Mommy Cry! Secara Rasminya Tahun 1 Sudah!

Farah Waheda Wahid
2

Pinjam kata-kata kawan Kak Fa – Sabby Prue, Mommy Cry! Secara rasminya Tahun 1 sudah! Tapi tak adalah menangis sampai berjurai-jurai dan kena kesat dengan tisu segala bagai. Menangis dalam hati jer wak! Sebabnya anak sendiri dah pesan dekat Mommy dia – Mommy… Awak jangan nangis! I am a big kid and I can survive… Gittew pesanan khidmat masyarakat anak pada mak dia. Gila tak sebak weiii… Rasanya sekejap sangat hantar dia ke Genius Aulad tu dulu ha masa umur dia 3 tahun lebih… Tup tup… Dah berada di Tahun 1 dah dia. Moments dan masa tu terlalu pantas sangat berlalu. Mak-mak yang anak-anak masih kecil tu nanti rasalah apa yang Kak Fa rasa ni ha.

Mula-mula Kak Fa ingatkan nak pecahkan cerita Hari Orientasi Tahun 1 yang telah diadakan pada hari Sabtu lepas iaitu 28 Disember 2019. Bila dah fikir-fikir balik, terlalu banyak sangat pula pecahan cerita kan? So, why not kalau Kak Fa sekalikan jer dalam satu entri. Lebih compact macam tu. At least tak adalah cerita yang berulang-ulang kan? Ok…let’s start dengan cerita Hari Orientasi Tahun 1.

Hari Orientasi Tahun 1


Hari Orientasi Tahun 1 untuk Firash telah diadakan pada hari Sabtu, 28 Disember 2019 pada jam 8.00 pagi. Both Babah and Mommy sama-sama hantar Firash ke sekolah. Tidak ada sebarang masalah untuk bangun pagi dan tidak ada sebarang masalah untuk bawa dia ke sekolah. Syukur Alhamdulillah. Sebab memang Kak Fa keep on setting his mindset tentang Sekolah Rendah dan juga Tahun 1. Memang sepanjang selepas hari graduasi Genius Aulad tu setiap hari Kak Fa dok bercakap tentang Sekolah Rendah dan juga Tahun 1. Kak Fa nak dia dapat the idea how primary school gonna be. Pesan itu ini berulang kali pada dia.


Sampai-sampai di perkarangan masuk sekolah, ibu bapa dan anak-anak murid Tahun 1 bagi tahun 2020 disambut oleh guru-guru yang bertugas di kaunter penyambut tetamu yang telah disediakan. Ibu bapa diberikan hand out tentang Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan masa nilah berlaku insiden kecil yang buatkan Mommy dia speechless and stunted dengan soalan yang dikeluarkan oleh Firash kepada cikgu yang bertugas di kaunter penyambut tetamu tu. Firash tanya pada cikgu tu… Awak cikgu Primary baru ke? Cikgu tu sambil tergelak-gelak menjawab – Cikgu dah lama dah jadi cikgu dekat sekolah ni. Awak tu yang baru. Well kid says the darndest things kan? Macam tulah kisahnya.


Move on to dataran sekolah. Anak-anak murid Tahun 1 dihimpun dan diletakkan di dalam barisan mengikut kelas masing-masing. Tidak ada masalah lelehan air mata, setiap pesan Mommy dan Nek Ma serta Babah dia ingat ketat-ketat. Cumanya baru pertama kali kan? Sekejap-sekejap dia toleh ke tepi dan belakang cari kelibat Mommy. Just nak pastikan yang Mommy ada in sight. Dapat tengok Mommy ada pun agaknya dalam hati dia lega dah. Tapi memang dah pesan awal-awal, big boy tak boleh menangis, Firash kena belajar jadi independent macam Mommy. Setiap kali pesan, setiap kali tu jugalah dia akan angguk kepala dan cakap ya dengan nada comel dia yang hanya orang sekeliling Firash jer tahu. Ha ha ha…. Berhimpun dan taklimat. Lepas tu guru kelas masing-masing bawa anak-anak murid ke kelas masing-masing. Memang Kak Fa perhati jer dan biarkan jer.


Sampai jer di kelas, Kak Fa naik kemudian, Babah dia dah naik awal untuk perhatikan dia. Mak ayah kena ambil nombor giliranlah sebab nak kena bayar yuran dan ambil fail peribadi serta Borang Maklumat Murid Kementerian Pendidikan Malaysia kan? Kak Fa dapat nombor 26 you alls…Memang berjahit dan basah tiak lah menunggu. Ha ha ha… Tapi mujur ada jiran sebelah rumah yang anaknya juga sekelas dengan Firash, dia yang ajar Kak Fa, tak perlu tunggu giliran. Sementara tunggu giliran boleh pergi beli baju senaman dan juga ambil buku teks dulu. Bila tengok Firash baik-baik sahaja di dalam kelas dan nampaknya bersungguh-sungguh menyiapkan lembaran kertas kerja yang guru kelas dia edarkan, Kak Fa pun bergeraklah menjalankan tugas membeli baju senaman dan juga mengambil buku teks bersama jiran Kak Fa tadi.



Oklah…Not bad untuk Hari Orientasi Tahun 1, pandai bawa diri, tidak menangis dan ikut arahan. Selesai bayar yuran dah boleh balik. Lulus! Untuk Hari Orientasi Tahun 1. Walhal…Hakikatnya sehari sebelum Hari Orientasi Tahun 1, Mommy dia tak ketentuan teroks. Ha ha ha…. Bila tiba hari, Alhamdulillah – Kak Fa siap boleh makan aiskrim lagi dengan Babah dia di luar pagar sekolah dan Kak Fa rasa Kak Fa adalah seorang Mommy yang paling relaks sekali di hari berkenaan. 




Jauh meleset dari tak ketentuan teruk Kak Fa tu ha. Alhamdulillah, syukran Ya Allah. Tiba-tiba jer setuju dengan kata-kata Boss Kak Fa di pejabat, budak-budak ni you biar lepas jer. Diaorang tahu macam mana nak survive. Ya lah kot? Mak-mak jer selalu darah gemuruh lebih-lebih. Ha ha ha….


Hari Persekolahan Pertama – 2 Januari 2020



Bersedia! Ha ha ha… Cuti kan? Hari pertama memang fully Kak Fa hantar dan Kak Fa menonjolkan diri depan dia di sekolah. Sampai sekolah berhimpun di perkarangan sekolah, perhimpunan ringkas ajar anak-anak murid Tahun 1 bagaimana nak menghormati guru bila bertembung dengan guru, ajar anak murid secara ringkas peraturan sekolah dan kemudian dibawa oleh guru-guru ke kelas masing-masing. Bila dah naik kelas tu, Kak Fa dah tengok dia dah duduk di tempat dia, hati dah lega. Pesanan Kak Fa dia ingat – Fail peribadi tu serahkan pada cikgu…Dia serahkan. Lega hati tengok he is in place, dia lambai pada Kak Fa tanda bye bye Mommy, Kak Fa pun bergerak tinggalkan dia. Kak Fa nak pergi bank you alls. Ada urusan sikit.

Lambat pula urusan bank – memang Mommy jenis tak tunggu Firash even hari pertama. Hu hu hu, nampak macam kejam tapi he needs to pick up fast sebab Mommy kerja. Firash tak boleh bergantung dengan Mommy jer. Firash kena belajar untuk berdikari sendiri. Even sebenarnya dalam hati ni ada rasa risau sebab tak sempat nak tunggu dia waktu rehat. Stuck dekat bank lama oiii…. Tak sangka pula. Ingatkan sekejap jer. Rupanya sebab sistem down terpaksa tunggu juga untuk selesaikan urusan. Tapi dah pesan dah dengan cikgu reading Firash untuk tengok-tengokkan Firash di kantin masa rehat sebab anak cikgu reading Firash pun Tahun 1 juga. Masa dalam perjalanan ke sekolah semula nak kejarkan Firash yang sedang rehat, cikgu reading Firash What’s App kata tak nampak Firash. Ahhh sudah…mana pula dia pergi ni. He he he …Dah mula cuak dah tu. Tiba-tiba timbul rasa bersalah dalam diri sendiri sebab tinggalkan dia cam tu jer untuk survive sendiri.


Sampai sekolah Firash balik pukul 3.25 petang, ngam-ngam lagi 5 minit nak habis rehat. Jumpa cikgu reading Firash dengan anaknya, tapi still cikgu reading Firash tak jumpa Firash dekat mana. Al-maklumlah orang kecik molek kan? Manalah nak perasan. Hati berdebar juga ni. Hu hu hu… Akhirnya dia munculkan diri dari arah kantin dengan bawa sekotak air Milo dan juga container bekal dia yang dah kosong. Dari jauh dia melambai dengan ceria – Hye Mommy! Ha ha ha…. Ini budak kan…Macam rockstar betul! Hilang debaran dup dap dup dap dalam dada Mommy dia bila tengok dia pandai bawa diri sendiri. Kira-kira survival juga lah Yash ni kan? Tau hala tuju even Mommy tak ada. Lega lagi sekali rasa hati. Fuyohhh first time oooo habis bekalan dia makan. Selama kini di Genius Aulad mesti ada sisa baki. Sekolah petang kan? Laparlah tu. Tapi sebelum pergi sekolah Mommy dah suapkan nasi dah.


Kembali ke dataran sebelum guru-guru bawa ke kelas semula. Lepas tu dah legalah hati Mommy dia sekali lagi. Dah masuk kelas, Mommy keluar dari sekolah dan tunggu dalam kereta. Debaran sekali lagi…Ha ha ha…Nak tengok dia tau ke tidak, ingat ke tidak pesan Mommy dia suruh tunggu dalam pagar sekolah. Debar oiii…Tengok anak orang semua dah keluar dia tak keluar-keluar lagi. Memang berdebar… Ha ha ha… Hari pertama persekolahan penuh dengan debaran jerlah hati mak kau ni nak… Jalan masuk dalam sikit, tengok dia duduk dekat bench dalam pagar. Alhamdulillah, lega. Dia ingat pesanan dan dia memang tunggu Mommy dia sampai ambil dia. Selesai hari pertama persekolahan.


Esok? Firash mula naik transportation yang Mommy dah dapatkan untuk ke sekolah. Boleh jer Mommy nak hantar tapi Kak Fa tetap dengan prinsip Firash kena pick up fast how to be independent sebabnya Mommy nak kerja tak boleh selama-lama nak tengok Firash dekat sekolah. Firash tetap kena cepat belajar berdikari sendiri dan tahu mana hala tuju di sekolah. Esok mula naik transportation untuk pergi dan balik Mommy ambil macam biasa. Tugas baru Mommy petang-petang. Confirm, tepat pukul 5 Mommy cabut dari office. Nak kejarkan Firash. Mommy kena sampai sebelum Firash keluar sekolah. Tu jer. Tapi dah pesan dengan dia, tunggu sampai Mommy sampai. Jangan pergi mana-mana. Ikut Mommy saja. Jangan ikut siapa-siapa.

Semoga yang baik-baik saja untuk Firash dan anak-anak murid Tahun 1 yang lain. Moga cepat sesuaikan diri dan cepat faham selok belok alam persekolahan. In Shaa Allah. Amin amin ya rabbal alamin.


Psssttt…Balik kannn…Ha ha ha…Ada budak tu terus kejar kucing, bantal busuk dan botol susu oiii…Sebijik perangai mak dia masa sekolah Darjah 1 dulu! Hilang macho sekejap!

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Alhamdulillah bijak Firash di hari pertama sekolah 😘

    ReplyDelete
  2. sekejap je masa berlalu.. dulu kenal blog ni dia tak wujud lagi...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !