Anak Dibuli Di Sekolah? Do’s and Dont’s Yang Mak Ayah Boleh Ikuti…

Farah Waheda Wahid
0
Kredit: Gambar dipetik dan diubahsuai dari sumber dari Google

Yang dah ada pengalaman tu, mungkin dah tau dah apa tindakan yang perlu dilakukan sekiranya mendapati anak dibuli di sekolah. Yang belum ada pengalaman ni – confirm berbaur perasaan bila mengesyaki anak dibuli di sekolah dan terdapat tanda-tanda seolah-olah anak dibuli di sekolah. Nak nak lagi bila anak tu baru jer menjejakkan kaki ke sekolah rendah dan berada di Tahun 1 kan? Baru jer 2 bulan sekolah, alih-alih macam kena buli jer anak. Hu hu hu… No doubt, kanak-kanak generasi sekarang ni agresif dia lain macam dari kanak-kanak generasi sebelumnya. Taklah kata generasi sebelum-sebelum tak ada kes buli. Ada jer… Tapi taklah macam sekarang ni situasinya. Sekarang ni Tahun 1 pun dah ada kes buli oiii… Secara realitinya. Anak dibuli di sekolah? Do’s and dont’s yang mak ayah boleh ikuti sebagai panduan kita bersama.

Do’s and dont’s ni adalah hasil perkongsian dari cikgu viral iaitu Cikgu Mohd Fadli Salleh:

Apabila anak-anak melangkah ke alam persekolahan, antara perkara yang mak ayah takuti adalah masalah buli. Mak ayah harus peka dengan perubahan yang berlaku terhadap anak-anak. Mangsa buli kebiasaannya akan menunjukkan beberapa tanda seperti tidak mahu ke sekolah, tiada kawan, suka menyendiri, tidak mahu bercakap dan banyak lagi perubahan yang dapat dilihat terhadap anak. Mak ayah perlu memainkan peranan dalam membantu menangani kes buli di sekolah.

Perkara Yang TIDAK Harus Dilakukan Oleh Mak Ayah Sekiranya Mengesyaki Anak Dibuli Di Sekolah


#1: Jumpa Pembuli, Bagi Amaran, Marah Mereka atau Berkasar Pada Mereka

JANGAN sesekali buat begini. Kesannya sangat besar. Malah menjadi kesalahan pada orang luar untuk masuk ke dalam sekolah/depan pagar sekolah marah anak-anak orang lain. Lebih teruk, pembuli itu akan pulang mengadu pada mak ayah mereka yang mereka dimarahi anda. Pasti mak ayah pembuli tidak puas hati dan akan berhadapan dengan anda pula. Dah jadi kes makin besar dan panjang pula. Silap-silap sampai bertumbuk dan jadi kes polis pula. Sedangkan anak kita, elok dah berkawan semula dengan pembuli itu.

#2: Jumpa Ibu Bapa Pembuli Tanpa Pengawasan Guru

Hal ini pernah berlaku sampai jadi kes polis. Mak ayah menyerang / sound mak ayah pembuli sehingga menjadi pergaduhan besar pula. Siap ajak kawan-kawan nak pukul bagai. Aduh!

#3: Terus Buat Report Polis Sebaik Anak Mengadu Dibuli dan Ada Kesan Luka/Lebam

Ini pun tidak patut dibuat. Laporan polis akan memanjangkan kes dan menyusahkan banyak pihak. Polis banyak benda besar lagi perlu diselesaikan. Kenapa nak susahkan mereka dan besarkan isu jika semua ini boleh diselesaikan secara aman dan mudah.

#4: Jangan Sebarkan Maklumat dan Gambar Pembuli di Media Sosial

Walaupun benar pembuli itu salah, tindakan menyebarkan maklumat dan gambar pembuli menyalahi akta. Anda boleh disaman dan dikenakan tindakan.

Tindakan Yang Sewajarnya Dilakukan Oleh Mak Ayah Sekiranya Mengesyaki Anak Dibuli Di Sekolah


#1: Wajib Lapor Pada Guru Kelas

Ada mak ayah anggap, buli itu biasa. Ayat yang ini tak boleh pakai sangat, “Biasalah budak-budak.”. Guru perlu tahu jika benar ada kes buli berlaku. Guru akan siasat dan ambil tindakan pada pembuli secara amaran lisan, hukuman, malah panggil ibu bapa mereka jika perlu.

#2: Jangan Terus Percaya Cerita Anak

Ada murid balik bercerita lain padahal kes sebenar berlainan. Bahkan ada murid yang buli kawan dia dulu, bila kawan dia balas dan dia kalah, dia balik mengadu dia dibuli. Padahal, dia yang mulakan dulu. Cerita yang tidak lengkap dan ditokok tambah ini punca banyak salah faham berlaku. Sebab itu sangat penting untuk memaklumkan pada guru kelas agar siasatan dan tindakan segera dapat diambil.

#3: Jika Kes Berterusan Walau Dah Berkali-kali Report Pada Guru Kelas, Terus Jumpa Guru Besar dan PK HEM Untuk Lapor Hal Ini

Laporan bertulis perlu ada sebagai simpanan kita. Bila kes dah sampai ke pihak pentadbiran, pasti tindakan dan siasatan serta merta akan dilakukan. Semua langkah pencegahan, amaran, hukuman dan tindakan yang perlu akan diambil oleh pihak sekolah.

Faham perasaan geram tu bila anak jadi mangsa… Boleh letak diri Kak Fa sendiri dalam situasi tu. Tapi apa pun… Tenang…Fikri dengan rasional dan bertindak dengan rasional mengikut saluran yang betul. Kalau dah ikut saluran betul tapi tak ada solusi juga… Ha ha ha… Tak jamin lah kalau tiba-tiba bertukar hijau kan? Apa pun sebaik-baiknya memang kena selesaikan dengan cara yang baik dan dapat solusi yang baik.

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !