TIPS Memilih Buku Latihan Untuk Anak

Farah Waheda Wahid
1

Zaman Genius Aulad dah tamat dah… Zaman sekolah rendah pula muncul. Bukan sebab nak membebankan anak di usia kecil untuk belajar teruk-teruk, bukan sebab nak show-off pada satu dunia realiti serta maya yang Kak Fa ni sangat menekankan akademik sampai anak terbeban. Tak pun ok… Bukan sebab tu semua. Habis tu motif?… Kan Kak Fa dah berulang kali beri statement terbuka – I work within target and KPIs. Tak kira work life mahupun personal life. Walaupun tak semua tercapai – but at least I know that I have done and try my very best for something. Bukan nak memaksa diri atau sesiapa untuk mesti achieve sangat-sangat ikut set target pun. Kalau dah set 100 percent mesti achieve 100 percent… Taklah…Kak Fa lebih kepada usaha sehabis boleh, sokong sehabis boleh, buat apa yang patut – konsep usaha, tawakal dan redha – kemudian terima seadanya output atau hasil. Haa…Macam tulah dalam kepala Kak Fa ni ha. The only thing is – maybe I am too serious when I am looking at something. Nak cuba dan nak cuba. Sebab tak nak rasa ralat kemudian hari. Tak nak rasa, I should have done this, I should have done that…Tu jer… Terlanjur tu – Berkaitan dengan ini – Kak Fa nak kongsi tentang tips memilih buku latihan untuk anak sebagai garis panduan kita bersama. Manalah tau boleh jadi sesuaitu yang bermanfaat untuk semua ibu bapa di luar sana tu kan?



Cabaran untuk diri Kak Fa sebenarnya bila Firash dah jejak kaki ke sekolah rendah ni. Cabaran untuk Kak Fa lebih konsisten dalam rutin seharian dan dalam melentur dan membentuk rutin harian untuk Firash. What am I trying to do here presently now… Kak Fa sedang melentur dan membentuk Firash untuk mempunyai tabiat atau kebiasaan – apart from school, school homework, KUMON, KUMON homework, weekly reading routine, weekly Iqra’ routine, weekly Taekwondo routine – sebenarnya ada tanggungjawab sebagai pelajar yang lain lagi yang perlu Firash penuhi iaitu rutin sistem pembelajaran kendiri. Rules Kak Fa bermula dari Tahun 1 ni – sekurang-kurangnya (untuk Tahun 1 lah kan? Naik Tahun 2 – kita up sikit lagi) 15 minit – Yash mesti siapkan latihan di buku kerja yang Kak Fa beli khas untuk Firash untuk setiap mata pelajaran. Kak Fa tak harap pun Firash buat latihan sampai 5 subjek sehari atau berhelai-helai sehari. Satu subjek sehari dan satu mukasurat untuk peringkat awal ni pun dah cukup untuk buatkan Mommy happy…Ha ha ha… Tu jer trick Yash nak bagi Mommy happy setiap hari. Tak susah kan?


Talking about buku latihan… pernah tak anda sebagai mak ayah tertanya-tanya buku latihan apa yang nak dibeli? Buku latihan mana yang lebih baik? Peninglah mana satu buku nak dibeli? Untuk menjawab soalan di atas, teruskan membaca blended tips dari Kak Fa dan juga artikel di SINI:

Kenapa Perlu Pilih Buku Latihan Yang Betul?

Ini kerana ia boleh membantu anak-anak untuk menguasai topik untuk mengulangkaji pelajaran dan juga membantu meningkatkan lagi kefahama dan pencapaian dalam akademik melalui latihan yang betul. I have witness this on my own experience recently ok? Kak Fa latih Firash dengan latihan Sains Tahun 1 mengenai deria manusia. Later in that following week – Firash ada buat latihan tersebut di dalam program transisi awal minggu persekolahan. Senyum sendiri bila lihat Firash dapat bintang dan komen sangat baik dari cikgu kelas Firash ke atas latihan itu. See? It’s proven kan?

Jadi, apakah cara untuk memilih buku latihan yang betul? Buku latihan yang dimaksudkan ini adalah buku latihan sekolah KSSR atau KSSM yang bukan digunakan di sekolah. Bermaksud buku latihan untuk anak yang sesuai untuk ulangkaji pelajaran sendiri?

#1: Lihat Prestasi Dan Kebolehan Anak

Ini bermaksud tahu apakah keputusan anak anda? Adakah keputusan anak dapat A, B, C atau Gagal dan anak anda perlukan latihan yang banyak. Untuk Yash tak masuk lagi dalam kategori nilah kan? Sebabnya baru saja bermula. Mungkin ini lebih sesuai untuk Tahun 2 ke atas.

Contoh:
Sekiranya anak anda gagal, buku latihan perlu dibuat adalah latihan yang asas, pastikan kandungan dalam buku tersebut ada banyak soalan dan latihan yang diberikan. Ada sesetengah buku, banyak nota dan sedikit sahaja soalan/latihan, ada setengah buku pula, nota sedikit, latihan pun sedikit dan masih tidak cukup untuk menguasai topik asas.

Sekiranya anak anda selalu dapat A pula, buku latihan mungkin perlu buku latihan yang lebih mencabar (contoh buku koleksi KBAT) atau buku latihan koleksi soalan peperiksaan supaya anak anda sudah terbiasa dan boleh menguasai soalan-soalan peperiksaan.

#2: Rujuk Kepada Guru Sekolah

Dengan cikgu kena mesra ok? Jangan nak menyombong tak tentu pasal. Kena ramah berkomunikasi dengan cikgu dan wujudkan jalinan hubungan professional guru dan ibu bapa yang baik. Ibu bapa boleh rujuk kepada guru sekolah untuk ketahui perkembangan anak, tanya buku latihan apa yang sesuai untuk anak saya? Buku latihan yang past year exam sahaja kah? Buku latihan yang hanya latihan sahaja kah? Ini kerana guru sekolah lebih mengetahui tentang prestasi dan perkembagnan anak anda di dalam akademik. Oleh itu, digalakkan untuk bertanya kepada guru sekolah apakah buku latihan yang sesuai untuk anak anda mengulangkaji pelajaran.

#3: Lihat Kandungan Buku

PENTING! Sebelum beli buku, lihat apa kandungan latihan/nota dalam buku tersebut. Adakah cukup latihan/nota untuk anak anda? Adakah perlu latihan sahaja untuk anak anda latih tubi?

Contoh:
Anak anda lemah Matematik Darjah 6 dan selalu dapat D, beli 1 buku sahaja koleksi peperiksaan contoh UPSR Matematik tidak cukup untuk menaikkan prestasi, ini kerana asas menguasi topik masih lemah lagi. Oleh itu, 3 jenis buku mungkin sesuai untuk anak anda iaitu:
  1. Buku asas kuasai KSSR Matematik
  2. Bukut bertopik Darjah 6 Matematik (pastikan yang ada banyak latihan)
  3. Koleksi soalan peperiksaan UPSR tahun lepas.

#4: Penerbit Bukanlah Utama Tetapi Penting

Kalau masa zaman-zaman Kak Fa baru nak up dulu – jenama buku dari Sasbadi dan Pelangi adalah buku rujukan dan latihan tambahan yang Kak Fa gunakan. Memang membesar dengan dua jenama buku ni ha. Penting untuk lihat penerbit buku latihan contoh penerbit: Sasbadi, Cerdik, Pelangi, Ilmu Bakti, Fargoes, Oxford Fajar dan sebagainya. Ini kerana penerbit yang sudah lama berada di pasaran mempunyai banyak tips-tips atau latihan yang disediakan di dalam buku latihan. Malah ada pelbagai jenis buku yang ada di bawah penerbit yang sama untuk kuasai subjek.

Contoh:
Subjek Matematik Tingkatan 5 ada LIMA jenis buku Matematik di bawah penerbit yang sama.

Malah, di era teknologi kini, siri video juga ada ditunjukkan di dalam buku (Scan QR Code).

#5: Lihat Siapa Penulis (Sekiranya Ada Biodata)

Ketahui siapa penulis buku tersebut, adakah seorang penulis buku teks? Guru pakar subjek? Elok sekiranya ada biodatqa penulis, sekiranya tidak ada, tidak mengapa kerana kebanyakkan penerbit akan mengambil guru-guru pakar soalan untuk menulis buku. Oleh itu, seperti tips yang keempat tadi pemilihan penerbit juga adalah PENTING tapi bukanlah utama.

Sekian perkongsian tips setakat ini kepada semua mak ayah. Semoga kita semua sama-sama boleh membuat pemilihan buku latihan yang tepat untuk anak-anak agar anak kita sama-sama boleh menguasi dan memahami topik serta menaikkan prestasi. Sekiranya anda perasan, TIDAK ADA LANGSUNG SEBUT TENTANG HARGA, ini kerana harga tidak penting dan yang penting adalah nilai dalam kandungan buku yang dapat bantu anak-anak. Ia juga sebagai pelaburan untuk anak-anak. Tidak kira buku yang murah atau yang mahal yang penting nilai kandungan buku adalah lebih PENTING. Bukan soal siapakah penerbit dan buku yang terbaik? Ini kerana ia bergantung kepada prestasi dan kemampuan anak-anak untuk menggunakan buku tersebut.

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !