Perkara Penting Dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahap 1

Farah Waheda Wahid
2

Semua mak ayah rasanya dah maklum tentang Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahap 1 yang menggantikan peperiksaan pada tahun lepas – tapi tak kurang juga ada di antara mak ayah yang masih tidak jelas dan tidak tahu tentang Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahap 1. Entri ni bukan nak mengata sesiapa atau menyindir sesiapa. Cumanya based on reality check di dalam group What’s App support Tahun 1 2020 oleh Teacher Aina (support group yang Kak Fa join melalui laman media sosial Facebook) dan juga group What’s App kelas Firash baru-baru ini, masih ada di kalangan ibu bapa yang tidak sedar kini sistem peperiksaan Tahap 1 telahpun dimansuhkan serta digantikan dengan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahap 1 dan masih ada di kalangan ibu bapa yang masih kurang jelas serta tidak tahu apa sebenarnya Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahap 1. Walaupun…Hu hu hu…Pada hakikatnya – sewaktu hari orientasi ibu bapa telahpun diberikan handouts tentang Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahap 1. Nampak sangat tak baca kan? Kan? Kita fikir positif jerlah bukan ambil sambil lewa tapi tak sempat sebab sibuk sangat awal-awal tahun ni. Bukan semua orang minat nak buat research macam ko Fa… Ha ha ha…. Tetapi berdasarkan dua group What’s App yang Kak Fa ada ni, tak mustahil masih ada ibu bapa di luar sana yang masih belum cerah lagi tentang Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahap 1. Kurang cerah? Kurang faham…Tak apa… Sama-sama Kak Fa kongsikan… In Shaa Allah selepas baca entri perkara penting dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahap 1 ni…fahamlah… He he he…

Kredit kepada Cikgu Suhaimin di atas perkongsian pencerahan ini melalui salah satu artikel yang diterbikan oleh beliau melalu pautan di SINI:

Kredit: Gambar dari sumber rujukan di SINI

Tiada Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) dan Peperiksaan Akhir Tahun (PAT) dan Peperiksaan Akhir Tahun (PAT)

Tiada peperiksaan bermaksud tiada peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun. Guru akan memberikan lebih tumpuan untuk mengajar serta membina kemahiran karektor dan sahsiah murid. Makanya, murid-murid bebas dari tekanan belajar untuk peperiksaan dan akan wujud budaya belajar yang seronok dan lebih bermakna.

Murid Ditaksir Secara Berterusan Yang Merangkumi Aspek Pengetahuan, Kemahiran Dan Nilai

Kredit: Gambar dari sumber rujukan di SINI

Peperiksaan adalah salah satu bentuk penilaian dan juga pentaksiran. Sementara pentaksiran ada dalam pelbagai bentuk. Pentaksiran dilakukan secara berterusan dan ia adalah sebahagian daripada pengajaran dan pembelajaran. Aspek penilaian merangkumi pengetahuan, kemahiran dan nilai. Ibu bapa boleh mengetahui kekuatan dan kelemahan anak-anak dan menentukan bentuk sokongan yang perlu diberikan.

Kaedah Pembelajaran Secara Didik Hibur (Fun Learning) dan Berpusatkan Murid (Student-Centered) – PAK-21

Kredit: Gambar dari sumber rujukan di SINI

Pentaksiran Bilik Darjah atau lebih dikenali sebagai PBD telah diperkenalkan sejak tahun 2011 di sekolah rendah. Mulai tahun 2019, PBD diperkukuhkan kepada murid tahap satu yang berfokuskan kepada pembelajaran murid. Kemahiran asas murid Tahap Satu yang perlu dibina dan diperkukuh adalah sebelum mereka melalui proses pembelajaran seterusnya (Tahap Dua).

Fokus Kepada 4M dan Amalan Nilai Murni

Penumpuan kepada kemahiran 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) dan amalan nilai rutin berbentuk harian. Galakkan murid mengamalkan nilai murni dalam kehidupan seperti berterima kasih, bertolak ansur termasuklah nilai kasih sayang. Setiap murid mempunyai peluang belajar mengikut keupayaan mereka. Pengukuhan PBD dijalankan menerusi aktiviti-aktiviti berupa kuiz, permainan, main peranan, bercerita dan projek mudah.

JPN dan PPD Memberikan Sokongan Kepada Pihak Sekolah Yang Mempunyai Bilangan Murid Melebihi 40 Orang Dalam Satu Kelas

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan meminta Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk memberikan sokongan kepada sekolah-sekolah yang mempunyai kelas dan bilangan murid melebihi 40 orang.

Tiada Pengasingan Kelas

Tiada lagi keperluan pengasingan kelas untuk Tahap Satu. Walaubagaimanapun, pengasingan kelas boleh dilaksanakan jika ia bersifat sementara yang mempunyai tujuan khusus untuk proses pemulihan murid. Pengasingan murid ciri kekal dan berterusan tidak sesuai dengan prinsip pendidikan holistik.

Sekolah Diberikan Autoriti Menentukan Bentuk Saringan Dalam Mengenal Pasti Murid Yang Tidak Dapat Menguasai 3M

Ini berikutan pemansuhan LINUS yang dimansuhkan mulai tahun 2019. Pihak sekolah akan menentukan bentuk saringan yang bersesuaian berdasarkan keperluan. Sekolah diberikan autonomi untuk melaksanakan PdP bagi murid-murid yang mempunyai kesukaran untuk menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira. Autonomi ini juga diberi kepada sekolah untuk laksana PBD (professional autonomy) dengan bimbingan JPN dan PPD.

Pencapaian Murid Dilaporkan Dalam Bentuk Tahap Penguasaan

Kredit: Gambar dari sumber rujukan di SINI

Perkembangan pembelajaran dilapor dalam bentuk tahap penguasaan. Tahap penguasaan ini adalah berdasarkan Standard Prestasi mengikut DKSP mata pelajaran masing-masing. Merangkumi kekuatan dan kelemahan murid-murid. Perjumpaan bersama-sama ibu bapa sekurang-kurangnya dua kali setahun. Guru akan membuat ulasan tambahan tentang perkembangan potensi, kemahiran dan sahsiah murid.

Integriti Guru

Guru telah dilatih untuk menjadi guru yang beretika dan profesional. Pertimbangan profesional merupakan satu bentuk keputusan berkaitan pembelajaran murid yang dibuat oleh guru secara beretika. Jadi guru diharap agak dapat mentaksir murid-murid Tahun 1 ini melalui pernyataan Tahap Penguasaan dan pelaporan pentaksiran yang lain dengan amanah dan penuh integriti.

Guru Yang Banyak Masa Pertemuan Dengan Murid Dilantik menjadi Guru Kelas

Ini adalah berikutan pelaporan perkembangan murid adalah disediakan oleh Guru Kelas. Contohnya mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik. Mereka lebih mengenali dan mengetahui kelebihan dan kelemahan murid-murid tersebut.



Macam tulah ceritanya ya tentang PBD. Dari Tahun 1 sehingga ke Tahun 3, anak-anak kita di peringkat asas. Tugasnya, kita kena teguhkan dan kukuhkan semua yang asas. Contohnya macam sifir, membaca, membina ayat, spelling, make sentences, pecahan dan macam-macam lagi. Macam nasihat Teacher Aina pada mak-mak dalam group What’s App support yang Kak Fa sertai tu, bila tiada peperiksaan bukan bermaksud pergi sekolah untuk suka-suka dan main semata-mata.

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !