besar pengorbanan seorang ibu di dalam proses melahirkan anak kan? Setiap ibu ya. Termasuk yang tak pernah merasa sakit kontraksi tu bagaimana sebenarnya. Eh? Kenapa pula Kak Fa? Tak pernah rasa sakit kontraksi? Yang dah lama ikuti blog Kak Fa taulah sebab apa. Yang baru tu… Sebab Kak Fa melalui proses melahirkan seorang hero melalui pembedahan terancang disebabkan oleh komplikasi. Tak sempat nak rasa kontraksi semua bagai tu. Tau-tau jer tarikh pembedahan dah dipilih, bersedia dan masuk bilik bedah dan terus melahirkan. Begitulah kisahnya. Jadi? sebenarnya dalam KEHAMILAN | ciri-ciri kontraksi sebenar tu bagaimana ya?

Jangan terkeliru di antara kontraksi sebenar dan juga Braxton Hicks. Jom lah kita kenali kontraksi bersalin. Ini penting, lebih-lebih lagi bila dah dekat dengan tempoh jangkaan bersalin (due date). Note that – Kontraksi berlaku seawal trimester kedua dikenali sebagai Braxton Hicks. Ini adalah kontraksi PALSU yang bertujuan untuk mempersiapkan tubuh badan untuk menghadapi proses melahirkan yang sebenar. Ada yang menggambarkan kontraksi bersalin adalah seakan-akan senggugut. Kontraksi bersalin adalah keadaan di mana otot uterus yang menguncup dan meregang. Ia digambarkan seperti rasa memulas yang bermula daripada bahagian belakang dan membawa ke bahagian hadapan abdomen. Ada juga yang mengatakan kontraksi bersalin adalah seperti tekanan pada bahagian belakang.

Tempoh Kontraksi

Untuk ibu kali pertama atau pertama kali bersalin secara normal, kontraksi sukar untuk dibezakan dengan perkiraan kasar. Maka, langkah-langkah tertentu perlu diambil untuk mengenal pasti kontraksi yang dirasakan. Antara langkah yang perlu diambil adalah seperti berikut:

Kredit: SINI

Jangkamasa

Anda boleh membezakan antara kontraksi hendak bersalin dan Braxton Hicks dengan cara mengira sela masa antara kontraksi pertama dan kontraksi kedua. Sekiranya ia menunjukkan bacaan masa yang berbeza dan tidak teratur, maka ia adalah kontraksi Braxton Hicks. Kontraksi sebenar akan berlaku dalam jarak masa lima minit dengan kontraksi berikutnya. Ia akan berlaku teratur dan setiap kontraksi berlangsung selama kira-kira 60 saat.

Catatan

Catat masa dan tempoh kontraksi berlangsung pada sekeping kertas untuk membolehkan anda mengenal sama ada kontraksi palsu atau sebenar. Contoh catatan kontraksi bersalin adalah seperti berikut:

WAKTU TEMPOH KONTRAKSI
  • 10:00 pagi 45 saat
  • 10:10 pagi 45 saat
  • 10:15 pagi 55 saat
  • 10:20 pagi 55 saat
  • 10:25 pagi 60 saat
  • 10:30 pagi 60 saat

5 Minit atau Kurang

Sekiranya kontraksi seperti di atas iaitu berlaku pada sela masa lima minit sekali atau kurang, maka anda sedang berada dalam fasa kelahiran aktif. Jangan berlengah. Sila ke hospital dalam kadar segera kerana ia kontraksi bersalin yang sebenar sudah berlaku.

Rasa Sakit

Kredit: SINI

Anda akan rasa memulas disertai sakit ngilu di bahagian pinggang sampai ke bawah. Rasa macam nak senggugut teruk pun ada. Rasa macam sembelit pun ya! Macam-macam rasa! Perghhh… Kak Fa tengah bayangkan ni macam mana ni. Bila semua sakit tu datang serentak.

Rasa Serba Tak Kena

Kredit: SINI

Semua serba tak kena! Berdiri sakit, berjalan sakit, duduk sakit dan baring pun sakit. Sakit kontraksi tu tak akan hilang biarlah macam mana sekalipun anda ubah posisi kedudukan anda.

Waktu Muncul

Kredit: SINI

Sakit kontraksi muncul di antara usia kehamilan 37 minggu sehingga 40 minggu. Anda perlu tahu membezakan antara kontraksi palsu dan sebenar. Kontraksi sebenar macam Kak Fa kongsi di atas tadi, sakitnya berkala dan lebih kerap.

Kredit: SINI

Yang penting… bila dah trimester akhir tu bersedialah dengan sebarang kemungkinan. Sama ada bakal merasa kontraksi ataupun tidak disebabkan pembedahan kelahiran terancang… Tetap kena ada ilmu ni ok?

Sumber Rujukan: SINI dan SINI

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. alhamdulillah terima kasih atas perkongsian. walau apapun semoga ibu hamil tenang menghadapi kontraksi

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Sis Bubblynotes, jemput sertai give away dengan hadiah tunai RM1000 oleh Mamapipie & Friends.



    Hadiah RM200 (Seorang Pemenang)

    1 x RM200



    Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang)

    2 x RM100



    Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang)

    14 x RM50



    Penyertaan sangat mudah & tarikh tutup giveaway pada 29 Feb 2020. Klik sini sekarang untuk sertai.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !